Jumaat, 10 Disember 2010

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Ni buku versi Bahasa Inggeris....sapa x reti bahasa Melayu boleh beli yg ni....


Celik Wang...itulah tajuk buku tu...ni dalam versi Bahasa Ineggeris...korang pergilah dapatkan 1...yang gambar bawah ni versi bahasa Melayu.

Gambar peserta kursus yg kebanyakannya org Felda...

Assalamualaikum kawan2...semalam aku gi Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi Hotel Seri Malaysia Temerloh..Menakutkan betullah suasana dia...erm..spooky!!!!

Ok,Kita tinggalkan tentang Hotel Seri Malaysia tu...sekarang ni kita bercerita tentang isi kandungan kursus tersebut....Kursus tersebut dianjurkan oleh MKM iaitu Maktab Koperasi Malaysia yang berpengkalan..heheh(alalala...tenteralah pulak...) di Bandar Kerayong Bera Pahang.Maktab ni ada menawarkan Kursus2 Pendek dan juga Kursus Jangka Panjang seperti Diploma dan Ijazah.....Maktab ni bawah kerajaan yek...jgn ragu2...Kat sana diorang ada ofer Diploma Pengurusan Koperasi kepada anak2 Ahli Koperasi di seluruh Malaysia untuk melanjutkan pelajaran....Alhamdulillah bagus benda tu....

Kiri : Slot 1 dr MKM Kanan ; Slot 2 dr AKPK

Slot 3 : Dr ASB/PNB Kanan: Majlis Penutup oleh Pengarah MKM.

Kursus ni di bahagikan kepada 3 slot iaitu slot bersama MKM,kedua slot bersama AKPK dan slot terakhir bersama ASB.Aku suka betul program2 yang berkaitan dengan duit ni...maklumlah mata duitan..huhu...tapi komen aku secara jujurnya sapa2 yang tak pergi kursus ni memang rugi.....semasa slot pengurusan wang tulah kita akan sedar sejauh mana kita "celik Wang" aku ada membeli buku yang amat berguna yang di keluarkan oleh AKPK yang cuma bernilai RM5 namun nilai buku tu lebih drpd tu...sapa2 yang belum pernah ke AKPK pergilah dapatkan khidmat disana dan belilah buku tu sebagai panduan untuk kehidupan yang senang di kemudian hari....

Ada beberapa gambar suasana program tersebut akan aku kongsikan bersama teman2 nanti..hari ni x sempat nak upload..lagipun kabelnya x tau kemana....heheh

Kak Yati bertudung oren & K.Mimah bertudung biru begitu gembira skali hahha...

Erm aku dgn blurnya sbb ambik gambar sendiri..ehheh....

Rabu, 8 Disember 2010

CATATAN HARIANKU....

Assalamualaikum semua....hari ni aku dok sibuk2 marking paper...tak banyak benda yang menarik dapat dikongsi cuma ada beberapa perkara sahaja...antaranya facebook dah new look....akupun apa lagi tak ketinggalan lah mengupdate profile dengan latest version walaupun akupun x tau nak klik kat mana..heheh...masih barulah katakan..x sempat nak godek2 lagi..erm....kat bawah ni aku ada share sedikit wajah baru FB aku...heheh...korang apa lagi jom join aku berwajah baru walaupun x pandai nak guna...entah2 aku je yang ketinggalan..ehheh...

Ni sedikit aktiviti harian yang aku buat pagi hingga sebentar tadi....


Erm..pagi2 dengan segala rasminya beta ingin membuka sampul surat ini untuk di marking.....heheh


Tengoklah wajah Shima yang stress dengan jawapan studentnya....


Dah penat aku pikir macamana budak ni jawab soalan yang orang tak tanya..tergelakpun ada...sakit jiwapun ada...give up rasanya....tekanan perasaan betullah....!!!!


Fizah dari kiri sempat lagi tersenyum...Melati maintain keibuan...hehhe yang hujung ni Nora stress nampaknya ngn studentnyer....hoho....sabarlah kawang2...


Hah...ni kes baru nak ambik exam ler ni......exam dah habis last week dia baru terhegeh2 nak ambik exam..bengang je kak norul ain....melayan student tu...K.Rin yang tengah dah letih marking paper nasib x terberanak je...heheh..last skali fatimah yang maintain hoho...main FB ker??? Gurau je Faty..jgn marah...


Korang tengoklah jawapan student..lain yang ditanya lain yang di jawab....ntah dari mana datang dalam proses mitosis ada peringkat atmosfera...lawak betullah...budak2 ni jawab apa saja yang melintas kat depan diorang....ish...ish....


5 more to go.....yang tengah ni kiranya paper last untuk aku marking semester ni..heheh...dan last tu menunjukkan paper yang aku berjaya marking hari ni...ahhah..yahooo......bebas..esok leh g kursus dengan tenang....


Ni yang dikatakan wajah baru namun x friendly...korang cubalah.....

Tengahari tadi aku ada terbaca satu artikel tentang bahaya penggunaan ubat paracetamol...risau aku mendengarnya....aku dulu selalu sakit..masa zaman belajar dulu sampaikan aku pernah telan padadol dekat2 6 biji dalam satu masa sebab sakit yang tak dapat di tahan...tapi malangnya tak bagi effect apa2.masa belajar dulu aku selalu migrain tapi aku tak tahu betul ke tak ia migrain sebab...makan ubatpun tak ada apa2 kesan.Pernah kes aku difrward ke HUKM sebab pelik...heheh...Doktor tu pernah bagi DDF118 kat aku...katanya ubat tu agak kuat...namun still xder apa2 kesanpun...tapi Alhamdulillah sekarang setelah aku berubat kampung sakit tu hilang....semua ni atas izin Allah....


Kalau korang nak baca lebih lanjut lehlah klik kat gambar ni...aku malas nak paste artikel tu kat sini...panjang sangat...harap korang dapat iktibar dari artikel ni...




Akhirnya siap gak aku marking paper....ermmmmm..penatnya...petang baru siap...tu belum kiranya aku marking bersungguh2..ni dah plus +++++ & minus --------- ngn main2 borak2 n baca macam2 kt internet....hehhe..patutlah lambat.

Aku nipun dah rasa x sabar nak siapkan markah budak2 ni.Mana taknya nak menggodek2 blog sbb nak ngajar kursus blog ari Sabtu nanti..tapi tiba2 je dapat msg dr Mira yang mengatakan manager2 kilang yang nak join kursus tu terpaksa bekerja diluar kawasan selama sebulan lebih...kalau tak silap aku kat N9...

Erm..nampaknya leh lar aku relaks kan otak..x lah terkejar2...heheh tapi apa yang merisaukan aku,kursus diminta tunda kepada bulan Januari..erm..

Masalahlah pulak tu...Apa taknya,jam kredit kursus pendek aku untuk tahun ni belum cukup +++ aku risau kalau-kalau masa januari nanti aku sibuk ngan Modular tu..erm..rugilah aku tak dapat jam kredit tu....huhu...tapi xperlah..adalah rezeki aku kat mana2....

Ok abang2 n kakak2 manager sekalian KURSUS BLOG kita OFFICIALLY di tunda ke bulan Januari.... I-Allah ada jodoh leh jumpa ngan aku sebagai tenaga pengajar yang x berapa maher ni..(adik kepada Maher Zain) heheh...aku dulupun belajar sendiri je..godek2 itu ini.......masa tu kat kolej ni x ramai yang ada blog....erm..last2 aku terbongkok2 je godek2 internet....dengan izin Allah jadilah blog aku sekarang ni....

Isnin, 6 Disember 2010

CATATAN HARI INI....

Akhirnya setel marking paper untuk 2 kelas...menyesal plak aku x bawak yang 1 kelas lg tu...STM....10hb ni dah Lock idbms...minggu depan nak gi bengkel kt Kajang..bestnya kalau ada orang belanja satey kajang..huhu...kawan2pun xder sgt dah kt UPM nak g lepak2 kat sana....erm....arini asyik dok menggodek itu ini kat internet je...dah lama aku x update perkembangan aku..nanti tanggal 31/12/2010 sebelum masuk tahun baru aku akan preview peristiwa2 sepanjang tahun yang berlaku yang telah lama aku termiss untuk tatapan teman2...

Ni sedikit aktiviti yang aku lakukan arini selain daripada menggodek2 isi perut alam kat internet ni....


Begitu byk dokumen penting dekat desktop aku...naik pening dibuatnya...


Dalam proses menyetresskan diri marking jawapan student yang menyakitkan hati dan kepala ni....


Ni sedikit aktiviti arini...gambar ni Shima yang ambikkan...erm....!!! thanks sis..bak kata Shima "Merah betul mak ngah arini...huhu" xpelah semangat membara untuk bekerja di hari isnin....semoga warna baju aku ni dapat memulihkan semangat teman2 untuk bekerja di hari isnin yang malas ni....hehheheh

KEGUGURAN....


Kita hanya mampu bersedih namun tak dapat mengubah takdir....setiap apa yang dirampas akan digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai olehNya....



Assalamualaikum w.b.t semua pembaca...arini while chatting dlm FB terbaca 1 statement yg menyedihkan..kecian sangat..my fren yg pregnant tu....Rasa sedih sangat tumpang sedih buat dia....aku dapat rasakan kesedihan dia.....Allah dah ambik balik anak dia sebab Allah lebih sayangkan dia.....yelah..kita ni manusia je...xder kuasa apa2....walau kita berusaha namun Allah yang tentukan segala....

Anak tu anugerah Allah tapi ia sekadar pinjaman...semua tu milik Allah dan akan kembali kepadaNya jua...termasuklah kita....satu hari akan kembali kepada Maha pencipta.....mungkin esok,mungkin lusa,mungkin hari ni...mungkin sesaat nanti...apa2pun kita doakan semoga Allah merahmati arwah anaknya...jgn risau kerana yang pasti syurga tempatnya........


Aku tumpang sedih atas kehilangan itu...semoga kau dianugerahkan dengan anak yang lebih baik dan sempurna kelak....Amin...

Mengikut pengalaman teman2 dan pembacaan daripada bahan2 bacaan serta cerita orang2 tua..keguguran ni memang suatu yang normal bagi semua orang...kerana ia seolah2 sedang melatih rahim individu supaya menjadi kuat dalam proses pembelajarannya sebelum berfungsi dengan sepenuhnya terutamanya bagi individu yang rahimnya agak tidak kuat....namun begitu dengan kepakaran dan kecanggihan dunia perubatan masa kini pelbagai kaedah dan ubat dicipta bagi mengatasi masalah ni....kebanyakan individu yang mengalami keguguran biasanya akan mudah untuk mengalami proses kehamilan semula...cuma individu yang pernah mengalami pengalaman keguguran kali pertama mestilah berpantang dan menjaga rahimnya supaya betul2 sembuh dan bersedia untuk kehamilan seterusnya....berpantanglah dengan baik...makan makanan yang membantu menguatkan rahim seperti ubat2 tradisional yang biasanya di amalkan oleh ibu2 selepas bersalin....amalkan makan kurma kerana ia baik untuk kesihatan....

Namun begitu bagi individu yang telah banyak kali mengalami proses kehamilan dan sentiasa juga mengalami keguguran itu menunjukkan rahim anda agak lemah....namun sperma dan ovum anda sihat...pastikan mendapat rawatan atau nasihat daripada pakar sakit puan...namun begitu anda juga boleh cuba mengamalkan memakan ubat menguatkan rahim sekiranya telah disahkan mengandung.....ubat yang telah saya senaraikan dalam post yang lepas adalah antara ubat yang biasa dipreskripsikan kepada pesakit sekiranya mengalami masalah rahim yang lemah....sebelum mendapatkan ubat tersebut,pastikan anda mendapatkan nasihat daripada Doktor terlebih dahulu....

Jumaat, 3 Disember 2010

UBAT KUATKAN RAHIM


Nilah ubat kuatkan rahim yang ada di pasaran.....maybe sapa2 leh try ubat ni for early pregnancy stage...OK,preggy semua u can try this medicine...

Assalamualaikum teman-teman sekalian terutama ibu2 diluar sana yg tengah pregnant semoga sihat selalu hendaknya....berikutan kes kawan aku yang bleeding tu (masa post yang lepas) aku cuba sedaya upaya untuk ingat balik nama ubat yang pakar sakit puan bagi kat aku aritu...namun anda semua maklumlah sudah stahun stengah berlalu LUPALAR....jawabnya...last2 aku search dalam internet..rupa2nya banyak forum2 ibu2 ni dok bincang pasal benda ni....dan rupa2nya ada ramai ibu2 kat luar sana yang mengalami komplikasi macam ni.....

Macam kakak opis aku sorang ni..kak rin, diapun pernah keguguran for the first time pregnancy tp pregnancy kali kedua keluar darah sikit2..kalau x silap aku seminggu darah tu kuar.....dia pergi jumpa doktor & then doktor bagi ubat kuat rahim...Alhamdulillah..sampai skrg ok....sbb tu aku cuba ingat nama ubat yg doktor bagi kat aku dulu..supaya aku leh suggest kt kawan aku tu..kesian dia..mesti kecewa kalau jadi apa2...sbb tu sementara masa masih ada waktu aku cuba utk tolong dia....

Tapi bila aku dok godek2 satu forum ni aku jumpa satu tajuk yang bincang pasal benda ni..apa2pun korang leh klik link yang aku buat supaya korang semua yang mengalami masalah yang sama leh ambik manfaatnyer...


Salaam ayu...


Tahniah atas kehamilan ayu... memang selalunya dalam kes2 yg pernah
mengalami keguguran, doktor akan memberi ubat atau suntikan dan
kadangkala kedua2nya sekali... Utrogestan.. jarang sekali digunapakai
untuk pesakit2 biasa...ubat ini mmg mahal saya rasa...kerana ia
digunakan untuk prosedur IVF.. sepanjang pengalaman saya mengandung
(sbb dulu saya mudah keguguran).. ubat yg kerap diberi pada pesakit
begini ialah duphaston dan turinal... malah di klinik prof pun
sekarang kami masih menggunakan duphaston dan turinal..

Jika doktor telah memberi ubat utrosgestan pada ayu... maknanya ubat
itu sudah cukup memadai tanpa mengambil suntikkan... sekiranya ingin
bertukar pada suntikan, mungkin ayu perlu maintain dengan ubat yg
dosnya rendah berbanding dengan utrogestan... mintalah nasihat dari
doktor.. kalau boleh jumpalah doktor gynea kerana mereka lebih
maklum...

Tiada sebarang risiko bila mengambil suntikan untuk menguatkan
rahim.. kerana ubat ini bukan diambil secara berterusan...

harap maklum...

-umihakim-

--- In timang1005@yahoogroups.com, "ayu132280" wrote:

>
> Saya pernah mengalami keguguran ketika kandungan berusia 6 minggu.
> Setahun kemudian (kini)saya positif hamil dan kini kandungan saya
> berusia 2 bulan. Oleh kerana saya pernah keguguran, dr menasihati
saya
> supaya mendapatkan suntikan atau mengambil pil untuk menguatkan
rahim.
> Dr di klinik swasta memberi saya UTROGESTAN 100mg, 2 kali sehari
> selepas makan. Saya ingin mendapatkan suntikan dari hospital pakar
> tetapi doktor di klinik swasta kata ia tak perlu, dan memadai makan
> ubat itu sahaja (mungkin kerana di kliniknya tiada kemudahan
suntikan
> tersebut). Saya ingin tahu, apakah bezanya, kebaikan dan keburukan
> jika saya mengambil suntikan menguatkan rahim in stead of consume
ubat
> dari klinik swasta, kerana kos ubat tersebut adalah lebih mahal
(perlu
> makan 3 bulan)berbanding suntikan di hospital pakar (suntikan
sekali
> sahaja). Harap puan dapat jelaskan secara terperinci secepat
mungkin.
> terima kasih.


Kat atas ni petikan pengalaman dan perbualan ibu2 yang pernah mengalami bleeding dan ubat yang dicadangkan


Kat forum ni ada bagi tau nama ubat tersebut..korang bukak n baca2 ler...




Marking paper....


Alhamdulillah...hari ni kita sama2 ucap syukur kerana masih diberikan usia yang masih panjang untuk terus bernafas...moga esok masih ada buat kita...dan masih boleh melakukan sebanyak mungkin kebaikan sebagai bekalan....Amin....



Sakitnya kepala membaca jawapan student ku...

Bosannya ler hari ni....sambil marking paper sambil mengomel jawapan yang budak2 ni bagi...apalah teruk sangat jawapan..mcm x pernah ku ajar je dalam kelas...frustpun ada...tp bukan aku sorang semua pensyarah lainpun merungut gak....Nasib hai nasib....dah nasib badan...



Al-Fatitah buat semua umat Islam yang terlebih dulu meninggalkan kita...

Arini sambil marking paper sambil baca facebook...mcm2 benda yang berlaku dalam kehidupan orang lain..kadang-kadang rasa bersyukur ngn diri sebab belum diuji sebegitu.....Takziah buat kakak ku tersayang Razatu Iza dari KK Ledang yang telah kehilangan ayahanda tersayang (pulang ke Rahmatullah) 3 hari lalu...Tabahkanlah hatimu kak..sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah...


Bleeding rose....

Kita sama-sama doakan anak kawanku si "S" sihat dan lahir dengan sempurna Amin....

Semalam dan hari ini aku berchit chat ngn sahabatku si "S" yang mengalami komplikasi semasa mengandung...bleeding katanya...Kesian aku mendengar berita itu aku doakan semoga dia cepat sembuh dan babynya selamat.....buat semua pembaca2 ku..mailah kita sama2 doakan untuk beliau semoga cepat sembuh dan babynya selamat.....sekiranya ada diantara pembaca2 ku ini yang terdiri daripada ibu2 dan pernah mengalami pengalaman yang sama,dialu-alukan untuk memberikan sedikit komen,nasihat atau petua kepada saya dalam blog ni untuk dikongsi bersama beliau dan juga semua pembaca lain....

Changing during ...Pregnancy

Tahniah buat temanku Yani yang kini disahkan mengandung 2 bulan oleh doktor semalam kot....akhirnya Darwish dapat adik...untuk pengetahuan Darwish tu muda sebulan je dari Aisyah sekarang dah nak ada adik...semua orang pakat tanya aku bila nak tambah...aku x tau nak jawab apa..yg pasti aku belum bersedia...memang ada rasa nak anak tp keadaan tak mengizinkan sehingga tahun 2013...aku akan terlibat dengan penggubalan modul baru kolej komuniti...aku takut tak sempat nak uruskan anak...itu je aku leh jawab....


Khamis, 2 Disember 2010

New Look ...


Yang nilah template yang aku nak sangat2...sampai berjam aku cuba cari mana aku nak pastekan codenya....sampai sudah x jumpa......last2 aku ambik apa2 je yang sedap pada mata aku dalam senarai template yang disediakan....erghhhh!!!!!!!!!! frustnya....apa2pun aku kena cuba sampai dapat.....



Ni template lama aku...bosan dah aku ngn template lama ni.. suram je...sampai aku pun xder mood nak berblog....aku dok cari yang cute n ceria..tapi x jumpa...erm...apa2pun bolehlah buat sementara ni...entah2 esok lusa atau karang aku tukar lain lg.....

Hari ni aku xder keje...bukan xder kerja sangat sampai free sampai ke petang tapi xder orang nak ambik paper untuk pengajian Am sebab semalam last paper SPA 3103 kul 4.30 p.m jadi berakhirlah tugas aku untuk menguruskan semua urusan exam subjek Pengajian Am...

Walaupun banyak paper nak kena marking tapi aku cuba paksa diri aku menggodek blog sebab next week nak kena ngajar kursus blog...setelah sekian lama aku tak ngajar kursus blog dan blog akupun dah terbiar lama....aku rasa patut aku lembutkan jari jemari ku menekan mouse mengexplore apa yang patut..ternyata blogger sudah berubah wajah...banyak template baru yang di masukkan malah aku nak masukkan template yang aku sukapun aku x tau mana tempat aku nak pastekan code CSS@HTML nyer....sampai sudah aku tak jumpa...last2 aku ambik je template yang blogger sediakan untuk aku...frustnya...walau mcmanapun blog aku sudah berubah wajah....

Rabu, 1 Disember 2010

Wahai Hati...


"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika baik baiklah seluruhnya,jika tidak tidaklah seluruhnya. Ianya tidak lain tidak bukan adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)


Wahai hati kenapa engkau sukar untuk ikhlas sedangkan aku telah sedaya upaya berusaha..
Wahai hati kenapa kau masih berduka sedangkan ku berusaha untuk mu bahagia...
Wahai hati kenapa tidak yakin walau telah sedaya upaya membuat mu percaya....
Wahai hati kenapa keliru sedang kepastian itu ada depan mata...
Wahai hati kenapa tidak dapat melupakan walau telah lama ku biarkan...
Wahai hati jangan menangis lagi kerana cinta masih disini.....

Selasa, 30 November 2010

Tahniah buat Temanku...

Tahniah buat temanku Norul Baya yang telah selamat melahirkan anak untuk beberapa hari yang lalu (lebih kurang dekat 1 bulan dah kot....hahhah) aku je x sempat nak menulis...arini aku nak jugak corat coret kat blog aku ni....erm...rasa macam baru je kuar makan Pizzaa ngn dia terus dia beranak sbb makan Pizza..hahah....it"s just a joke ok...jgn pulak korang gi makan pizza semata2 nak beranak cepat....petua yg x boleh dipercayai oleh aku ni.....
Any way tahniah buat semua kawan2 yang berkahwin,mengandung dan melahirkan anak kerana itu adalah kitaran hidup...setiap orang akan melalui saat tersebut...TAHNIAH untuk diri sendiri sebab telah melepasi semua saat manis tersebut dan sekarang tengah bekerja keras untuk membesarkan anak perempuan ku yang semakin licik dengan pelbagai helah dan lakonannya....

Jumaat, 29 Oktober 2010

SAHABAT

Nilah si Norul Baya tuuuu..hehheh...dah tembam dah dia.. Gambar ni aku tebalkan muka suruh waitress tu ambikkan..heheh

Hari ini jumaat,aku xder kelas so aku ambik keputusan untuk keluar ngn bestfren aku masa degree dulu selaku roomate aku Norulbaya..semenjak dia mengandung ni aku x pernah jumpa dia sedangkan dia cuma kerja kat bandar Mentakab tu je...skarang ni dia dah tunggu masa je nak bersalin...begitu lama kami tak jumpa walaupun dekat aje......sedih betul bila bz ni..x sempat nk jumpa ngn kawan2 walaupun dekat..apatah yang jauh dimata..tp harapnya walaupun jauh tapi masih dekat di hati...sehinggakan ada sahabat aku yang jauh hati semata2 kerana aku bz dan x sempat berhubung....

Memang terguris hati ini bila sahabat memutuskan persahabatan kerana kita tak berhubung dengannya dengan alasan kita lupakan dia...mana dia tahu kita lupakan dia???? sedangkan dia sentiasa istimewa dihati kita sejak kecil sampai dewasa kini......dia amat istimewa di hati ni.,....dan akan sentiasa istimewa...mungkin banyak perkara yang difikirkan sehingga tidak dapat mempertimbangkan perkara ni.....x tahulah apa pertimbangan yang dipilih sehingga sanggup memutuskan persahabatan yang terjalin sekian lama....

SOOOOOO......aku buat keputusan aku akan jaga mana2 lagi sahabat yang ada....sesungguhnya SAHABAT cubalah memahami sahabatmu.....jika kamu adalah sahabat yang sejati kau akan memahami....sesungguhnya tidak menghubungi mu itu bukan bermakna kamu telah tiada tempat di hati ini.....

Tadi kami spend masa bersama..makan Pizza Hut sebab dia kempunan nak makan...sbenarnya last week dia ada call tp masa tu aku dah makan dekat cafe kolej ni..so aku takut hati ibu mengandung itu terguris...x sanggup lg kehilangan sahabat karib...sesungguhnya amat perit sehingga menangis x berair mata......

Wahai sahabat sesungguhnya aku amat menyayangi kamu semua...
jika ada pertelingkahan aggaplah ia cuma serbuk perisa untuk menyedapkan lagi rasa dalam perhubungan kita....
jangan jadikan ia sebagai penyebab untuk kita terus tidak bersama...ingatlah saat manis kita bersama berbelas2 tahun....
takkan kerana kesibukanku beberapa bulan ini dan mungkin setahun dua ini kita sanggup buang semua yang manis berbelas tahun kita simpan bersama dalam kotak memori kita,
Walaupun kita dah ada kehidupan masing2 yang bahagia namun ingatlah kita takkan dapat membuang masa lalu....namun kita juga tidak boleh hidup seperti masa lalu...kerana hidup ni menuntutkan perubahan dan hidup mesti diteruskan....cuma kita yang tahu macamana nak mencorakkan keindahan yang baru dalam persahabatan kita...jangan sampai satu hari nanti kita hanya menerima berita pemergian sahabat kita buat selamanya....masa tu air mata darah dah tak guna...ingatlah..kau sentiasa istimewa.....N_ _U!!!! miss U so Much...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...