Jumaat, 3 Disember 2010

UBAT KUATKAN RAHIM


Nilah ubat kuatkan rahim yang ada di pasaran.....maybe sapa2 leh try ubat ni for early pregnancy stage...OK,preggy semua u can try this medicine...

Assalamualaikum teman-teman sekalian terutama ibu2 diluar sana yg tengah pregnant semoga sihat selalu hendaknya....berikutan kes kawan aku yang bleeding tu (masa post yang lepas) aku cuba sedaya upaya untuk ingat balik nama ubat yang pakar sakit puan bagi kat aku aritu...namun anda semua maklumlah sudah stahun stengah berlalu LUPALAR....jawabnya...last2 aku search dalam internet..rupa2nya banyak forum2 ibu2 ni dok bincang pasal benda ni....dan rupa2nya ada ramai ibu2 kat luar sana yang mengalami komplikasi macam ni.....

Macam kakak opis aku sorang ni..kak rin, diapun pernah keguguran for the first time pregnancy tp pregnancy kali kedua keluar darah sikit2..kalau x silap aku seminggu darah tu kuar.....dia pergi jumpa doktor & then doktor bagi ubat kuat rahim...Alhamdulillah..sampai skrg ok....sbb tu aku cuba ingat nama ubat yg doktor bagi kat aku dulu..supaya aku leh suggest kt kawan aku tu..kesian dia..mesti kecewa kalau jadi apa2...sbb tu sementara masa masih ada waktu aku cuba utk tolong dia....

Tapi bila aku dok godek2 satu forum ni aku jumpa satu tajuk yang bincang pasal benda ni..apa2pun korang leh klik link yang aku buat supaya korang semua yang mengalami masalah yang sama leh ambik manfaatnyer...


Salaam ayu...


Tahniah atas kehamilan ayu... memang selalunya dalam kes2 yg pernah
mengalami keguguran, doktor akan memberi ubat atau suntikan dan
kadangkala kedua2nya sekali... Utrogestan.. jarang sekali digunapakai
untuk pesakit2 biasa...ubat ini mmg mahal saya rasa...kerana ia
digunakan untuk prosedur IVF.. sepanjang pengalaman saya mengandung
(sbb dulu saya mudah keguguran).. ubat yg kerap diberi pada pesakit
begini ialah duphaston dan turinal... malah di klinik prof pun
sekarang kami masih menggunakan duphaston dan turinal..

Jika doktor telah memberi ubat utrosgestan pada ayu... maknanya ubat
itu sudah cukup memadai tanpa mengambil suntikkan... sekiranya ingin
bertukar pada suntikan, mungkin ayu perlu maintain dengan ubat yg
dosnya rendah berbanding dengan utrogestan... mintalah nasihat dari
doktor.. kalau boleh jumpalah doktor gynea kerana mereka lebih
maklum...

Tiada sebarang risiko bila mengambil suntikan untuk menguatkan
rahim.. kerana ubat ini bukan diambil secara berterusan...

harap maklum...

-umihakim-

--- In timang1005@yahoogroups.com, "ayu132280" wrote:

>
> Saya pernah mengalami keguguran ketika kandungan berusia 6 minggu.
> Setahun kemudian (kini)saya positif hamil dan kini kandungan saya
> berusia 2 bulan. Oleh kerana saya pernah keguguran, dr menasihati
saya
> supaya mendapatkan suntikan atau mengambil pil untuk menguatkan
rahim.
> Dr di klinik swasta memberi saya UTROGESTAN 100mg, 2 kali sehari
> selepas makan. Saya ingin mendapatkan suntikan dari hospital pakar
> tetapi doktor di klinik swasta kata ia tak perlu, dan memadai makan
> ubat itu sahaja (mungkin kerana di kliniknya tiada kemudahan
suntikan
> tersebut). Saya ingin tahu, apakah bezanya, kebaikan dan keburukan
> jika saya mengambil suntikan menguatkan rahim in stead of consume
ubat
> dari klinik swasta, kerana kos ubat tersebut adalah lebih mahal
(perlu
> makan 3 bulan)berbanding suntikan di hospital pakar (suntikan
sekali
> sahaja). Harap puan dapat jelaskan secara terperinci secepat
mungkin.
> terima kasih.


Kat atas ni petikan pengalaman dan perbualan ibu2 yang pernah mengalami bleeding dan ubat yang dicadangkan


Kat forum ni ada bagi tau nama ubat tersebut..korang bukak n baca2 ler...




Marking paper....


Alhamdulillah...hari ni kita sama2 ucap syukur kerana masih diberikan usia yang masih panjang untuk terus bernafas...moga esok masih ada buat kita...dan masih boleh melakukan sebanyak mungkin kebaikan sebagai bekalan....Amin....



Sakitnya kepala membaca jawapan student ku...

Bosannya ler hari ni....sambil marking paper sambil mengomel jawapan yang budak2 ni bagi...apalah teruk sangat jawapan..mcm x pernah ku ajar je dalam kelas...frustpun ada...tp bukan aku sorang semua pensyarah lainpun merungut gak....Nasib hai nasib....dah nasib badan...



Al-Fatitah buat semua umat Islam yang terlebih dulu meninggalkan kita...

Arini sambil marking paper sambil baca facebook...mcm2 benda yang berlaku dalam kehidupan orang lain..kadang-kadang rasa bersyukur ngn diri sebab belum diuji sebegitu.....Takziah buat kakak ku tersayang Razatu Iza dari KK Ledang yang telah kehilangan ayahanda tersayang (pulang ke Rahmatullah) 3 hari lalu...Tabahkanlah hatimu kak..sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah...


Bleeding rose....

Kita sama-sama doakan anak kawanku si "S" sihat dan lahir dengan sempurna Amin....

Semalam dan hari ini aku berchit chat ngn sahabatku si "S" yang mengalami komplikasi semasa mengandung...bleeding katanya...Kesian aku mendengar berita itu aku doakan semoga dia cepat sembuh dan babynya selamat.....buat semua pembaca2 ku..mailah kita sama2 doakan untuk beliau semoga cepat sembuh dan babynya selamat.....sekiranya ada diantara pembaca2 ku ini yang terdiri daripada ibu2 dan pernah mengalami pengalaman yang sama,dialu-alukan untuk memberikan sedikit komen,nasihat atau petua kepada saya dalam blog ni untuk dikongsi bersama beliau dan juga semua pembaca lain....

Changing during ...Pregnancy

Tahniah buat temanku Yani yang kini disahkan mengandung 2 bulan oleh doktor semalam kot....akhirnya Darwish dapat adik...untuk pengetahuan Darwish tu muda sebulan je dari Aisyah sekarang dah nak ada adik...semua orang pakat tanya aku bila nak tambah...aku x tau nak jawab apa..yg pasti aku belum bersedia...memang ada rasa nak anak tp keadaan tak mengizinkan sehingga tahun 2013...aku akan terlibat dengan penggubalan modul baru kolej komuniti...aku takut tak sempat nak uruskan anak...itu je aku leh jawab....


Khamis, 2 Disember 2010

New Look ...


Yang nilah template yang aku nak sangat2...sampai berjam aku cuba cari mana aku nak pastekan codenya....sampai sudah x jumpa......last2 aku ambik apa2 je yang sedap pada mata aku dalam senarai template yang disediakan....erghhhh!!!!!!!!!! frustnya....apa2pun aku kena cuba sampai dapat.....



Ni template lama aku...bosan dah aku ngn template lama ni.. suram je...sampai aku pun xder mood nak berblog....aku dok cari yang cute n ceria..tapi x jumpa...erm...apa2pun bolehlah buat sementara ni...entah2 esok lusa atau karang aku tukar lain lg.....

Hari ni aku xder keje...bukan xder kerja sangat sampai free sampai ke petang tapi xder orang nak ambik paper untuk pengajian Am sebab semalam last paper SPA 3103 kul 4.30 p.m jadi berakhirlah tugas aku untuk menguruskan semua urusan exam subjek Pengajian Am...

Walaupun banyak paper nak kena marking tapi aku cuba paksa diri aku menggodek blog sebab next week nak kena ngajar kursus blog...setelah sekian lama aku tak ngajar kursus blog dan blog akupun dah terbiar lama....aku rasa patut aku lembutkan jari jemari ku menekan mouse mengexplore apa yang patut..ternyata blogger sudah berubah wajah...banyak template baru yang di masukkan malah aku nak masukkan template yang aku sukapun aku x tau mana tempat aku nak pastekan code CSS@HTML nyer....sampai sudah aku tak jumpa...last2 aku ambik je template yang blogger sediakan untuk aku...frustnya...walau mcmanapun blog aku sudah berubah wajah....

Rabu, 1 Disember 2010

Wahai Hati...


"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika baik baiklah seluruhnya,jika tidak tidaklah seluruhnya. Ianya tidak lain tidak bukan adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)


Wahai hati kenapa engkau sukar untuk ikhlas sedangkan aku telah sedaya upaya berusaha..
Wahai hati kenapa kau masih berduka sedangkan ku berusaha untuk mu bahagia...
Wahai hati kenapa tidak yakin walau telah sedaya upaya membuat mu percaya....
Wahai hati kenapa keliru sedang kepastian itu ada depan mata...
Wahai hati kenapa tidak dapat melupakan walau telah lama ku biarkan...
Wahai hati jangan menangis lagi kerana cinta masih disini.....

Selasa, 30 November 2010

Tahniah buat Temanku...

Tahniah buat temanku Norul Baya yang telah selamat melahirkan anak untuk beberapa hari yang lalu (lebih kurang dekat 1 bulan dah kot....hahhah) aku je x sempat nak menulis...arini aku nak jugak corat coret kat blog aku ni....erm...rasa macam baru je kuar makan Pizzaa ngn dia terus dia beranak sbb makan Pizza..hahah....it"s just a joke ok...jgn pulak korang gi makan pizza semata2 nak beranak cepat....petua yg x boleh dipercayai oleh aku ni.....
Any way tahniah buat semua kawan2 yang berkahwin,mengandung dan melahirkan anak kerana itu adalah kitaran hidup...setiap orang akan melalui saat tersebut...TAHNIAH untuk diri sendiri sebab telah melepasi semua saat manis tersebut dan sekarang tengah bekerja keras untuk membesarkan anak perempuan ku yang semakin licik dengan pelbagai helah dan lakonannya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...