Jumaat, 6 Mei 2011

UBAT UNTUK HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

Hari ni aku agak free sikit belah pagi....sepatutnya free sepanjang hari tapi memandangkan janji dengan student nak wat kelas ganti sbb semalam ada Bengkel Pengurusan Landskap bersama dengan pihak Felda Jengka...serami 58 orang..penat gak bagi talk kt depan 58 orang tu...merekapun bukan calang2 orang kat Felda tu...orang2 yg berpengaruh & berjawatan dalam Rancangan masing2. Kursus dari kul 8.30 hingga 5.00 ptg..penat wei..aku balik ptg tupun rasa dah lembik dah..lepas je maghrib aku tido x ingat dunia....bangun smayang isyakpun tgh malam...dah lah anak aku demam 2 hari..setiap setengah jam je meracau...penat rasa...nk cuti je rasanya arini..tp sbb dah janji ngn budak2 nk wat kelas jadi dtg gak..tp masa aku kt bank pagi td tiba2 ada yg msg nk tunda ke petang Isnin..hangin gak aku..hehe kalau x aku tgh rehat ngn aisyah kt rumah skrg ni....

Bila msg2 tu diorg kesian plak kt aku..last2 jadi gak kelas petang ni. Pagi ni aku teringat masa borak2 ngn Pegawai Promosi Kolej Aisyah Othman...dia ni salah orang staf yg pregnant kt sini...dia dok mengadu yg dia punyer HB rendah....kena bebel ngn nurse..teringat plak masa pregnant dulu...HB aku x pernah bawah 11. Mungkin sbb aku ngandungkan anak perempuan.Sebab aku teringat cerita Suzee salah sorang staf yg ngndung sama ngn aku...HB dia selalu rendah dan biasanya bawah daripada 11. Dia kata nurse tu cakap biasanya anak lelaki.Last2 memang dia beranak anak laki. Tapi kalau aku dulu aku beli ubat kat Klinik Perdana Islah kt kelantan.Selalunya bila balik je aku ambik stok banyak2 bawak mai Temerloh. Ubat tu namanya ferrecom atau sangobion...aku cuba cari gambar ferrocom kt internet tapi xder tapi yg aku punyer warna oren..mcm coklat m&n je rupanya..tapi ubat tu selalu aku makan bila nk g check perut dulu..memang lepaslah HB aku...so sapa2 yg pregnant lehlar nk g cari kt farmasi or klinik..ferrocom ni bagus sbb dia x bau...nak tau pasal ferrocom cuba kilik SINI


Ubat ni bagus bagi yang anemia...tapi aku xleh telan sikit ubat ni sbb bila lama2 makan gas yg terhasil bila sendawa tu lain macam sikit menyebabkan aku rasa cam nak muntah... 

Aku nak share sikit benda aku baca pasal tips2 tambah darah yang aku baca dalam ruangan ibu2...tapi aku malas nak copy semua perbualan mereka..sikit je..pastu korang klik je kt link yg aku buat ek....

Ni sedutan mereka:




Ingin berkongsi sedikit pengalaman bg yg bertanya. alhamdulillah msa sy mengandung dlu HB sy xde msalah sgt...tp msa bulan2 terakhir tu ada merosotsikit, 11 ke bwh. msa 9 bln sy dikenalkn dgn satu produk ni,KLOROFIL product K-LINK. husband belikn utk sy sbb bagus sgt utk ibu2 ngandung n utk xnak anak kuning bl lahir nnt.so sy pn minum hari2..sy masukkan 2 penutup botol KLOROFIL ke dlm sbotol besar air mineral/air masak n minum hari2 sbb dia xberbau n xde rsa.rsa mcm air masak biasa je. sblm tu ada jgk hsband belikn vitamin2 lain tp sy rsa cm nk muntah bl mkn sbb berbau..yelah, org ngandung kn. tp alhamdulillah dgn KLOROFIL ni sy blh minum tiap2 hari. hasilnya HB saya maintain 12 keats n bl anak lahir, alhamdulillah xde kuning. byk lagi khasiat air KLOROFIL ni. sbrg pertanyaan blh call or sms sy 

Pn.Farah :
019-4308685


--- In ibu@yahoogroups.com, ZALINA LONG wrote:

> Saya nak kongsi juga pengalaman masa mengandung anak kelima dalam usia 35 tahun. HB saya bacaannya 12  dari awal mengandung sehingga saya melahirkan anak. Saya tak ambil sebiji  pun ubat. Apa yang saya makan adalah madu. Setiap pagi saya akan makan satu sudu madu. Memang ada kelainan semasa mengandung dan melahirkan berbanding dengan 4 anak sebelum ini. Cumalah.... madu sememangnya telah diiktiraf didalam al-Quran kemujarabannya dalam menangani pelbagai penyakit.Yang pasti mestilah madu tulen.


 From: Sakinah
> To: ibu@yahoogroups.com
> Sent: Monday, 18 January 2010 9:14:00
> Subject: Re: [ibu] Makanan IBU Mengandung yg haemoglabi rendah

> salam,

> saya pun pernah mengalami situasi yg sama, hb rendah sejak mula pregnant sampai dekat nak bersalin alhamdulillah naik ngam2 11.1.. sblm tu hari2 makan kerang, bayam merah, telur ayam kampung, bilis, mcm2.. x naik jugak. asyik kena marah jer ngan nurse, kena cucuk ubat 5 jarum..huhu. . sakit smpai skarang.. yg berkesan bagi hb saya naik lepas makan IBERET (beli kat farmasi RM23 sekotak utk sebulan). doktor yg suggest.. ubat ni berbau sikit, rasa nak muntah bila makan.Biasanya saya makan sebelum tido, so x muntah la. dlm 2 minggu jer bleh naik hb tu.. pantang dia jgn makan sama2 dengan susu.. cuba la..

From: Liza
Subject: [ibu] Makanan IBU Mengandung yg haemoglabi rendah
To: ibu@yahoogroups. com
Date: Thursday, 14 January, 2010, 5:03 AM

Assalmu'laikum dan salam sejahtera..

Apakah ubat/ vitamin/makanan yang sesuai untuk menambah darah bagi ibu2 mengandung yg haemoglobinnya rendah .. Tak larat dah makan kerang ... hati .... macam nk muntah .....

Sekian terima kasih.


Selamat mencuba ye kawan2.....semoga kandungan selamat adanya...

Rabu, 4 Mei 2011

Amalan & Doa Mendapatkan Zuriat










buat teman2 yg belum dapat zuriat mai sy kongsikan doa permudahkan dapat zuriat moga ilmu ni di rahmati Allah :

Amalkan kombinasi ayat2 Al-Quran ni:

1) Baca Al-Fatihah

2) Kombinasi Ayat : Surah Al-Anbiya'(ayat 89),surah Ali Imran (ayat 38),surah Al-Anbiya'(ayat 30)

3)satu doa yang mesti dibaca 7 kali...(nak taip arab x bolehkt labtop ni sooo.....) 


jd sy bagi maknanya jelah yek...Allah memahami segala bahasa....

"Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Tuhan urusannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu,Ia berkata "Jadilah",maka akan jadilah.Aku bermohon kepada Allah yang maha agung,Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.



Silalah amalkan dengan seikhlas hati...Moga allah mendengar kehendak kamu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...