Khamis, 22 Oktober 2009

Dari QLATE-RAUB-MEMPAGA-MENTAKAB

Ni gambar terbaru Aulia' Aisyah masa rombongan dari Kelantan yg terdiri daripada Tok Bat, Tok Mi, Uncle Yeh, Uncle Fiq & Suya Aulia'..... Diorang nak datang jalan2 sebab cuti Deepavali... Mula2 journey bermula dari Kelantan: diorang bertolak pada 17/10/09 - Raub: kami sampai dari Mentakab ke Raub pada 17/10 kul 9.00 mlm gitu gak rombongan dari Kelantan tapi diorang sampai 17/10 petang tu.. - Mentakab: kami semua bertolak dari Raub ke Mentakab pada petang 18/10/09 kami sampai belah malamnya...heheh! X dpt gi open house k.zaini Madarshah.. - Kelantan: Semua bertolak balik pada pagi Isnin sama2 ngn Ibu Aulia' nak g keje... hehheh...itu saja perjalanan weekend kami semua...Merekapun dah selamat sampai ke Kelantan...Alhamdulillah

Kecian Pokok ni dah mati....

Ni Abi posing ngn kereta Tok Bat sebelum bawak Tok Bat Jalan2 kat stesen keretapi puaka Mentakab hheheh....
Ni bergambar Uncle Yeh,Suya & Abi kat wakaf kenangan En.Mud...ehheheh
Tok Bat Aulia nak sangat masuk kat tempat ibu Aulia' keje...maka di bawalah semua bala tentera ke sana hehheh...Nasib baik pak guard x tahan...
Ni masa g makan kat restoran saniah belah petangnya...ngan uncle fiq berjambul
Penat Tok Mi dokong...dah 7 kg...
Senyum lagiiii.....
Rantai azimat Aulia'...x der yang ni mau meraung sampai pg esok..heheh (puting dia)
Hehehheh...dia gelak kuat bunyinyer...
Bukan main lagi mengagah....
Ni masa makan2 kat tepi Sungai Temerloh....Akhirnya tok Bat Aulia' sampai gak kat Temerloh...susah nak bawak dia jalan2 niii..hehehh tapi demi rindu kat cucu dia sanggup datang...
Tok Bat,Tok Mi,Abi,Suya & Uncle Yeh Aulia' Aisyah
Aulia' nangis je tahu...dah lah ceksi..
Ni masa tok mi & tok bat Aulia' Aisyah nak balik pada pagi Isnin 19/10/09
Ni masa kat TTI...bat sampai jugak ngn HONDA dia niii...
Ni rumah Ain "X" menantu mami & bat yang tak jadi...hehehh kami gi jalan2 alang dah sampai Mempaga...lgpun parents dia pernah ler.. dtg rumah kami....
Ni masa kitorang tido rumah Amimid weekend aritu....Lepas habis keje Jumaat tu terus drive gi Raub tido sana..tapi sebelum tu kami gi makan2 open house rumah aunty india sebelah...heheh

Selasa, 20 Oktober 2009

SUATU MASA...

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.
Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.
Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.

WANITA vs MUSLIMAH

Perempuan Perempuan

Apabila teruna memerhatikan dikau,

Kau membalas renungan matanya

Pabila teruna mendekati selangkah,

Kau datang berpuluh langkah

Pabila teruna memujuk rayu,

Kau lemah dalam pangkuannya

Pabila teruna memberi harapan,

Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah Muslimah Pabila teruna memandang dikau, Kau tunduk mengelak panah syaitan Pabila teruna mendekati selangkah, Kau berundur beribu langkah Pabila teruna memujuk rayu, Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan Pabila teruna menutur harapan indah, Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana Kerana kau mengerti dan menyedari Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak semudah itu Siapakah kita???? renung2kanlah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...