Kita hanya mampu bersedih namun tak dapat mengubah takdir....setiap apa yang dirampas akan digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai olehNya....
Assalamualaikum w.b.t semua pembaca...arini while chatting dlm FB terbaca 1 statement yg menyedihkan..kecian sangat..my fren yg pregnant tu....Rasa sedih sangat tumpang sedih buat dia....aku dapat rasakan kesedihan dia.....Allah dah ambik balik anak dia sebab Allah lebih sayangkan dia.....yelah..kita ni manusia je...xder kuasa apa2....walau kita berusaha namun Allah yang tentukan segala....
Anak tu anugerah Allah tapi ia sekadar pinjaman...semua tu milik Allah dan akan kembali kepadaNya jua...termasuklah kita....satu hari akan kembali kepada Maha pencipta.....mungkin esok,mungkin lusa,mungkin hari ni...mungkin sesaat nanti...apa2pun kita doakan semoga Allah merahmati arwah anaknya...jgn risau kerana yang pasti syurga tempatnya........
Aku tumpang sedih atas kehilangan itu...semoga kau dianugerahkan dengan anak yang lebih baik dan sempurna kelak....Amin...
Mengikut pengalaman teman2 dan pembacaan daripada bahan2 bacaan serta cerita orang2 tua..keguguran ni memang suatu yang normal bagi semua orang...kerana ia seolah2 sedang melatih rahim individu supaya menjadi kuat dalam proses pembelajarannya sebelum berfungsi dengan sepenuhnya terutamanya bagi individu yang rahimnya agak tidak kuat....namun begitu dengan kepakaran dan kecanggihan dunia perubatan masa kini pelbagai kaedah dan ubat dicipta bagi mengatasi masalah ni....kebanyakan individu yang mengalami keguguran biasanya akan mudah untuk mengalami proses kehamilan semula...cuma individu yang pernah mengalami pengalaman keguguran kali pertama mestilah berpantang dan menjaga rahimnya supaya betul2 sembuh dan bersedia untuk kehamilan seterusnya....berpantanglah dengan baik...makan makanan yang membantu menguatkan rahim seperti ubat2 tradisional yang biasanya di amalkan oleh ibu2 selepas bersalin....amalkan makan kurma kerana ia baik untuk kesihatan....
Namun begitu bagi individu yang telah banyak kali mengalami proses kehamilan dan sentiasa juga mengalami keguguran itu menunjukkan rahim anda agak lemah....namun sperma dan ovum anda sihat...pastikan mendapat rawatan atau nasihat daripada pakar sakit puan...namun begitu anda juga boleh cuba mengamalkan memakan ubat menguatkan rahim sekiranya telah disahkan mengandung.....ubat yang telah saya senaraikan dalam post yang lepas adalah antara ubat yang biasa dipreskripsikan kepada pesakit sekiranya mengalami masalah rahim yang lemah....sebelum mendapatkan ubat tersebut,pastikan anda mendapatkan nasihat daripada Doktor terlebih dahulu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan