Jumaat, 29 Oktober 2010

SAHABAT

Nilah si Norul Baya tuuuu..hehheh...dah tembam dah dia.. Gambar ni aku tebalkan muka suruh waitress tu ambikkan..heheh

Hari ini jumaat,aku xder kelas so aku ambik keputusan untuk keluar ngn bestfren aku masa degree dulu selaku roomate aku Norulbaya..semenjak dia mengandung ni aku x pernah jumpa dia sedangkan dia cuma kerja kat bandar Mentakab tu je...skarang ni dia dah tunggu masa je nak bersalin...begitu lama kami tak jumpa walaupun dekat aje......sedih betul bila bz ni..x sempat nk jumpa ngn kawan2 walaupun dekat..apatah yang jauh dimata..tp harapnya walaupun jauh tapi masih dekat di hati...sehinggakan ada sahabat aku yang jauh hati semata2 kerana aku bz dan x sempat berhubung....

Memang terguris hati ini bila sahabat memutuskan persahabatan kerana kita tak berhubung dengannya dengan alasan kita lupakan dia...mana dia tahu kita lupakan dia???? sedangkan dia sentiasa istimewa dihati kita sejak kecil sampai dewasa kini......dia amat istimewa di hati ni.,....dan akan sentiasa istimewa...mungkin banyak perkara yang difikirkan sehingga tidak dapat mempertimbangkan perkara ni.....x tahulah apa pertimbangan yang dipilih sehingga sanggup memutuskan persahabatan yang terjalin sekian lama....

SOOOOOO......aku buat keputusan aku akan jaga mana2 lagi sahabat yang ada....sesungguhnya SAHABAT cubalah memahami sahabatmu.....jika kamu adalah sahabat yang sejati kau akan memahami....sesungguhnya tidak menghubungi mu itu bukan bermakna kamu telah tiada tempat di hati ini.....

Tadi kami spend masa bersama..makan Pizza Hut sebab dia kempunan nak makan...sbenarnya last week dia ada call tp masa tu aku dah makan dekat cafe kolej ni..so aku takut hati ibu mengandung itu terguris...x sanggup lg kehilangan sahabat karib...sesungguhnya amat perit sehingga menangis x berair mata......

Wahai sahabat sesungguhnya aku amat menyayangi kamu semua...
jika ada pertelingkahan aggaplah ia cuma serbuk perisa untuk menyedapkan lagi rasa dalam perhubungan kita....
jangan jadikan ia sebagai penyebab untuk kita terus tidak bersama...ingatlah saat manis kita bersama berbelas2 tahun....
takkan kerana kesibukanku beberapa bulan ini dan mungkin setahun dua ini kita sanggup buang semua yang manis berbelas tahun kita simpan bersama dalam kotak memori kita,
Walaupun kita dah ada kehidupan masing2 yang bahagia namun ingatlah kita takkan dapat membuang masa lalu....namun kita juga tidak boleh hidup seperti masa lalu...kerana hidup ni menuntutkan perubahan dan hidup mesti diteruskan....cuma kita yang tahu macamana nak mencorakkan keindahan yang baru dalam persahabatan kita...jangan sampai satu hari nanti kita hanya menerima berita pemergian sahabat kita buat selamanya....masa tu air mata darah dah tak guna...ingatlah..kau sentiasa istimewa.....N_ _U!!!! miss U so Much...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...