Jumaat, 18 November 2011

Pejalanan Balik Kampung

Erm..hari ni aku kebosanan kat rumah En.Ahmad g beli barang untuk majlis cukur jambul pagi esok..kitorang x planpun nak wat..nipun wat simple je...kecik2...gulai cicah roti je..heheh...maklumlah kat rumah ni ada dua baby..kalau x buat macam x elok plak..so buat jugak walaupun simple....


Tahun ni rezeki umi berganda....dpt cucu double...dua2 due pd 11/11/11 tp sorang kuar pg raya 6/11 & sorang lg 9/11 erm x merasa jd baby 1 malaysia....

Memandangkan aku ni x boleh nak wat kerja apapun so aku onlinelah jap...nak upload gambar anak malas nak tranfer kt labtop..kalau adapun sekeping dua je yang di snap abi dia untuk tatapan kawan2 kat Fb...kt Fb aku xderpun...mungkin sebab anak no 2...dah x seghairah anak pertama..setiap gerak geri dia nak ambik..ehheh..sampai orang baca post dekat blogpun naik meluat..hahha....manalah tau ada yang pernah kutuk aku..."cheh..mcm dia sorang je dapat anak..semua benda nk tulis pasal anak dia.." hihi...kalau ada yang pernah rasa mcm tu ..aku mintak maaf byk2..bukan apa ghairah dapat anak kot...x perasan plak sampai org meluat...hihi...

walaupun tajuk pasal cukur jambul tapi post ni rasanya banyak cerita tentang perjalanan balik kampung sebelum beranak aritu....ni sedikit cerita perjalanan kami...


Baru je nak mula perjalanan dah posing macam2 gaya....


Kakak lah orang paling gembira bila cakap nak balik kampung....

Masa kat area pahang sampai kuantan masih x terasa perubahan cuaca & bahang musim tengkujuh..bila masuk je Cherating cuaca berubah teruk..hujan turun dengan lebat dan suasana musim tengkujuh mula teras...terbayanglah musim banjir bagai....hujan berenti2...tengok pada kawasan..tapi kebanyakannya memang hujan..seronok gak jalan dalam hujan..x lah panas sangat tambah aku ni tengah ngandung masa tu...tp agak bahaya gaklah.....tapi dalam perjalanan banyak tempat yang kami singgah....antaranya tempat yang di janji selalu ngan kakak..tempat yang ada penyu..malangnya penyu betul xder..replika je...


Hujan lebat di sekitar Kerteh....


Ni dah masuk sempadan Dungun tapi masih lebat hujannya...


Ni dekat Muzium biologi marin di Dungun...


Belakang tu tulang ikan paus betul tau...yang di temui di Pahang tahun 2007 kalau x silap...


 Ibu tengah saratpun dia nak naik dokong gak..apa taknya dia takut ngn penyu tipu tu....


Ni tulang ikan paus yang di temui di selangor tahun 2004 kalau x silap....kakak dah mula seksi....jaket dia dah dibuang ntah kemana...


Bukan main lagi berdokong ngn abi..


Mentang2 jadi pensyarah ikan...ikan tilapia nipun nak ambik gambar..tp ni tilipia berbintik..cantik sangat....


Yang ni ikan apa ntah lupa aku..tp rasanya "ikan baung ekor putih...

Untuk pengetahuan korang..last2 aku dapat gak makan ICT kat teluk ketapang..yang aku nak sangat makan masa balik cuti raya puasa aritu...sesampai je sana kedai bukak...rasa gembira sangat dalam hati....

Post Sebelum...yang x terpost..

Sebenarnya post ni dah lama aku taip since aku start bercuti hujung bulan oktober aritu lagi tapi saja je aku aku x post coz bz & kat rumah aku ni banyak masalah internet...maklumlah broadband...ehheh..so memandangkan aku dah penat taip maka aku 
nak postkan jugak...heheh...





Inilah kerja2 aku sepanjang aku ambik cuti awal hujung oktober lalu..malah aku dah buat semua ni masa usia kandungan 30 minggu lg...saja standby..


Semua baju kakak yang lama2 masa baby dulu aku kumpul balik...



Erm kerja2 membasuh ni yg penat sikit...


27/10/1011
Bosan giler malam ni..apa taknya encik ahmad dah tido…siti aisyahpun dah tido…tinggal aku sorang2 je. Hari ni patutnya aku dah start cuti panjang daah..hehe tapi memandangkan keje2 kat opis tu banyak yang belum setel last2 aku gi jugak opis walau berpakaian biasa…yang paling x best bila terserempak dengan bos..heheh….(bagus gak..hoho tu tandanya aku rajin..kuang…kuang..kuang..) katanya arini dia x masuk lg coz masih bercuti di Singapore…x sangka dah balik rupanya…

Ni bersama student kesayangan aku ika...perempuan tunggal akuakultur...Ni masa majlis hari raya..


Yang berbaju merah tu Pak Chu..Baju merah terang tu si epol...


Anak tilapia bawah jagaan kitorang...


berat ikan mesti ditimbang setiap masa...tangan sapa lg kalau bukan si bob...


 Nilah aktiviti aku ngn student tiap hari kat site..timbang ikan & check tahap kesihatan ikan...


Yang berbaju Melayu kuning tulah Pak ya...ni boleh dikatakan semua student akuakultur....

Tadi banyak sangat benda nak setel dalam kepala…akhirnya hampir 90% kerja yang aku nak setelkan dah setel…..Hari ni kiranya hari terakhirlah aku kt KKCB,Bukan nak pindah lg..tp nak balik bercuti panjang…..x sangka,pejam celik pejam celik dah 4 bulan aku kat KKCB ni,malah aku plak merasakan yang aku baru je datang sini rupa2nya dah 4 bulan berlalu…..banyak gak kenangan dok sini…bila aku masuk balik nanti student aku dah habis dah…especially student SMK 3. Malah aku akan merindui mereka terutamanya perempuan  tunggal kat kolej tu si Siti Zulaika,Pak Ya,En. Saidi,Pak Chu ( ketiga2 mereka ni bakal pesara askar yang dikenali sebagai PERHEBAT), si Hairul,Bob,Epul & Halkin…student kt sini x seramai di Temerloh so bolehlah kita kenal mereka dengan lebih dekat n rapat…


Ni si Mardhiah & huda kitorang ni kenal since DPLI kt UPM lg...


Kat tengah tu student aku..yang hujung tu Huda..kami dua2nya pensyarah bg budak2 SMK 3.


Ni si dini..yang berbaju merah..yang pelik sikit ni bukan orang lainlah..si Ida adik alu yg kecoh kt KKCB.....

aku juga akan merindui kawan2 aku or family baru aku kt sini…keluarga baru yang aku mulai cintai…especially si murai (nurul zahidah..pem.tadbir kewangan kesayangan aku)….i’m gonna miss her n kekecohan beliau…besides aku juga akan merindui nina yang suka pukul aku kt belakang…serta 4 org lagi pensyarah yg sanggup bergadai nyawa demi KKCB..heheh si Mai,Mar,Huda & Dini..heheh..miss u olsss….


Keluarga baru aku kt KKCB....

Aku tinggalkan kolej dengan hati yang tenang sebab KPI tahunan aku sebagai pensyarah Kolej Komuniti tercapai..harap SKT aku tahun ni x menyakitkan hati..heheh lehlah aku pasang cita2 nak sambung master balik..heheh…

ü  Peserta : 100 orang  115 Peserta
ü  Jam mengajar : 40 Jam      43 Jam
ü  Jam Urusetia : 20 Jam  50 jam

Tapi yang merisaukan aku plak apabila kolej menerima surat daripada JPKK yang menyatakan akan menempatkan seorang pensyarah baru di KKCB pada 16 Nov 2011 ni…Bukan apa,aku risau jika aku di tarik balik ke Temerloh kerana penempatan asal aku kat sana..PTJ sana yang membayar gaji aku…& status aku sekarang adalah dipinjamkan…aku riasu kalau2 aku terpaksa berpindah rumah lagi..cukuplah…aku cukup penat dah berpindah randah…dahlah claim hari tu belum tentu dapat lg…tu pun nasib baik EO kesayangan aku kt sini puas merayu2 ngn pengarah induk. Terima kasih banyak2 ye Yana..Yana mesti paham perasaan aku sbb diapun pernah pindah gak…

 Nilah EO aku kt KKCB,,,erm...baik orangnya...


29/10/2011
X sangka betul..masa ni memang cepat berlalu..seingat aku mula2 posting sini masa bulan 7 aku x sabar menunggu cuti panjang untuk bersalin ni…x sabar rasanya menunggu 1/11/11 untuk bercuti..pejam celik pejam celik dah startpun cuti aku..memandangkan ada cuti gantian semasa kursus pendek yang belum di claim maka aku menukarkannya dengan cuti..walaupun masih belum balik kampung halaman. Apa2pun aku dah pulun habis2 wat kursus untuk tahun ni...maka aku dapat bercuti ngn senang hati...
Ni sedikit gambar nak dikongsikan dengan kalian semasa mengajar peserta kursus naget & fishball...dalam sarat2 nasib baik ada pembantu.....


Semangat betul Puan Siti Norihan mengajar sampai terteleng2 kepala...heheh..


Semangat peserta mencuba...


Tekun betul peserta mendengar....



Cara untuk membentuk supaya bebola ikan bulat...tanpa menggunakan mesin..sampai koyak gloves pensyarahnya...


Bagus betul ustaz 2 orang ni...sorang dr IPD Bera sorang lg dr Jab.Perpaduan..


Heehe..seronok tengok orang laki cuba main masak2....






Ni hasil tangan ustaz2 n suri2 disekitar daerah Bera...thanks to Jab.Perpaduan atas kerjasama ini bersama Kolej komuniti Caw.Bera.


Taklimat tentang cara penghasilan naget plak...


Menguli campuran naget menggunakan food processor sebelum di bentuk..


Kiri :Adunan belum cukup sebati... kanan; Adunan naget dimasukkan ke dalam acuan...



Stelah diuli dengan serbuk roti naget di goreng terus....


Heheh..posing ngn cenderamata dr perpaduan atas kerjasama ni....kredit buat Siti Norihan coz dah terlebih capai KPI tahunan induk & cawangan..heheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...