Khamis, 11 Ogos 2011

RAHSIA KALENDAR HIJRI




RAHSIA KELAHIRAN DALAM KALENDAR ISLAM

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan
itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap
perilaku..




Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..


Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..


Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban


Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan


Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.



Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

Rabu, 10 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA

Erm..hari ni dari pukul 8.15 pg hingga kul 9.40 dok kt tangki ikan....tengok ikan & check ikan..setiap hari ikan mati...erm...insaf jugak...manusiapun begitu juga...akan hadapi kematian pada bila-bila masa...kadang2 bila aku perhatikan ikan-ikan dalam akuarium tu...xder belas kasihan...bila kawan2 dia mati ataupun adik2nya mati..diorang beramai2 makan daging mereka..bila pikir balik kehidupan manusia sekarang macam tulah jugak...sebab tu ada kawan yang sanggup makan kawan...ada jugak adik beradik tikam adik beradik sendiri..harapnya tak berlakulah pada aku....

Setiap hari aku selalu pikir aku mesti buat baik ngn orang tanpa pikir apa balasan aku dapat supaya 1 hari nanti orang x buat kat aku benda yang tak elok...yang aku pasti Allah itu Maha Adil. Apapun yang kita buat & orang buat kt kita biar Allah saja yang membalasnya....yang pasti "yang baik akan di balas baik & yang jahat akan dibalas jahat" baik yang terang-terangan atau yang terselindung...

Jauh plak bertazkirah hari ni...ehheh...aku x sabar nak balik cuti raya ni..Alhamdulillah berkat kesabaran & redha semua orang bos baru aku tahun ni bermurah hari melepaskan cuti raya....dapatlah bercuti panjang..yang pasti aku start balik raya 26/8/2011 hingga 2/9/2011 heheh..bestnya..tp aku x nak terus balik..ehheh nak bercuti merehatkan minda...aku nak balik ikut terengganu & berehat kt sana sehari dua...heheh..dah lama penat bekerja sehingga lupa pada diri sendiri....nilah time nak manjakan diri bersama suami & anak tercinta....kat mana agaknya tempat berbuka yang best kat Terengganu...aku sebenarnya teringin sangat nak makan ICT..tp x pasti bukak ke x time puasa ni..kalau bukak nak je aku gi kt pantai ketapang tu...
 Teringinnya nak makan kat sini...sedap betul ICT dia..huhu..rangup tepungnya...

Sedap2..huhu..yang paling x tahan udang celup tepung dia..huhu...

 Teringat plak masa gi makan ngn Mardhiah masa Bengkel Modular kt Grandcontinental T'ganu aritu...salah makan gi makan kt tempat x sedap...dahlah keras..ikan gatal..huhu..sedih rasa....

 Teringat plak masa zaman2 kerja kat Tganu...wat insurans...penat2 cari customer pergi lepak kt pantai bersama kawan2....seronok jugak ingat zaman remaja....

Rindu plak kt Lina,Fizi,Sepul & kawan2  insurans dulu..yang bersusah payah mendapatkan rezeki untuk sesuap nasi sebulan...walaupun perit tapi itulah pengajaran terbaik dalam kehidupan... Orang yang x pernah melalui kesusahan mencari duit hanya akan tahu mengata & mencerca je kerja mcm kami....tp itu lebih baik daripada goyang kaki meminta duit dr keluarga....
apalah citer kak dayang manager aku sekarang ek??


 Rindunya pasar Ramadhan kat Stadium tu...huh...gila rasanya tengok makanan..dah ler best...

 Nasi kerabu...Ya allah memang menduga iman betullah...

 Masuk plak solok lada dengan ikan celup tepung dalam nasi kerabu tu...huhu..bestnya...

 Erm...antara favourite aku..cuba teka....amat suka Love it so much...


 Sup gear box ni sedap gak..huhu...terima kasih buat blog ni yang mengupdate gambar susana puasa...mengubati kerinduan ku pada Ramadhan di Kelantan...klik SINI kalau nk tengok lg banyak... 
Ada x kawan2 yang tau tempat yang best..silalah cadangkan...kt sini susah nak makan makanan yang best..suasana Ramadhan x semeriah Kelantan...dah 10 hari Ramadhan datang tp aku x pernah pergi bazar ramadhan walaupun sekali...x semangat langsung..maklumlah kt sini majoriti orangnya cina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...