"Doktor Azizan Osman...Ish sapa ni? Khurafat betul siap tilik2 nasib ni...." Dulu akupun pernah cakap camtu..tapi telah di jelaskan dalam IJI 2013 menyebabkan persoalan aku dahulu terjawab. Aku yang dulu adalah seorang yang skeptikal....beberapa kali ikuti kursus free DAO masih camtu...tapi semasa aku join IJI free kat Bukit Gambang aritu...hati terpanggil untuk bayar...sanggup korek duit dalam bank sampai licin...x sabar masuk gaji hujung bulan tu....siap makan maggie & nasi dengan telur kicap hujung bulan lepas. Tak tahu kenapa keputusan tu aku buat tiba-tiba. Gi mesin ATM cucuk duit RM 1000 untuk yuran RM997. Tahu apa yang menggerakkan ati aku nak tahu lebih mendalam???? Apabila ada seorang pak cik ni bangun secara "LIVE" menyatakan gajinya sebelum ni RM13 K sebulan tapi dia sanggup berhenti kerja bantu isterinya yang buat bisnes dan berjaya sebab ikuti seminar dengan DAO. Sekarang income mereka RM100 K sebulan. Hati aku rasa nak nak...nak...nak....sangat...sangat...sangat tahu...Apalah si Azizan Osman ni buat dan apa istimewanya dia....
Berikutan dari pendaftaran itu aku cuba juga untuk pergi ke IJI 2013 di PWTC walaupun dengan baby dalam perut. DAO ada suruh tulis blog...bagi sapa2 yang xder blog create blog...aku tengok dalam dewan tu betapa ramai yang cakap tak pandai nak buat blog apa taknya..yang datang tu ramai jugak makcik makcik dan pakcik tapi DAO kata...." Jangan bagi alasan : saya tak tahu..." tapi yang penting adalah " Bagaimana saya nak buat blog".
Sentap jugak aku ni...yang memang dah ada blog tapi dah lama bersawang....bukan takat boleh buat blog tapi pernah ngajar Kursus Pendek buat Blog untuk Kolej beberapa kali....Maklumlah...aku ni tenaga pengajar kat sini.... Malu pulak rasanya bila mak cik kat sebelah aku yang semalam cakap tak tahu nak buat blog siap boleh publish post pertama dia...sebab semangat sahut cabara DAO. Betul kata beliau " Fast Action Fast Result" bukan " TAK TAHU " yang menjadi masalah tapi " BAGAIMANA CARANYA " yang perlu dicari caranya dan selesaikan masalahnya.....
Betapa lamanya aku x mengupdate blog...selalu memberi alasan sibuk...selepas Seminar Jutawan Industri aritu...aku x menyahut seruan guru aku supaya menulis dengan hati dan keikhlasan...mungkin disebabkan mengandung...balik je dari kursus, malam terus tido...penat yang amat sebab terpaksa travel naik tren ke PWTC bersama Encik suami. Namun begitu bukan maksud aku untuk merungut...tapi nk menyatakan dalam sudut positifnya....kami telah bersusah payah untuk menuntu ilmu datang dari Pahang & travel bersesak2 dalam tren semata2 nak menuntut ilmu...Di samping membawa baby kat dalam perut...Semoga Allah merahmati usaha kami.
Lepas balik dari Kursus IJI 2013 aku demam sampai arini belum pulih sepenuhnya. Arini aku bertugas di pejabat sorang2. Tiba keikhlasan datang untuk menulis. Apabila terbaca pos seorang sahabat IJI 2013 membela Dr.Azizan Osman. Begitu teruk beliau di hentam di FB dan blog dan sebagainya.....Semoga mereka Beliau semakin tabah...Nabi berdakwah dulupun bersusah payah pelbagai dugaan dan rintangan. Setakat dugaan kecil harap Allah bantu dia untuk kuatkan semangatnya teruskan niat dia.
Memang betul...belajar kena ikhlas...jangan cuba menyalahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Mungkin usaha kita belum cukup kuat sehingga kita masih belum berjaya seperti mereka. Kita tidak tahu apa yang mereka pernah lalui....sekurang2nya mereka berkongsi pengalaman mereka agar lebih ramai orang tidak merasa sakit seperti mana yang mereka pernah rasa.
Air mata Doktor Azizan Osman aritu buat aku menangis tidak dapat berhenti....semasa menaip butir2 huruf nipun air mata berlingan hingga x nampak huruf di keyboard....Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati lelaki ini. Yang dulunya akupun agak skeptikal terhadapnya. Lelaki yang bernama Dr. Azizan Osman. Aku tahu lepas peristiwa pos seorang peserta IJI 2012 pelbagai keburukan yang cuba orang cari tentang Dr Azizan Osman. Dan aku pasti ramai yang meng " Google" nama beliau dalam Mr.Googlekan????kan???.
Aku ni bukannya sedara dia, adik dia, kroni dia...malah apatah lagi isteri dia. Aku tidak kenalpun siapa dia tapi aku tahu dia guru aku. Baik dan ikhlas....kalau ada yang baca pos aku ni rasa meluat mohon maaf bebanyak...Apa kata anda ambik ruang dan bagi ruang kepada diri anda untuk mengikuti kursus beliau...tak payah lah ambik "Super Supreme" ke "Supreme Diamond " ke sampai swipe kad kredit.....gunalah kemampuan anda...ambik je general seat...sebab bila anda pergi dengan ikhlas insyaAllah...ilmu tu akan sampai....memang aku belum jadi jutawan tapi nak berusaha mengubah hidup aku....jutawan memang impian aku, sebab aku nak tolong ibu dan ayah aku, suami aku, adik-adik aku dan ummat Islam. Biar Allah yang tentukan....Sebab tu aku masih menuntut ilmu....
Aku ambik VIP seat je...itupun sebab general seat dah penuh....kalau tak mahu ambik paling murah...Punyerlah taik idung masin berkira kerana ilmu (tapi kalau shopping tak H.E.N.G.A.T!!!!)....korek dalam akaun sampai habis duit aku untuk bulan tu semata2 nak mendengar cerita beliau...dan aku tak rasa ralat langsung berhabis duit untuk itu. Aku x rasa langsung yang beliau cakap kosong....Malah nak bergerak ke tandaspun aku rasa tak nak sebab takut terlepas point penting dan seronoknya mendengar beliau membebel sampai tersembur air liur....itulah yang korang dok cakap jual air liurkan?kelentong...pandai cakap....xper...cakap dia x kosong...Itulah aset dia...sekurang2nya dia pandai buat duit pakai air liur dia....Kita apa ada?????Air liur beliau bernilai...sebab tu orang sanggup bayar...Korang dok bercakap-cakap sampai tersembur air liur di bayar ngn apa?silap2 dengan dosa....
Nasihat aku pada yang belum pernah pergi kursus dia atau belum berpeluang ikuti dia...pergilah....Janganlah nak mengata macam2 sedangkan andapun x pernah ikuti kursus dia....dapat dosa kering je....
Aku dulupun seorang yang skeptikal jugak...suka pandang benda negatif jer....akupun sama gak ngn orang2 yang mengomen kat luar sana satu masa dulu....tapi lepas join kursus dia...aku rasa aura dia lain macam...semoga aku sentiasa dapat join kursus dia....Aku dah nekad dalam ati aku nak completekan semua kursus yang dia offer...sekarang ni cuba sedaya upaya untuk tingkatkan ekonomi....kalau Allah bagi rezeki....Seminar lain akan aku susuri nanti...yang pasti IMKK 2013 di SACC Shah Alam sudah dalam tangan....Semoga Allah sentiasa merahmati semua insan yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat.
Nasihat aku pada yang belum pernah pergi kursus dia atau belum berpeluang ikuti dia...pergilah....Janganlah nak mengata macam2 sedangkan andapun x pernah ikuti kursus dia....dapat dosa kering je....
Aku dulupun seorang yang skeptikal jugak...suka pandang benda negatif jer....akupun sama gak ngn orang2 yang mengomen kat luar sana satu masa dulu....tapi lepas join kursus dia...aku rasa aura dia lain macam...semoga aku sentiasa dapat join kursus dia....Aku dah nekad dalam ati aku nak completekan semua kursus yang dia offer...sekarang ni cuba sedaya upaya untuk tingkatkan ekonomi....kalau Allah bagi rezeki....Seminar lain akan aku susuri nanti...yang pasti IMKK 2013 di SACC Shah Alam sudah dalam tangan....Semoga Allah sentiasa merahmati semua insan yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat.
11 ulasan:
oh ingatkan ada lagi rupanya...apa-apa pun terbaik artikel ni. Saya masih lagi belum berkesempatan untuk pergi seminar DOA. Doakan saya juga dapat pergi ke seminar DOA seperti pn.
Semoga anda kaya dan berjaya kak !! :) sy pun salah seorang peserta IJI 2013 di pwtc baru2 ni. Yg penting ilmu yg diberi kita aplikasikan. Kadangkala diam itu lebih baik dari bercakap sesuatu yg kita tak tahu. Dapat ilmu buat je!! Fast action fast result !! :)
Bagus..
Ada orang nk berjaya..ada yg kata yang mana ada pun dah cukup..ada yg tak cukup cukup...hati lain2...menentang atau menyokong pasti ada dimana2 pun..bukan saja orang melayu..orang lain pun sama...negara lain pun sama...itu semua perkara biasa..cuma cara berbeza...ada orang kata teh tarik sekarang mahal..ada yg kata biasa je..ada yg kata murah..tengok poket masing2..kalau kaya semua benda murah..kalau miskin semua benda rasa mahal..
Review yg sngt menarik, sy follower DAO drpd tahun 2010 lg rasanya da 4tahun sy mengikuti dia dalam FB dan selama tu jugakla sy x pernah ikut seminar dia.. Rasa nak mnangis pun ada, bukan sebab takde duit tp bila program yg dia jalankan tu masanya semua x sesuai ntahlah mungkin dugaan tuhan (Maaf ye kak sy bukan islam), tp review yg akak bg ni sngat menarik.. Ahad ni pun ada seminar HLB2014 dengn afdlin shauki tp masa tu sy betul2 x dpt pegi sebab selasa tu sy da outstation dan bnyk benda nak buat (Saya seorang network marketing - boleh je tau klau nak, email saya kat sini mynmpro@gmail.com), tau je la yg da berkahwin ni nak urus anak lagi, isteri lagi sebelum berangkat pergi.. Sy masih baru dalam bisang network marketing tp sy nak all out nak buat perkara yg lebih baik utk diri saya dan keluarga saya, ayah dah meninggal mak da tua tinggal dengn ayah tiri kat kampung.. Saya nak bantu mereka utk buat yg terbaik, tp sy risau kalau2 tak sempat.. Tp apa2 pun review akak ni yg paling best, maaf ye kak kalau sy mencarut kat dalam ni.. Apa2 pun terima kasih kerana review sebgini yg membuat skeptikal org tu berubah menjadi aura positif.. Ramai mngata buruk tp da terbukti DAO orang yg sangat baik hati mencurah ilmu dia..
Terima kasih.
hani baru balik daripada SKPD..
Dr.azizan bercakap mmg blh beri aura dan semangat kpd peserta yg hadir
Satu aje soalan - Dr tu Dari univ mane? Jawab tu pun cukuplah.....
Bangsa melayu,,
Ini sekadar pendapat peribadi saya...saya rasa tak perlu menilai dari universiti mana tapi kita tengok content yang dia smpaikan...saya dah hadir ratusan seminar dan kursus...saya penjawat kerajaan banyak lg penceramah dari universiti terkenal baik dalam dan luar negara saya pernah dengar xder yang sebagus dia....malah bayaran yang mahal yang di caj oleh mereka tak berbaloi langsung dgn content...kadang-kadang persoalan yang diajukan cuba untuk tidak dijawab tp jauh berbeza dengan doktor azizan...anda cuba hadir dengan hati terbuka..I-Allah anda akan nampak apa yang saya maksudkan.
12 June 2016
Pada tarikh ini sekarang apa level semangat Puan dan adakah puan sudah berniaga dengan jaya?
Alhamdulillah Haji...dulu saya ni pernah x cukup makan dengan anak2..suami PJJ kos hidup masa tu teruk. malam je makan Milo dengan biskut je...suami dok Klpun ikat perut tiap hari..Alhamdulillah...berkat sedikit ilmu yang saya dapat dan amalkan..Allah ubah hidu[p saya..dulu bisnes stakat nak 5 ratus lebih nak bayar kereta Alhamdulillah Allah bg 20 kali ganda dr tu..syukur sangat2 haji...
Catat Ulasan