Jumaat, 11 Mac 2011

UBAT MENGGALAKKAN OVULASI

Harini sambil-sambil menunggu balik, di kala kawan2 yang lain terlibat dengan meetin ProKhis aku bersenang lenang berjalan-jalan melihat alam dan dunia luar sambil menambah ilmu pengetahuan..betul kata pepatah..."Jauh Perjalanan Luas Pandangan" hari ni aku berjalan2 dalam dunia perubatan mencari2 jawapan dalam kepala mengenai misteri2 dalam sains perubatan. 
Maklumlah kat sini bertitle "Pensyarah Sains "maka knowledge pasal sains mestilah luas...maklumlah student aku kat kolej ni pikir aku ni "Pensyarah Serba tau kot"...semua benda diorang bertanya dalam kelas..kadang2 kena standby atau mencari ilmu secara mendalam setiap kali nak mengajar satu2 topik sebab soalan2 yang keluar dari kapala diorang tu memang menakjubkan...bukan calang2 orang boleh jawab...kalau x jawab jatuhlah air muka seorang pensyarah...heheh maka sebab tu aku mesti sentiasa membaca pelbagai ilmu...dalam pelbagai bidang.
Hari ni tiba2 terpikir untuk mencari ubat2an untuk yang menggalakkan proses ovulasi. Bukan apa...sebab aku planning nak having twin child. Teringin sangat nak anak twin...so aku mencari ubat untuk menggalakkan pengovulan supaya ovari aku menghasilkan lebih daripada 1 biji ovum setiap kali ovulasi berlaku. Ini memungkinkan untuk aku dapat anak kembar...

Akhirnya aku jumpa maklumat tentang ubat yang menggalakkan pengovulan. Iaitu "Clomid" . Kepada teman2 yang ada planning nak anak kembar bolehlah mencuba ubat ni..tapi sebelum mencuba lebih baik baca dulu informasi yang aku share kat bawah ni...


What is Clomid?
Clomid is the brand name for the fertility drug clomiphene citrate. Clomiphene citrate may also be sold under the brand name Serophene. Whether you’re taking the brand name Clomid, Serophene, or a generic version of clomiphene citrate, it’s all the same drug. (Think of Clomid in the same way that we use Kleenex® to refer to facial tissues.)
Clomid is the most well-known fertility drug, probably because it is the most commonly used. And with good reason. About 25% of female factor infertility involves aproblem with ovulation, and clomiphene citrate, as a fertility drug, is easy to use (taken as a pill, not an injection), with not too many side effects, is pretty inexpensive compared to other fertility drugs, and is effective in stimulating ovulation 80% of the time.
When is Clomid Used?
Clomid is used when there are problems with ovulation, but no problems with blocked fallopian tubes. (In that case, stimulating ovulation would be pointless –- the egg and sperm can’t meet if the tubes are blocked.) If a woman has irregular cycles, or anovulatory cycles (menstruation without ovulation), Clomid may be tried first.
Clomid is often used in the treatment of polycystic ovarian syndrome (PCOS) related infertility. It may also be used in cases of unexplained infertility, or when a couple prefers not to use the more expensive and invasive fertility treatments, like IVF.
Clomid may also be used during an IUI (intrauterine insemination) procedure, but it is rarely used during IVF treatment. With IVF, injectable ovulation meds are more frequently chosen.

How is Clomid Taken?
You should follow the directions your doctor gives you, as every doctor has a slightly different protocol.
However, the most common dosage of Clomid is 50 mg, taken for five days, on days 3 through 7 of your cycle, or days 5 through 9 of your cycle. (With day one of your cycle being the first day of real menstrual bleeding, and not just spotting.) Ovulation and pregnancy rates have been shown to be similar whether the drug is started on day two, three, four, or five, so don’t feel concerned if your doctor tells you a different protocol to follow than your friend.

What are Clomid’s Common Side Effects?
Clomid’s side effects aren’t so bad, as far as fertility drugs are concerned. The most common side effects are hot flashes, breast tenderness, mood swings, and nausea. But once the medication is stopped, the side effects will leave, too.
·         Clomid Side Effects
The side effect you’re probably most familiar with is the risk of multiples. You have a 10% chance of having twins when taking Clomid, but triplets or multiples of more are rare, happening less than 1% of the time.
·         Will You Have Clomid Twins?
One of the more annoying side effects to comprehend is that Clomid can decrease the quality of your cervical mucus (which sperm need to make their way to the egg), making conception more difficult. Clomid can also make the lining of your uterus thinner and less ideal for implantation. This is why “more” is not necessarily better when it comes to Clomid dosage and use.
How Successful Is Clomid?
Clomid will jumpstart ovulation in 80% of patients, and about 40% to 45% of women using Clomid will get pregnant within six cycles of use.
Using Clomid for more than six cycles is not generally recommended. If six cycles go by, and pregnancy is not achieved, other alternatives may be considered.

GAMBAR PALING KURANG AJAR.

CELOTEH MAK ITI

Erm...sakit ati aku dipetang2 jumaat ni..betul kata adik inani...bukan takat menyampah tapi menyumpah seranah lagi tengok gambar ni...aku rasa nak sepak terajang mat salleh kurang ajar ni...x hormat agama lain langsung....mat salleh memang tak reti adab...betapa sakit ati sangat sampai x tergambar..tapi yang aku boleh doakan semoga perempuan ni Allah balas dengan hukuman yang setimpal sepertimana pelukis kurikatur Rasul junjungan kita yang mati terbakar....ermm... Ya Allah lindungilah hambamu ini Ya Allah.....


Ni post Cik Inani aku cuma copy je.....



Assalamualaikum....
Haa..tadi aku jenjalan sambil naik basikal kat internet sambil cari gambar untuk post terbaru..
aku terjumpa satu benda yang agak menyampah, menyumpah, gambar macam sampah!!
Kenapa??nak taw tengok gambar ni.

Haaa...amacam?? Sakit ati tak???
Kaabah itu rumah Allah.
Mekah itu tanah suci.
Tapi sedap2 dia je buat macam tu. Dia buat macam dia dok "melabur"
kat atas Kaabah tu. Dahsyat!!! Jangan sesekali ada yang buat aksi tu di rumah erk!!
berdosa besar..huhu.(gurau je)
Orang macam dia ni, neraka jahanam la tempat dia.
Kita WAJIB rasa marah bila ada orang mempermainkan agama kita.
WAJIB kita perangi!!!
Kalau boleh..Korang share lah dengan kawan2 korang yang tak tau lagi pasal ni..
Sebarkan!!!!!!!!

CELOTEH MAK ITI


Cik Inani...saya mohon izin untuk share post adik kat blog akak yer.....kalau korang rasa free pergilah jalan2 kat blog adik kita ni...nama blog dia @ku H@nYaL@H iN5An B!@Sa... best gak post2 yang dia buat.......pemandangan dekat blog diapun sejuk mata memandang..hijau bumi tuhan..teringat plak lagu XPDC "Hijau Bumi Tuhan" lagu ni lagu favou aku masa belajar kat UPM dulu wat teman study dikala dinihari...jam 3 &4 pagi....


Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Khamis, 10 Mac 2011

MASALAH SOSIAL VS MASALAH AKIDAH



Pagi yang indah ni aku sedang menikmati sarapan pagi yang aku beli kat cafe bawah sambil godek2 internet..sbb nak buat kerjapun xboleh. Tangankan pegang garfu???? Jadi satu lg aku usik2 mouse sambil makan..maka dengan si tikus putih yang nakal ni aku menjelajah seluruh dunia..heheh nanti gambar tikus ni aku upload ek..tikus hadiah dari suami..bukan tikus yang kt rumah tu...menyusahkan hidup aku je...

Tiba2 aku melekat kat blog seorang mamat ni..erm..best gak blog dia...simple tapi penyampaian yang menarik. Aku terjumpa blog dia melalui blog peserta kursus pendek aku En.Danial...nama url  blog diapun lawak...http://secucuknugget.blogspot.com 

banyak gak info yang dia share yang menarik perhatian aku untuk share ngn korang..antaranya : dua topik tentang rakyat Malaysia yang mengaku Islam tetapi sengal..maaflah kasar..tapi aku betul2 bengang...takut aku tengok generasi sekarang. Paling menakutkan aku anak akupun pompuan. Bukan apa, x dapat di bayang oleh akal seorang ibu macamana gambaran remaja masa akan datang yang dikenali ngn jolokan "gen Y" ni. Bak kata alif aziz & joanna "Risau,risau,risau" hehhe..aku rasa macam ada je perkataan tu dalam lirik..tp kalau xde xpelah ek..ehhe...

Post pertama :

semasa sedang meneroka tagged selepas di upgrade
aku notice gmbr awek ni..
wahh.. besh ni kalo korang tgk
aku upload semua gmbr2 die eh..
so renung2kan da selamat mengumpat...

gambar awek ni mase kt umah...



gambar awek ni mase kt private party...




nak salahkan sape dalam hal ini?
budak2 skrg dah xtaw halal haram?
mak bapak xajar anak2 sal halal haram?
atau skolah xcukup ajar budak2 ni halal haram?
so dari salahkan sape2, mak ayah nasihatkan la anak2...

Post kedua :


ermm.. mase baru balik mkn
safwan tunjuk kt aku gmbr awek ni
die ckp rantai 2 bentuk salib...
wooohh betulkah?
aku nmpk mcm salib
korang nmpk mcm ape? saje nk kongsi2...

ni gmbr bertudung 



ni di sebalik tudung


 dari pandangan mata aku ni
rantai 2 berbentuk salib
mgkn beliau xperasan rantai 2 berbentuk salib
Wallahualam...

*juz for an update, kwn kepada kwn aku (kwn aku ade kwn kristian)
die ckp rantai ni same ngan die punye, and mmg salib...
Wallahualam.. 


Aku nak tanya kat pembaca diluar sana yang memang baca atau terbaca blog aku ni....agak-agaknya kenapa anak muda zaman sekarang jadi gini? Bukan untuk menunding jari pada sesiapa tetapi ingin berkongsi pandangan. Mengapa yang paling bermasalah dalam masyarakat mesti orang Melayu & beragama Islam? Kemana ajaran Islam yang diterapkan dalam diri diorang di sekolah & di rumah dibuang? Semalam dalam 360 TV3 pun bercerita tentang remaja yang mengandung anak luar nikah, dan majoritinya adalah Melayu Islam. Setiap 17 minit seorang bayi luar nikah keluar. Sehari puratanya adalah hampir 100 orang di lahirkan, ini adalah mengikut perangkaan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. MasyaAllah..kenapa jadi begini????Fikir-fikirkan...


Rabu, 9 Mac 2011

BERTUDUNG BULAT vs STYLO

Hari ni aku aku ada baca satu coretan seorang budak di halaqah.net. Tak tahu kenapa aku rasa nak share je benda ni ngn sapa2 yang baca blog aku.Semoga kita mengambil  iktibar dari penulisannya. Memang dunia sekarang sudah terbalik. Itu adalah tanda2 akhir zaman.



Tudung Bulat Kolot?  



“Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la”




Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

“ kesianlah aku tengok kau ni.”, sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

“Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas.” Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

“Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?”.

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

“Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada.”

“Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we.”

“Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu.”

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, “kerna nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.


Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.


Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH...

Allahu alam…
Madu Utama...
Madah hatiku, 7 Muharam 1431 H; 24.12.09; 5.27am
tulisan pertamaku...

Ahad, 6 Mac 2011

PELANGI BEACH RESORT

Hari ni aku xder apa yang nak di taip..tambah2 di pagi hari ni...sejuk sampai ke tulang hitam saja rasanya dengan aircond kat resot ni yang begitu menerjah seluruh ruang rongga dalam jasad aku ni....anak perempuanku masih berlingkar di dalam gebar hilang entah kemana...selesai solat subuh tadi mata tak dapat di lelapkan lagi...hari ni last kat Pelangi Beach Resort ni...program abi kat sinipun selesai bersama Pak Ungku..










  Para pelajar BSHRD yang join projek ni...


Para Kaunselor & pengetua rumah kanak2 tersebut...

Program Penigkatan Jati Diri Rumah Kanak-Kanak dot..dot...di rahsiakan kerana boleh memberikan implikasi pada hidup diorang..diorang ni sangat kesian..ada sekecik 12 tahun..hingga 18 tahun..mereka adalah anak2 yang di buang keluarga & ada juga mangsa rogol & sumbang mahram..kesian sangat aku tengok..dan yang paling sadis ada yang sekecik 5 tahun dirogol bapa sendiri sehingga terkoyak kemaluannya sehingga terkoyak ke dubur..maaflah kerana bahasa yang agak direct kali ni..sebab itulah kenyataan yang berlaku....GERAMnya.....JAHAT punyer bapak...Subhanallah...cerita ni memang menggetarkan jiwa aku...rasa marah dan macam2 ada...Kalau aku jumpa bapak dia,mau aku sepak terajang dia...tuhan je tau.. Mintak simpanglah benda  ni  berlaku dalam keluarga & keturunanku. Gambar merekapun tidak di benarkan ambik secara terus kecuali dari jauh & dari belakang kerana bimbang di eksploitasi oleh pihak2 tertentu terutamanya untuk menjaga keselamatan mereka..Tengoklah kalau free akan ku upload gambar sepanjang kat sini. Termasuklah gelagat Aulia' Aisyah yang pertama kali main pantai..punyerlah dia takut ngn air....heheh..last2 x nak balik..klakar betul anak aku ni..heheh...


Gambar paling best aku snap..ehheh..x perlu edit guna photoshop memang cahayanya mcm ni..nice pic ever 4 me...dgn hasil tangkapan kamera murahan aku je..bukan DSLR...






















    
Erm..balik semula pada tajuk hari ni..UJI keikhlasan...sebenarnya aku terbaca dekat 1 blog..tentang keikhlasan tiba2 begitu teruja untuk share benda ni bersama teman2 aku...ni ada LINK ke blog tersebut..banyak jugak post2 yang menyentuh hati..free2 korang bacalah yek..

UJI KEIKHLASAN ANDA

KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang. Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas. Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita. Cuba-cubalah kuiz ini.......

1. Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur. "Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz." Reaksi anda?
A. Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B. Terus melangkah dengan sopan sambil berkata, "Amin, mudah-mudahan begitulah hendaknya..."

2. Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran. Bila berseorangan?
A. Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B. Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.

3. Ada orang mengutip derma untuk kebajikan. Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak. Bicara hati anda?
A. "Hai...melayanglah duit belanja aku..."
B. "Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."

4. Anda dipuji seseorang. Rasa hati anda?
A. Bangga tidak terperi.
B. Mengembalikan pujian kepada Allah.

5. Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja. Komen anda?
A. "Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."
B. "Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."

6."Amboi! Alim nampak..." tegur seorang kawan apabila melihat anda pertama kali berserban. Reaksi anda?
A. Tersinggung,rasa macam kena perli.
B. Tenang dan masih boleh bermuka manis.

7. Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?
A. Susah
B. Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.

8. Anda dilucutkan jawatan dalam persatuan dan menjadi ahli jawatankuasa biasa. Bicara hati anda?
A. "Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."
B. "Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."

9. Anda telah bersusah payah menjayakan sesuatu projek, tetapi tiada siapa pun yang menghargai. Reaksi anda?
A. Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.
B. Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.

10. Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda untuk membeli rokok. Bicara hati anda?
A. "Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."
B. "Tak patut dia buat macam tu.Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku tetap Allah terima."

(Beri satu markah untuk diri anda bagi setiap jawapan 'B')

ANALISIS MARKAH

10: Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia Allah.Hanya Allah yang dapat menilainya.Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.

7-9: Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

6 ke bawah: Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.


Selamat mencuba...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...