* Dah lama x posting...ni pun kebetulan hubby saya balik...t.kasih buat masha yang sentiasa bertanya khabar...sebenarnya utk pengetahuan Sha & kwn2 broadband tu org bg kt hubby pakai sebab kt rumah ni berapa x clear tenet & dia pun bosan dok kt sana sorang2...at least dia leh surf tenet malam2.....kemarin dia balik sebab hujung minggu...so dia bwak balik skali ngn lappy tu yang leh post ni...lgpun sakit x sembuh lagi....luka aritu makin teruk sedih je...
* Kat sini saya nak ucap t.kasih buat teman2 & student saya yang sentiasa bertanya khabar.Buat student KKAG especially student SLP 2 & SLP 1 dulu..tolong wat praktikal elok2...saya mengharapkan kejayaan kamu semua..Terima kasih buat LINI,MARYAM & Keluarga yg datang melawat saya kt rumah ni kemarin..terima kasih juga buat kwn2 yang sentiasa ikuti blog saya...buat kawan baru yang baru ikuti blog saya,saya ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi menyinggah di blog yang x seberapa ni...
* Tujuan sebenar penulisan ni adalah untuk berkongsi perkembangan hidup & juga sedikit ilmu pengetahuan yang ada tentang penjagaan anak bersama pembaca...maklumlah saya ni ibu baru belajar..memerlukan panduan & perkongsian bersama orang yang lebih berpengalaman...andai apa yang disampaikan dalam blog ni mengguris hati mana2 pihak & menyakitkan perasaan mereka yang membaca sehingga ada timbul perasaan yang tidak enak diharap dapat memberi teguran kerana saya sedia menerima teguran ikhlas dari anda semua...selain daripada tu...saya menulis juga sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup seharian sebagai hamba Allah bersama2 rakan taulan.Cara hidup kita berbeza, pengalaman juga berbeza & perjalanan kita juga berbeza..di harap x salah untuk dikongsi bersama2 rakan diluar sana...
* Buat seorang rakan MAYA baru saya,saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menegur penulisan saya.Mungkin saya terlepas pandang semsa menulis...x terniat di hati untuk takbur atau riak...apa2pun saya akan cuba perbaiki kelemahan yang anda tegur buat saya.Saya terima ngn hati terbuka.Terima kasih En.Amrie Piece yang sudi menyinggah di friendster & blog saya ni...Mungkin awk diutuskan utk sedarkan kesilapan saya drpd terus menyakitkan hati2 yg lain tanpa sedar.
* Terima kasih buat Saliza sebab rindukan k.han & baby serta sentiasa bertanya kabar...x lama lg kami akan balik sna dah....6/8/09 k.han dah tamat cuti...mungkin kami balik awal seminggu. Aulia' Aisyah sihat2 je...X Lama dah pondok nk siap bolehlah k.han balik rasmikan.Huhuhu...pengarah baru dah datang belum???
* Ada cerita menarik buat Saliza & Masha pasal Aulia' Aisyah..kemarin petang masa saya ngn hubby tgah2 surf tenet...ada suara memberi salam. Rupa2nya ada sedara sampai..yang paling kelakarnya tujuan diorang datang tu sbb nak merisik Aulia' nk di tunangkan dengan anaknya... Ya Allah...zaman sekarangpun ada ke mcm tu..kami tergelak giler...sebenarnya sebelum ni kami dah di khabarkan dengan cerita tu..tapi ingatkan tu hanya gurauan dr ayah si "Travis Beckham London" gelaran bg nama baby boy yang kononnya nk dikenenkan dengan aulia' Aisyah rupa2nya, bapak si Travis ni dtg terus bila dpt tahu kami senyum dengar cerita tu... Katanya dia berkenan kt aisyah nk di buat menantu utk ank dia yg bongsu masa dia dtg melawat Aisyah beberapa hari yang lalu...bg kami itu semua lawak & kelakar tp bagi family ayah si Travis ni...benda mcm ni memang adat keluarga dia..sbb dia ngn isteri diapun dijodohkan dr kecil lg...ehheheh...Nampaknya Aisyah akan kawin dulu drpd Aunty Liza....Jgn Marah Aunty Liza..hheheh..Kisah ni memang benar tp bg kami ini hanya cerita lawak sahaja...Jgn ada plak yang rasa cerita ni cerita riak & takbur plak..hehheh...nanti ada masa saya upload gambar si Travis ni...