Jumaat, 22 Januari 2010

Rahsia Bulan Lahir

Semasa aku sedang belayar di dunia maya tiba2 aku terjumpa sesuatu yang agak boleh dikongsi bersama.... Adakah bulan lahir mempengaruhi tingkah laku dan perlakuan anda.? Seperti biasa apa yang ditunjukkan adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan semata-mata. Tiada kaitan dengan kepercayaan tahyul dan karut. Semuanya adalah sekadar pengetahuan am.:). Setelah anda membaca rahsia bulan lahir, apa kata anda baca pula rahsia hari anda dilahirkan.. selepas itu bolehlah dibuat perbandingan.:) JANUARI bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam pandai mengambil hati orang lain pendiam kecuali telah dirangsang agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri badannya sihat tetapi mudah diserang selesema bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya cukup sayang pada kanak-kanak suka duduk di rumah setia pada segala-galanya perlu belajar kemahiran sosial cemburu yang sangat tinggi FEBRUARI berfikiran abstrak sukakan benda yang realiti dan abstrak intelligent, bijak dan genius personaliti yang mudah berubah mudah menawan orang lain agak pendiam, pemalu dan rendah diri jujur dan setia pada segalanya keras hati untuk mencapai matlamat tidak suka dikongkong mudah memberontak apabila dikongkong suka kegiatan yang lasak emosinya mudah terluka dan sangat sensitif mudah mempamerkan marahnya tidak suka benda yang remeh-temeh suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya sangat berani dan suka memberontak bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan ada harapan untuk merealisasikan impiannya pemerhatian yang tajam suka hiburan dan sukan suka benda yang bersifat seni sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran berkecenderungan pada benda yang tahyul amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros perlu belajar untuk mempamerkan emosi MAC personaliti yang menarik dan menawan mudah didampingi sangat pemalu dan pemendam rasa sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sangat peka kepada orang lain sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan tahu kenang budi pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dengan hiasan rumahtangga punya bakat seni dalam bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody APRIL sangat aktif dan dinamik cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal sangat menarik dan pandai manjakan diri punya daya mental yang sangat kuat suka diberi perhatian sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan pandai menyelesaikan masalah orang lain sangat berani dan tiada perasaan takut suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik cuba kawal emosi kecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain berpenyakit di sekitar kepala dan dada sangat cemburu dan terlalu cemburu MEI keras hati dan degil kuat semangat dan bermotivasi tinggi pemikiran yang tajam mudah marah apabila tidak dikawal pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian perasaan yang amat mendalam cantik dari segi mental dan fizikal tidak perlu dimotivasikan tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain mudah dipujuk bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit daya khayalan yang tinggi permikiran yang tajam pandai berdebat fizikal yang baik kelemahan sistem pernafasan suka sastera, seni dan muzik serta melancong tidak berapa suka duduk di rumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros JUN berfikiran jauh dan berwawasan mudah ditawan kerana sikap baik berperangai lemah lembut mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood idea yang terlalu banyak di kepala bersifat sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dengan segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik cepat marah dan cepat sejuk suka bercakap dan berdebat suka buat lawak dan bergurau otaknya cerdas berangan-angan mudah berkawan dan pandai berkawan orang yang sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selesema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih dan cerewet kurang mempamerkan perasaan lambat sembuh apabila terluka hati suka kepada barang yang berjenama mudah menjadi eksekutif kedegilan yang tidak terkawal sesiapa yang memuji adalah musuh sesiapa yang menegur adalah kawan JULAI sangat seronok didampingi banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki agak pendiam kecuali dirangsang ada harga dan maruah diri tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan mudah dipujuk dan bercakap lurus sangat menjaga hati orang lain sangat peramah emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tetapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sangat peka, caring, pengasih serta penyayang layanan yang serupa dengan semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yang tajam suka menilai orang lain melalui pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawam lama suka mendiamkan diri suka duduk di rumah suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan tidak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut mudah gemuk kalau tidak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tetapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja OGOS suka berlawak mudah tertawan kepadanya sopan santun dan caring terhadap orang lain berani dan tidak tahu takut orangnya agak tegas dan berkepimpinan pandai memujuk orang lain terlalu pemurah dan bersikap ego nilai harga diri yang sangat tinggi dahagakan pujian semangat juang yang luar biasa cepat marah dan mudah mengamuk mudah marah apabila cakapnya dilawan sangat cemburu daya pemerhatian yang tajam dan teliti cepat berfikir fikiran yang berdikari suka memimpin dan dipimpin sifat suka berangan berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk cepat ditimpa penyakit belajar untuk relax sikap kelam kabut romantik, pengasih, penyayang suka mencari kawan SEPTEMBER sangat bersopan santun dan bertolak ansur sangat cermat, teliti dan teratur suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik pendiam tetapi pandai bercakap sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur kerja yang dilakukan sangat sempurna sangat sensitif yang tidak diketahui orang yang banyak berfikir daya penaakulan yang baik otak bijak dan mudah belajar suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) banyak simpan rahsia suka sukan, hiburan dan melancong kurang menunjukkan perasaannya luka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yang luas sistematik OKTOBER suka sembang suka orang yang sayang padanya suka ambil jalan tengah sangat menawan dan sopan santun kecantikan luar dan dalam tidak pandai berbohong dan berpura-pura mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama cepat marah pentingkan diri sendiri tidak menolong orang kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka terima pandangan orang lain emosi yang mudah terusik suka berangan dan pandai bercakap emosi yang kelam kabut daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong, bidang sastera dan seni pengasih ,penyayang dan lemah lembut romantik dalam percintaan mudah terusik hati dan cemburu ambil berat tentang orang lain suka kegiatan luar orang yang adil boros dan mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat NOVEMBER banyak idea sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya berfikiran ke hadapan berfikiran unik dan bijak penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa pemikiran yang tajam daya firasat yang sangat halus dan tinggi bagus untuk jadi doktor cermat dan teliti personaliti dinamik sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran terlalu degil dan keras hati apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya tidak suka marah kecuali digugat mudah ambil berat terhadap orang lain pandai muhasabah diri cara berfikir lain dari orang lain otak yang sangat tajam pandai mendorong diri sendiri tidak hargai pujian kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya badan yang tough kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik tidak pasti dengan hubungan kasih sayang suka duduk di rumah sangat rajin dan berkemampuan tinggi amanah, jujur, setia dan pandai berahsia tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah DISEMBER sangat setia dan pemurah bersifat patriotik sangat aktif dalam permainan dan pergaulan sikap kurang sabar dan tergesa-gesa bercita-cita tinggi suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi seronok didampingi suka bercampur dengan orang suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai sangat jujur, amanah dan bertolak ansur tidak pandai berpura-pura cepat marah perangai yang berubah-ubah tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik dipetik daripada :

Khamis, 21 Januari 2010

BUATMU IBU...

Surat Daripada Anak Mak Yang Dah Tak Degil...
Sekadar gambar hiasan wajah tua seorang ibu....
Mak…..

Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.. Mak tau tak.. itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.. dan itu juga terakhir kali nya.. Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.. nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni.. mak macam dah sedia.. Seminggu sebelum tu.. mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.. Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.. tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.. kakak pun rasa hairan.. mak tak penah buat gitu.. pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.. tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.. kengkadang siaran indonesia.. mak terus tekun menganyam.. Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan.. Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.. pastu mak jemur karpet-karpet.. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari.. ada kat dalam dalam beg.. ada dalam ASB.. ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.. ada kat dalam gulung tikar.. masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar.. kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa.. mak cuma gelak jer.. eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak….. Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.. bila malam tu kiter sampai dari KL.. mak dah dalam kesakitan.. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.. mak tetap takmau pi hospital.. dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.. tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor.. ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju.. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.. mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.. Mak.. amponkan kami semua.. kami nak mak sehat.. kami sayang mak.. kami tak mau mak sakit.. kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.. ampon kan kami yer mak.. Mak.. Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter.. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.. Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duit.. kiter jawab pula.. kalau tak cukup, mak kan banyak duit.. mak gelak ajerr.. Lepas tu bila kereta kiter sampai.. mak buat kenduri kesyukuran.. Dan kiter masih ingat lagi.. bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.. Punya la kiter takut.. kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.. Bila balik sahaja kampong.. kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.. Tapi mak perasan juga bumper depan kemek.. mak tanya kenapa…? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.. Mak.. tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau.. Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar.. mak, kiter menipu mak kan.. ampon kan kiter.. Mak.. Jam 4.30 pagi 19/08/2006 Bila tiba aja kat hospital.. nurse tengah balut mak dengan kain putih.. mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital.. Mesti mak nampak abang cium dahi mak.. Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.. Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu.. mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn Mak tau tak.. Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar.. Adik kat sebelah diam melayan perasann.. Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini.. jalan di depan terasa makin kelam.. airmata dah tak mampu di tahan.. Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela.. Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga.. di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong..sekosong hati ini.. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. terasa syahdu dan sayu.. dinginnnn.. Mak.. Kiter masih ingat lagi.. Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak.. Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.. Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.. Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.. Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.. Mak perasan tak…? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.. Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..” Bila makcik tu kata gitu.. lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.. Mak.. Sampai takat ini surat ni kiter tulis.. kiter nangis ni.. Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi.. Takder orang yang bangun lagi.. kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih.. kiter rindu kat mak..! Takpa la….. nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak… mak tunggu ya..! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.. Semua anak2 mak mengelilingi mak.. menatap wajah mak buat kali terakhir.. Semua orang kata mak seolah2 senyum aja.. Mak rasa tak…. masa tu kiter sentuh dahi mak.. kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.. Kiter tak mampu nak cium mak.. kiter tak daya.. kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar.. Airmata kiter tak boleh tahan.. Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak.. tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.. Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.. Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik.. badan akak terasa panas.. Makk.. anak mak yang seorang tu demam.. Mak tauu.. cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. Mak.. Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi.. Begitu terasa kehilangan mak.. boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata.. Dan sampai satu tahap.. masa tu malam jumaat selepas maghrib.. Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.. entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi.. semakin kiter tenung terasa semakin sayu.. tangisan tak dapat dibendung… Mak tauu.. kiter cuba bertahan.. memujuk diri sendiri tapi tak juga reda.. Kiter rasa nak telefon mak.. nak cakap dengan mak.. anak mak yang ni dah tak betul kan ..? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong.. Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi.. Puas la kakak memujuk kiter.. Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..” Dan akhirnya akak juga nangis.. Mak tau tak.. di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati.. rasa nyilu sangat.. menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.. Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma.. hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.. Mak.. cukup la sampai sini dulu.. kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.. kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid.. selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan.. kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak.. esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.. Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih.. pastu kawan kiter bgtau.. simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje.. Takper yer mak… kiter kasi orang lain baca.. Kiter stop dulu.. sebab kawan kiter dah lama tunggu tu.. akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter.. memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang.. boleh rasa duduk kat negara orang… sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Aku nangis tersedu2 membaca surat ni dalam halaqah.net yg di kirimkan oleh temanku sufi..thanks sufi!!!

Ummi...anakmu ini memohon keampunan dari kejauhan atas dosa2 silam selama bergelar anakmu...anakmu di sini juga anak yg degil....

TELUK CEMPEDAK...



Ni masa hujung minggu baru ni...bukan hujung minggu sangatpun...aku g teman abi dia g ambik modul dia kat kolej shahputra...cari punyer cari rupa2nya sebelah je dengan KK Kuantan..kebetulan dah janji ngn adik aku siti noraini tu kt KK Kuantan(dia ngajar kt situ...hhehhe) kelakar..rupa2nya bersebelahan je..patutlah bila dia ckp dia dah dekat Shahputra aku rasa hairan sbb dia boleh sampai san cepat sgt...rupa2nya sebelah je...huhu...malu pulak dibuatnya...
Pastu kami 3 beranak g lah jalan2 ke teluk cempedak...ada lg gambar kt tepi pantai tp masih x upload ...K lah itu saja utk di share bersama si kecik ni....








Abi tengah video call dengan tokmi n tok bat..tapi si Aisyah ni buat x tau je....



Masa menjejakkan kaki ke Teluk Cempedak....

Ni masa aku nk semayang...meraung dia..nak semayangpun x khusyuk....

Ni ngn aunty2 KK Kua..hehheh..semua nak baby...cepatlah kawen...

Hah..tengoklah tu..posing beria mok iti...

Bersama mak sedaranya kat KK Kuantan...Siti Noraini....miss her so much..







Tengoklah semenjak besar x nak menyusu sambil baring...kalau x meraung aje..

Ni masa abi baru lepas isi minyak kat petronas...sempat lg posing.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...