Khamis, 17 Februari 2011

PUDING CRACKER

Hari ni sebenarnya dah 17hb..baru je balik mencari sebut harga barangan dalam Hamper serta maathurat untuk sambutan Maulidurrasul nanti, yang jatuh pada 27hb. Yang mana akan di sambut bersama Komuniti di Taman Tualang Indah. Semalam je baru sebut2 pasal modular, tadi sebelum masuk perkarangan kolej, dapat call dari JPKK yang kena gi modular sains pada 28hb tu hingga 4hb  Mac. Kesian Aulia' Aisyah...kena menagih kasihan dari pengasuh lagi. Xperlah semoga Aisyah menjadi anak yang tabah dan x gentar menghadapi cabaran.


Sempat sangkut 2 bijik buku..macam menarik jew...nnti akan ku kongsi isi kandungan buku tu kalau habis baca...aku ni hobinya beli buku tp majoriti buku yang di beli x habis baca sampai barisan ayat terakhir..ehhe

Cepat betul masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah bulan Mac. Kalau wanita yang pregnant,sekejap je dapat lihat perubahan figure mereka. Berubah dari masa ke semasa. Kepada semua kawan2 yang tengah pregnant aku ucapkan selamat menempuhi alam keibuan dan semoga menjadi ibu yang baik. Tak lama lagi umur aku dah menginjak 29 tahun...wah! dah tua rupanya. Baru je rasanya menyambut kedatangan 2011 sekarang dah masuk 1/4 tahun dah.

Ni nak bercerita tentang puding, tapi dah jauh bercerita tentang perjalanan kehidupan seharian plak.....saja je ni, tiba-tiba rasa nak berkongsi dengan kawan2 resepi yang Ibu Aulia' Aisyah masak untuk Abi untuk dijadikan bekalan dalam kereta pada Hari Maulidurrasul untuk ke ILIM hari tu..Harap resepi ni dapat memberi manfaat kepada semua kawan2 pembaca kat sini...apa-apa resepi ni sebenarnya elok dikongsi2 supaya ilmu dan kemahiran kita akan bertambah dari masa ke semasa....cakap banyak plakkan????hah..ni resepinya..

       
Telur 6 bijik...


Bahan2 yang diperlukan...biskut creamcracker, pewarna kuning telur, esen vanila & susu cair 1 tin.

     

Telur di kepuk sehingga kembang...


   

Creamcracker mestilah di renyuk2kan sehingga hancur...jgn terlalu hancur, x sedap...lebih kurang 15 keping..lagi sikit biskut lagi lembik puding..pandai2lah korang bajet ikut  selera..


Gula di masukkan sebanyak 3/4 cawan..kalau x nak manis sila kurangkan..."kurangkan gula dalam makanan,tambahkan manis dalam senyuman...


Sementara semua proses di buat...panaskan air dalam pengukus terlebih dahulu...


Masukkan esen vanila sebanyak 2 penutup tapi aku preffer sedikit esen vanila lagi best...bau dia x lah kuat sangat nanti...



Masukkan pewarna kuning telur..warna bergantung kepada kesukaan masing2..tapi warna ni nampak lebih natural....


Awas!!!! nanti tangan anda akan jd begini...



Masukkan 1 tin susu cair...


Masukkan air masak ke dalam tin sebanyak 1 tin tapi kalau x nak terlalu lembik better masukkan 3/4 tin sahaja...


Sekarang ni rupa dia selepas di kacau dengan semua bahan tadi...kalau rasa x cukup kuning leh tambah pewarna lagi...


Masukkan creamcracker yang telah di hancurkan....


Kacau bersama2....biar sebati!


Masukkan dalam loyang..maaf tersalah beli loyang yang x sesuai..menyebabkan ia melimpah2...


Masukkan bahan2 tadi ke dalam pengukus yang dah panas...terpaksalah aku menggunakan mangkuk adunan tu jugak sbb loyang tadi x sesuai...


Setelah masak....buka penutup pengukus itu..supaya sejuk!


Erm..yum2..boleh di makan ketika panas atau disejukkan ke dalam peti ais..selamat mencuba kawan2...heheh

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...