Jumaat, 18 Februari 2011

HIKMAH HARI JUMAAT

Hari ni sebenarnya aku nak namakan post ni "Jumaat yang teruk" tapi bila aku teringat Jumaat ni "penghulu segala hari" aku x jadi post tajuk tu.. ni aku sharekan sedikit fadhilat hari Jumaat :-

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.


Mesti korang tertanya2...apa yang bengangnya? Mungkin x bengang bagi korang tapi bengang bagi aku ni. Ini disebabkan  telinga aku ni dah naik bingit mendengarnya....semua benda yang aku buat terus jadi x kena....


Hari ni pagi2 lagi aku dah bengang..rasa macam nak nyanyi lagu "BENGANG" je...jom nyanyi sama2.


Lirik BENGANG yang diubah suai mengikut citarasa penulis blog - AKIM


Aku bosan dengan sikap mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu melambatkan masaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku buat x tau
Biar kan diriku terus kerjaku sendiri



bla..bla..bla...yang lain korang sambung sendiri ikut citarasa masing2..bukan apa, aku bengang sangat pagi ni.. dah lah semalam anak dara aku tu mengamuk sampai aku ngn dia tertidor tanpa makan apa2... mesti abi dia kat sana tengah risau sebab apalah bini dia ni, x reply2 msg2 dia.... tambah plak kat sini tengah kecoh pasal rompakan. 

Ada kes terbaru 2,3 malam lepas ler...pasal 3 budak remaja anak "pok ya" masuk rumah dengan bersenjatakan parang n pisau menyamun rumah dekat taman ni.. tapi diorang dah di tangkap pada malam tu jugak... tapi walau camnepun, x salah kalau masih berhati2kan???kan??kan?? walau dah di tangkap aku masih tetap risau... abi kat sana lagilah risau dengar cerita tu... tp xder apa2 kot... aku tau mempertahankan diri nanti kalau di takdirkan tuhan jadi benda tu...ajal maut di tangan tuhan. Nak tau apa aku buat.. hahha... korang jangan gelak, semalam aku pakai seluar Taekwondo aku masa sekolah dulu..hahah... xde kaitan langsung dengan mempertahankan diri. Kalau dah tidor mati s sedar apa walau dunia kiamat, xder makna pakai seluar tu..hohoho..lawak betul. 


Baju ni aku x pernah pakai semenjak kejohanan terakhir aku masuk tahun 1999.


Aku dapat tali pinggang hitam masa tingkatan 3 erm..baju ni aku beli dengan duit sendiri..masa tu Rm 100 lebih tu nilai yang cukup besar..aku kumpul sikit2..ehhe


Tujuan aku pakai seluar tu semalam tu bukan apa..seluar tu dah kelihatan kuning so, kalau pakai selalu maka ia akan puteh...dah 12 tahun tersimpan.

Tapi yang aku bengang bukan pasal kes rompak tapi kes anak dara aku yang bangun seawal pagi sama ngn aku dalam kul 5 lebih menangis2.. mengamuk2 je kerjanya...mintak itu dan ini ngn aku.. bila aku tunaikan semua permintaan dia, dia mengamuk..campak barang yang aku bg kat dia...akupun x fahamlah...sampai aku lambat nak bersiap nak g keje..mana nak pakai baju, mana nak pakai tudung, mana nak panaskan enjin kereta n angkut barang2 dia lagi...geram betul..asyik pegang & bergayut je kat kaki aku ni.. maklumlah kaki ibu dia ni seksi macam Zila Bakarin..hahah....nak bergerakpun susah...pagi2 lagi buat aku bengang..nasib baiklah aku ni jenis yang.."bila marah aku terus diam n buat mcm benda tu x wujud" aku ignore je dia menangis meronta2. 


Lagilah dia sakit ati n menjerit2 nak marah kat aku...Kalau aku jenis yang panas baran macam ada setengah2 ibu tu, mesti dah lama kena pelempang dah... xpun ada yang sanggup campak anak dari tingkat 5. Mungkin tulah salah satu punca ibu bekerja ni stress...x larat nak tanggung masalah opis, rumah n kerenah anak2.. belum masuk kerenah suami yang suka marah2..betul x???? No wonder ramai yang sakit mental sekarang... Berita 2 hari lepas kalau x silap, isteri paksa anak minum susu beracun...kat Melaka budak tingkatan 5 lompat bangunan dekat makmal sains.. Harap bukan dekat makmal sains aku tu...

Berbalik pasal kisah anak aku tadi... HABIS???? aku nak buat apa??? Nasib baik x lewat tadi...cuma perasaan aku sedikit terganggulah bila sampai diopis ni...Kurang ceria.. Jap agi nak kuar ambik quotation barang yang aku hantar kat kedai BERNAS SELOKA semalam...pastu nak g makmal nak check PA sistem n komputer untuk kursus pendek esok... kalau ada gambar akan aku share ngn korang semua nanti...

Hari ni hari last adik aku Suhaila si BUSU kat kolej..sedih plak rasa...x sanggup nak nangis2..memang dah lama bersama dengan dia..x sanggup lak nak berpisah..Dia akan pindah ke KK Selandar. Dekat ngn hubby dia di Melaka.Sedey sgt2 rasa...Karang ada majlis perpisahan dia..risau aku takut aku yang nangis beria2 nanti...sedikit aku share kenangan bersama Busu....



Bergambar kenangan dengan Aisyah...


Heheh..gambar kandid masa g kenduri din..sebenarnya dia pura2 tido...dia plak yang kenakan aku...sbb dia tahu aku suka dajalkan orang..heheh




Ni gambar kenduri dia dulu bersama en.BAHA

   
Aisyah yang gedik dengan uncle BAHA..walaupun 1'st time jumpa..bukan main lagi... 

   

   

Thanks to Jue tolong k.han menjayakan surprise BAHA buat BUSU..sempena anniversary mereka...


  

Kenangan bertiga akan kekal selamanya...

  

Telatah Busu yang kadang2 comel secomel tuan dia..yang aku paling suka tengok masa muka dia EMO marahkan orang..memang over react...hahha..lawak. Jgn marah BUSU..



Busu yang cantik...I really love her..i'm gonna miss u so much  sis...may Allah bless u all the time.

Ni makan2 terakhir ngn Busu kat sini...sedeynya...nanti aku uploadkan gambar yg kami makan kt Yaya nasi ulam...




Sekitar majlis perpisahan busu...





2 ulasan:

Suhaila Hassan berkata...

kak han..thanks tulis post buat kite..terharu lak..sebak rasa hati ni. ntah bile lg dpt jumpe ngan kak han.

@deq He berkata...

erm..k.han ni lagilah sejak awak gi sana rasa sunyi je..arini jaja xder seminggu.Last week k.han modular kt Melaka.Balik sini jaja plak xder..herm..bosannya..sunyi je rasa.Pagi tadi air mata berlinang2 kat kolam mata ni..nasib x jatuh. tiba2 teringat sangat kat awak tadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...