Rabu, 5 Januari 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR MODULAR

Semenjak 2 menjak ni sibuk sikit sampai x sempat nk blog walk kt blog sendiri...ringkasan peristiwa semalam... aku setelkan dokumen2 modular drpd pagi sampailah tghari... pastu lepas mkn tghari n semayang kami meeting dengan Ketua Unit kami Ahmad Shawal bin Ali sampailah pukul 4 lebih kurang. Banyak benda yang dibincangkan...semuanya untuk program sepanjang tahun 2011. Kiranya ni meeting pertama kamilah... ada beberapa program yang nak di buat sepanjang tahun ni.. Antaranya:-
  1. Lawatan Pelajar ke Planetarium Negara & Aquaria KLCC bg pelajar semester 4.
  2. Kempen Bumi Hijau
  3. Lawatan ke Pusat Pembuatan Sutera dan Taman Tamadun Islam bagi pelajar semester 2
  4. Kem motivasi & Ibadah bagi pelajar semester 2.
Aku ingat x nak jadi pengarah program dah untuk sem ni.. maklumlah, dulu Shawal ckp gilir2.. sapa yang dah jd pengarah program akan relax, orang lain plak akan ambik alih. Akupun sibuk ngn modular..x boleh janji program tu dapat jalan dengan baik ke x... pastu tengah bulan ni nak pergi bermodular lagi...ish..pening, Shawal nak estimate bajet n kertas kerja tu pada 15hb ni....heheh..entahlah sempat ke x.

Kalau kena g modular aku tangguh jelah dulu... Aku ambik program Kempen Bumi Hijau tapi rasanya aku nak tukar program lain kot....Program "Hari Komuniti Sihat" ok tak agak2nya? Tapi kalau wat program ni kena libatkan orang luar..

Erm.. malasnya nak deal ngn orang.. kena deal ngn Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Kesihatan dan lain2..malas rasanya!!!!

Ringkasan Peristiwa hari ni...xder apa yang menarik.. aku nk baca benda2 dlm tenet untuk dishare dengan kawan2pun x sempat kebelakangan ni...hari ni sibuk dengan hari pendaftaran esok bagi pelajar baru modular. Tahun ni aku jadi AJK peralatan pelajar..

Erm kena wat buku program.. n sediakan alatan n ukur badan pelajar esok untuk bagi baju bengkel nanti.. x banyak yang aku tolong arini.. cuma tolong fizah cetak buku n stapler serta sediakan alatan untuk esok ajelah.. nnti kalau ada gambar semasa kejadian esok akan aku upload nnti..k.lah adiossssssss.......ada kerja nk wat.

Updated: 6/1/2011

Bergambar dengan Busu kesayangan....


Dari kiri En.Sahar,Suzairi, Kak Zaini Che Mat & Fatmawani...

Erm..ni insan2 yang terlibat utk hari pendaftaran pelajar... sebelah kanan bawah:pelajar modular yg kebanyakannya bakal pencen askar atau juga dikenali sbg PERHEBAT...semua org berebut nk mengajar diorang...sbb diorg ni bagus...


Saliza n Norsiah yg sempat posing memosing lg..belah belakang Azimah & Abes...


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...