Rabu, 20 April 2011

BUDU @ SOS BILIS

Hari ni ada yang share dkat Fb diorang tentang khasiat budu...memandangkan dah lama aku x menulis maka aku share benda ni kt blog aku...apa2 leh tengok blog ni.....

Akulah hantu budu....kalau demam x lalu makan..cukuplah budu penambah selera aku...akulah pure anok kelate..hubby aku x suka sangat budu...

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu yang sedap ni ramai yg hina...tp aku x peduli...hehhe..mungkin aku cerdik sbb budu hahha....budu ni kalau family aku kt kg boleh habis dalam masa 2 hari je 1 botol...coz kitorang makan berjemaah....ehheh

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung danhipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa danstokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin ADE dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzeinglisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Khamis, 7 April 2011

JIJIK & BODOH

Malam ni malam last aku bermodular di Hotel Seri Cempaka Menara PGRM 8 Cheras ni. Bosan giler tido sorang2 beberpa malam....Iswan ckp hotel ni x dapat internet dr dlm bilik so...aku x mencuba langsung bukak internet...rupanya bilik aku dapat internet...ruginya aku x on9 malam sebelumnya...leh chat dgn hubby....aku ni asyik modular je mesti dapat bilik sorang2...walau semewah & besar manapun bilik tetap rasa x seronok...nanti ada masa aku update gambar hotel ni...bilik best style apartment tp service memang hampeh..hari pertama di layan teruk dengan mulut receptionist lelaki tu... peristiwa ni bukan aku yang kena tetapi beberapa orang yang mendapatkan khidmatnya di depan mata aku...

         
        nilah keadaanya bila Allah menurunkan musibah...


   


Ni citer panjang2..lain cerita plak yang aku bukak...ni nak kongsi apa yang aku baca dekat blog sorang hamba Allah ni...pasal tsunami kat Jepun..mungkin apa yang Allah beri tu adalah bagi membalas perbuatan jahat manusia...baru2 ni laki aku citer dia dgr pengakuan sorang pompuan dalam radio...dia dpt gambar bagaimana ikan lumba2 di aniayai di Jepun dengan menyembelih mereka dengan kejam...beberapa hari sebelum tsunami..skrg ni aku terbaca tentang perkahwinan jijik yang di lakukan di Jepun...dimana mereka akan disahkan perkahwinan mereka depan paderi lebih kurang dalam keadaan bogel di depan semua tetamu..kemudian mereka akan melakukan sex di khalayak ramai dalam majlis tersebut... aku tengokpun geram nak sepak terajang...xder rasa malu ker?Maaflah kalau penulisan aku kali ni agak LUCAH & 18 SX namun aku rasa orang ramai perlu tau kat luar sana ada pelbagai perkara pelik & menjijikkan..biar diorang tau....agar kita beringat2 supaya x berlaku di tempat kita.....Amin...


 
                            
Kurang ajar...orang2 tua nipun macam bodoh sebab sokong budaya bodoh ni...

            
                       

Jumaat, 18 Mac 2011

KISAH AKU & DIA


Hari ni x banyak benda yang aku dah buat sepanjang pagi tadi..mood untuk bekerja agak hilang..selepas selesaikan duit2 konvo budak yang beribu hinggit ni aku dah xder mood nak wat apa2 maklumlah arini Jumaat & xder kelas plak tu..tapi tengah hari nanti ada date ngn BAYA kt tepi opis dia..nak makan chicken choplah plak rasanya....macam ngidam je..heheh..

Lately ni ramai yang tanya "K.han pregnant ke?nampak x larat je...." sebenarnya aku keletihan..mungkin rest yang x berapa cukup.....3 hari lepas bufday aku....masa tu aku sibuk sangat sebab pg tu baru sampai dari Kelantan jam 5.40 pg pastu kul 8 pg terpacak kt opis..hari tu plak kelas pack...sampai 4.30 ptg....huhu..penat weh...

Bila dah penat sangat tu terlupa plak bufday aku....cuma balik rumah laki aku buat2 x tau je...pastu dia suruh g ambik makanan dlm peti nak makan sambil tgok citer aku pergi je tanpa perasaan..bukak peti ada kek..huhu....terharulah jugak tapi tu tektik aku masa bufday dia dulu..heheh...



 


Hari ni dalam keboringan tu tiba2 aku teringat lagu yang aku nak cari dalam gadis impian sunsilk yang dinyanyikan oleh Amelda Ahmad tu...aku suka lagu tu sebab lirik dia yang baris pertama tu sama ngn cerita aku ngn laki aku masa mula2 jumpa...hehhe...Tapi rangkap berikutnya tu x berlaku dalam hidup aku ek...heheh mintak simpang!

                                     


Pertama kali bersua bertentang mata pada 28/12/2005 rasa macam ada sesuatu...."Mcm pernahku kenal tapi dimana ya?".....


( Rupa2nya dialah lelaki yang selalu muncul dalam mimpi aku sejak dr kecil...aku pernah tanya Ustazah aku masa sekolah menengah dulu...dia kata tulah jodoh aku...walaupun wajahnya selalu x jelas muncul dalam tidurku.....pernahku ceritakan kisah ini pada seseorang yg istimewa pernah hadir dalam hidupku 1 masa dulu bahawa ada seorang lelaki selalu muncul dlm tidorku...yang pasti lelaki itu bukan dia...dia seperti kecewa & x percaya...)


Berkawan biasa sehinggalah 17/3/2007 melamar aku dalam tepon jam 11.45 mlm..
masih ingat ayat keramat tu 

Dia : "Awak suka kat saya x?" 

Aku : " Suka...tapi setakat ni suka sebagai kawan.."
Dia : " Awak sanggup ke terima lelaki yang awak x cinta ?"
Aku : " Saya x kisah asalkan lelaki tu ada ilmu agama & sanggup bimbing saya...sbb saya tahu rasa cinta tu boleh dipupuk..sesungguhnya hati wanita tu sangat lembut...1 hari rasa cinta tetap akan datang jika lelaki tu benar2 menyayangi kita

Aku : "Awak ni biar betul? Jangan main2 ngn saya......."
 ( Aku rasa macam x percaya....maklumlah dia sudah memiliki cinta...same goes to me...)

Semua ni berlaku selepas 2 hari menyambut hari lahir aku yang ke 25 tahun....
Terkejut biawak rasanya sebab dia x pernah menunjukkan reaksi suka or jatuh cinta pada aku selama ni....hanya lelaki biasa yang memiliki gaya biasa...

Rupa2nya dari hari pertama kami berkenal2an beramai2 di kedai makan pada 29/12/2005 dia telah memiliki satu rasa yang tak pernah dia miliki sebelum ni...naluri untuk mengenali aku dengan lebih dekat melonjak2...dia berhitung kira sendirian untuk mendapatkan no tepon aku dari bos tapi rasa malu membatasi segala kerna dia seorang lelaki yang pemalu & berbudi bahasa.....

Ditakdirkan tuhan indah belaka..bos mencari aku merata2 tapi tak jumpa akhirnya diminta syed untuk mengatur segala pertemuan bersama....diberikan bos no tu kepadanya untuk mengetahui aku dimana...akhirnya aku membalas SMS dari dia..apa lagi, begitu gembira masa tu katanya...Hanya Allah je tahu apa yang dia rasa....Di simpan terus no aku ke dalam buku telefonnya...

Agak lama untuk aku bertegur sapa dengannya..kerna gaya & lagaknya agak sombong, dengan caranya yang tidak berapa nak menjawab masa aku menyapa di hari pertama....bagi aku cukuplah sekali aku menegur dia....Apa lagi...balik je rumah aku terus bercerita pada bonda...
" Ada sorang budak tu..anak buah bos..sombong giler...tegurpun x berapa nak jawab..macamlah dia tu hensem sangat "

Maklumlah org macam dia bukan citarasa....ala2 Arab rupanya....x menarik perhatian di jiwa....

Bermula SMS tu text2 berikutnya mula menyapa..siapa sangka dari benci terus suka....tapi sekadar suka berkawan sahaja....sehinggalah dia menjadi sahabat karib yang faham jiwa...

Jauh mengelamun cerita lama apa kata aku sambung cerita tadi semula.......heheh...

Tanggal 18/3/2007 dia call semula...memberitahu kabar berita, kedua ibu & bapanya sudi datang merisik2 & bertanya2 samada tuan diri sudah berpunya....... 

28/3/2007 tarikh dua keluarga bertemu bagi menyatukan kami berdua....bersempena Maulidurrasul hari lahir baginda...Berkat dan RahmatNYa serta redha dariNya...1/6/2007 tarikh kami akan diikat bersama untuk selamanya...
05/06/07 cantik tarikhnya..& xkan dilupa....kami disanding & diarak begitu rupa bersama2 saudara tercinta....

 

 


Begitulah kisahnya..kisah cinta kami berdua bermula....walaupun dalam bahagia kami tahu ada hati yang terluka....
Berjuta kemaafan kami pinta kerana itulah takdir kita.....Hanya DIA yang tentukan segala....
Kita hanya manusia biasa..hanya merancang tapi DIA yang putuskannya....
Semoga kami bahagia selamanya begitu juga insan2 disana yang telah terluka.....
SEKIAN...

Jumaat, 11 Mac 2011

UBAT MENGGALAKKAN OVULASI

Harini sambil-sambil menunggu balik, di kala kawan2 yang lain terlibat dengan meetin ProKhis aku bersenang lenang berjalan-jalan melihat alam dan dunia luar sambil menambah ilmu pengetahuan..betul kata pepatah..."Jauh Perjalanan Luas Pandangan" hari ni aku berjalan2 dalam dunia perubatan mencari2 jawapan dalam kepala mengenai misteri2 dalam sains perubatan. 
Maklumlah kat sini bertitle "Pensyarah Sains "maka knowledge pasal sains mestilah luas...maklumlah student aku kat kolej ni pikir aku ni "Pensyarah Serba tau kot"...semua benda diorang bertanya dalam kelas..kadang2 kena standby atau mencari ilmu secara mendalam setiap kali nak mengajar satu2 topik sebab soalan2 yang keluar dari kapala diorang tu memang menakjubkan...bukan calang2 orang boleh jawab...kalau x jawab jatuhlah air muka seorang pensyarah...heheh maka sebab tu aku mesti sentiasa membaca pelbagai ilmu...dalam pelbagai bidang.
Hari ni tiba2 terpikir untuk mencari ubat2an untuk yang menggalakkan proses ovulasi. Bukan apa...sebab aku planning nak having twin child. Teringin sangat nak anak twin...so aku mencari ubat untuk menggalakkan pengovulan supaya ovari aku menghasilkan lebih daripada 1 biji ovum setiap kali ovulasi berlaku. Ini memungkinkan untuk aku dapat anak kembar...

Akhirnya aku jumpa maklumat tentang ubat yang menggalakkan pengovulan. Iaitu "Clomid" . Kepada teman2 yang ada planning nak anak kembar bolehlah mencuba ubat ni..tapi sebelum mencuba lebih baik baca dulu informasi yang aku share kat bawah ni...


What is Clomid?
Clomid is the brand name for the fertility drug clomiphene citrate. Clomiphene citrate may also be sold under the brand name Serophene. Whether you’re taking the brand name Clomid, Serophene, or a generic version of clomiphene citrate, it’s all the same drug. (Think of Clomid in the same way that we use Kleenex® to refer to facial tissues.)
Clomid is the most well-known fertility drug, probably because it is the most commonly used. And with good reason. About 25% of female factor infertility involves aproblem with ovulation, and clomiphene citrate, as a fertility drug, is easy to use (taken as a pill, not an injection), with not too many side effects, is pretty inexpensive compared to other fertility drugs, and is effective in stimulating ovulation 80% of the time.
When is Clomid Used?
Clomid is used when there are problems with ovulation, but no problems with blocked fallopian tubes. (In that case, stimulating ovulation would be pointless –- the egg and sperm can’t meet if the tubes are blocked.) If a woman has irregular cycles, or anovulatory cycles (menstruation without ovulation), Clomid may be tried first.
Clomid is often used in the treatment of polycystic ovarian syndrome (PCOS) related infertility. It may also be used in cases of unexplained infertility, or when a couple prefers not to use the more expensive and invasive fertility treatments, like IVF.
Clomid may also be used during an IUI (intrauterine insemination) procedure, but it is rarely used during IVF treatment. With IVF, injectable ovulation meds are more frequently chosen.

How is Clomid Taken?
You should follow the directions your doctor gives you, as every doctor has a slightly different protocol.
However, the most common dosage of Clomid is 50 mg, taken for five days, on days 3 through 7 of your cycle, or days 5 through 9 of your cycle. (With day one of your cycle being the first day of real menstrual bleeding, and not just spotting.) Ovulation and pregnancy rates have been shown to be similar whether the drug is started on day two, three, four, or five, so don’t feel concerned if your doctor tells you a different protocol to follow than your friend.

What are Clomid’s Common Side Effects?
Clomid’s side effects aren’t so bad, as far as fertility drugs are concerned. The most common side effects are hot flashes, breast tenderness, mood swings, and nausea. But once the medication is stopped, the side effects will leave, too.
·         Clomid Side Effects
The side effect you’re probably most familiar with is the risk of multiples. You have a 10% chance of having twins when taking Clomid, but triplets or multiples of more are rare, happening less than 1% of the time.
·         Will You Have Clomid Twins?
One of the more annoying side effects to comprehend is that Clomid can decrease the quality of your cervical mucus (which sperm need to make their way to the egg), making conception more difficult. Clomid can also make the lining of your uterus thinner and less ideal for implantation. This is why “more” is not necessarily better when it comes to Clomid dosage and use.
How Successful Is Clomid?
Clomid will jumpstart ovulation in 80% of patients, and about 40% to 45% of women using Clomid will get pregnant within six cycles of use.
Using Clomid for more than six cycles is not generally recommended. If six cycles go by, and pregnancy is not achieved, other alternatives may be considered.

GAMBAR PALING KURANG AJAR.

CELOTEH MAK ITI

Erm...sakit ati aku dipetang2 jumaat ni..betul kata adik inani...bukan takat menyampah tapi menyumpah seranah lagi tengok gambar ni...aku rasa nak sepak terajang mat salleh kurang ajar ni...x hormat agama lain langsung....mat salleh memang tak reti adab...betapa sakit ati sangat sampai x tergambar..tapi yang aku boleh doakan semoga perempuan ni Allah balas dengan hukuman yang setimpal sepertimana pelukis kurikatur Rasul junjungan kita yang mati terbakar....ermm... Ya Allah lindungilah hambamu ini Ya Allah.....


Ni post Cik Inani aku cuma copy je.....



Assalamualaikum....
Haa..tadi aku jenjalan sambil naik basikal kat internet sambil cari gambar untuk post terbaru..
aku terjumpa satu benda yang agak menyampah, menyumpah, gambar macam sampah!!
Kenapa??nak taw tengok gambar ni.

Haaa...amacam?? Sakit ati tak???
Kaabah itu rumah Allah.
Mekah itu tanah suci.
Tapi sedap2 dia je buat macam tu. Dia buat macam dia dok "melabur"
kat atas Kaabah tu. Dahsyat!!! Jangan sesekali ada yang buat aksi tu di rumah erk!!
berdosa besar..huhu.(gurau je)
Orang macam dia ni, neraka jahanam la tempat dia.
Kita WAJIB rasa marah bila ada orang mempermainkan agama kita.
WAJIB kita perangi!!!
Kalau boleh..Korang share lah dengan kawan2 korang yang tak tau lagi pasal ni..
Sebarkan!!!!!!!!

CELOTEH MAK ITI


Cik Inani...saya mohon izin untuk share post adik kat blog akak yer.....kalau korang rasa free pergilah jalan2 kat blog adik kita ni...nama blog dia @ku H@nYaL@H iN5An B!@Sa... best gak post2 yang dia buat.......pemandangan dekat blog diapun sejuk mata memandang..hijau bumi tuhan..teringat plak lagu XPDC "Hijau Bumi Tuhan" lagu ni lagu favou aku masa belajar kat UPM dulu wat teman study dikala dinihari...jam 3 &4 pagi....


Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Khamis, 10 Mac 2011

MASALAH SOSIAL VS MASALAH AKIDAH



Pagi yang indah ni aku sedang menikmati sarapan pagi yang aku beli kat cafe bawah sambil godek2 internet..sbb nak buat kerjapun xboleh. Tangankan pegang garfu???? Jadi satu lg aku usik2 mouse sambil makan..maka dengan si tikus putih yang nakal ni aku menjelajah seluruh dunia..heheh nanti gambar tikus ni aku upload ek..tikus hadiah dari suami..bukan tikus yang kt rumah tu...menyusahkan hidup aku je...

Tiba2 aku melekat kat blog seorang mamat ni..erm..best gak blog dia...simple tapi penyampaian yang menarik. Aku terjumpa blog dia melalui blog peserta kursus pendek aku En.Danial...nama url  blog diapun lawak...http://secucuknugget.blogspot.com 

banyak gak info yang dia share yang menarik perhatian aku untuk share ngn korang..antaranya : dua topik tentang rakyat Malaysia yang mengaku Islam tetapi sengal..maaflah kasar..tapi aku betul2 bengang...takut aku tengok generasi sekarang. Paling menakutkan aku anak akupun pompuan. Bukan apa, x dapat di bayang oleh akal seorang ibu macamana gambaran remaja masa akan datang yang dikenali ngn jolokan "gen Y" ni. Bak kata alif aziz & joanna "Risau,risau,risau" hehhe..aku rasa macam ada je perkataan tu dalam lirik..tp kalau xde xpelah ek..ehhe...

Post pertama :

semasa sedang meneroka tagged selepas di upgrade
aku notice gmbr awek ni..
wahh.. besh ni kalo korang tgk
aku upload semua gmbr2 die eh..
so renung2kan da selamat mengumpat...

gambar awek ni mase kt umah...



gambar awek ni mase kt private party...




nak salahkan sape dalam hal ini?
budak2 skrg dah xtaw halal haram?
mak bapak xajar anak2 sal halal haram?
atau skolah xcukup ajar budak2 ni halal haram?
so dari salahkan sape2, mak ayah nasihatkan la anak2...

Post kedua :


ermm.. mase baru balik mkn
safwan tunjuk kt aku gmbr awek ni
die ckp rantai 2 bentuk salib...
wooohh betulkah?
aku nmpk mcm salib
korang nmpk mcm ape? saje nk kongsi2...

ni gmbr bertudung 



ni di sebalik tudung


 dari pandangan mata aku ni
rantai 2 berbentuk salib
mgkn beliau xperasan rantai 2 berbentuk salib
Wallahualam...

*juz for an update, kwn kepada kwn aku (kwn aku ade kwn kristian)
die ckp rantai ni same ngan die punye, and mmg salib...
Wallahualam.. 


Aku nak tanya kat pembaca diluar sana yang memang baca atau terbaca blog aku ni....agak-agaknya kenapa anak muda zaman sekarang jadi gini? Bukan untuk menunding jari pada sesiapa tetapi ingin berkongsi pandangan. Mengapa yang paling bermasalah dalam masyarakat mesti orang Melayu & beragama Islam? Kemana ajaran Islam yang diterapkan dalam diri diorang di sekolah & di rumah dibuang? Semalam dalam 360 TV3 pun bercerita tentang remaja yang mengandung anak luar nikah, dan majoritinya adalah Melayu Islam. Setiap 17 minit seorang bayi luar nikah keluar. Sehari puratanya adalah hampir 100 orang di lahirkan, ini adalah mengikut perangkaan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. MasyaAllah..kenapa jadi begini????Fikir-fikirkan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...