Rabu, 28 September 2011

Bila Cik Siti nak balik?????????

Bilalah nak balik berkhidmat di Negeri Cik Siti ni..baru 3 tahu di perantauan x sabar dah nak balik..apa xnya???? 3 tahun berkhidmat dah berapa kali aku pindah rumah..penat wei..apa yang korang tau...nipun asyik pikir berapa lama kt sini bile berlaku kes2 yang x berapa nak best...

Apa taknya? Aku pindah atas arahan untuk memberi bantuan kepada kolej cawangan yang kekurangan pensyarah tapi aku pulak yang rugi...claim pindah x dapat......claim milage x dapat...elaun harian x dapat malah elaun cola akupun dipotong atas sebab Bera ni kawasan pedalaman....sakitnya ati aku....!!!!!!!!!!!!! Apa yang aku dapat????malah aku pulak yang teraniaya....Aku dah call bahagian servis & saraan JPA,diorang kata aku layak mohon...pastu call JPKK bahagian kewangan untuk kepastian...awalnya dia cakap aku layak..tadi dapat call yang katanya aku x layak tapi semuanya atas budi bicara pengarah....sebab pertukaran bawah PTJ yang sama...sedih rasa..dahlah aku upah & sewa lori 3 tan untuk angkut barang aku..punyerlah banyak perabot aku samapi x muat lori kecik..RM800 aku habis untuk pindah barang tu..tapi last2 kolej cakap aku x leh claim..macamana aku x hangin...

Tiba-tiba rasa macama nak balik kampung je..berkhidmat untuk negeri tercinta..barulah x berpindah randah. Rumah yang aku beli tupun masih belum siap lagi tapi Alhamdulillah sudah ada prgressnya..sejuk hati aku bila tengok..x sabarnya nak naik rumah tu.....balik kampung barulah x berangkut barang ke hulu ke hilir rumah umi & mami....






 Alhamdulillah progressnya dah ada..risau gak aku takut tertipu mcm pembeli rumah yang lain....


Bilalah boleh dapat CF..huhu....

Khamis, 8 September 2011

Lycium barbarum @ Goji @ Pokok Yahudi @ African Boxthorn

Hari ni sementara menunggu student menyiapkan tugasan video mereka di makmal komputer aku sibuk buat research pasal pokok sejak 2 minggu lepas...hari ni aku nak share sikit ngn pembaca...sejauh mana kebenarannya korang sebagai pembaca pikir sendirilah...bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri"...aku tak nak bertanggungjawab..heheh...cuma aku berkongsi atas pembacaan aku je...jangan marah ek....

Aku sebenarnya dah lama dok baca-baca & dengar tentang isu "Pokok Yahudi" ni...jadi arini atas desakan husband aku mintak sharekan dengan pembaca dekat blog..maka aku tulislah jugak....aku x tau sejauh mana kebenarannya....cuma mula-mula kita bincang tentang hadith yang menyebut tentang pokok ini....


Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:


 


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.   

Untuk membaca lebih jelas perkara ini bolehlah baca di laman-laman blog yang ada menulis tentang perkara ini... antaranya ialah kat SINI.

Gharqad nama saintifiknya adalah Lycium barbarum. Boleh rujuk di SINI atau juga dikenali sebagai Boxthorn (Lycium) @ Gharqad (Lycium) merupakan dari satu genus yang merupakan dari keluarga nightshade atau (Solanaceae) yang mana genus ini terdiri daripada kira-kira 90 spesies yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika. Selain itu pokok ini juga banyak ditanam di Israel. Kebanyakannya tumbuh di kawasan yang kering & separa kering.

Kegunaan utamanya ialah sebagai tumbuhan perubatan.

Nama tempatan lain bagi pokok ini adalah desert-thornChristmas berrywolfberry (nak tau betul ke x wolfberry@pokok yahudi ni adalah Goji...klik kt sini...) Matrimony vine, dan Duke of Argyll's tea tree selain itu nama lain yang biasa digunakan adalah Goji. Nama Inggeris ini popular di Amerika dimana buah Goji dikeringkan dan dijadikan jus. Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai 
 "Tibetan" or "Himalayan" goji berries walaupun gelaran ini tidak menujukkan lokasi asal tempat tumbuhnya tanaman ini. Terdapat 20 sp di Utara Amerika, 30 sp di Selatan Amerika, 30 sp di Afrika,10 sp di Eurasia & 1 sp di Australia. Nama generanya diperolehi daripada perkataan Greek iaitu  λυκιον (lycion) bagi tumbuhan yang dikenali sebagai "dyer's buckthorn"

Apa yang aku nak cerita kat sini adalah perkaitan antara umat Islam,pokok Yahudi & juga buah Goji....Andai betullah pokok ini patut dimusnahkan oleh orang Islam semata-mata kerana dia akan melindungi orang Yahudi 1 hari nanti...apa pulak pandangan korang tentang orang Islam kini yang begitu taksub makan Kopi Goji????pernah dengar x?

 


 

Untuk baca kelebihan Goji ni korang leh klik kt imej2 di atas & bacalah.....

 

  


Antara Khasiat buah Goji adalah : untuk lebih lanjut klik SINI

Goji (Lycium barbarum dan L. chinense) telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun.

Buah lycium mengandungi beta-karoten, Vitamin C, Vitamin B1, dan B2, beta-sitosterol ( agen anti-radang) linoleic asid ( asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif (5-8%), sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine (0.1%).

Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D, seorang pakar herba dan nutrisi telah menyenaraikan 34 sebab mengapa anda perlu mengambil goji:-


[goji+himalaya.jpg]

1.Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2.Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3.Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4.Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5.Goji mengurangkan risiko kanser
6.Goji mengurangkan kolestrol
7.Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
8.Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual9.Goji membantu mengurangkan berat badan
10.Goji melegakan sakit kepala dan pening
11.Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
12.Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
13.Goji menguatkan jantung anda
14.Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
15.Goji meningkatkan halangan penyakit
16.Goji meningkatkan respons imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
17.Goji digunakan sebagai rawatan kanser
18.Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
19.Goji menghalang tumbesaran tumor
20.Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
21.Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet)
22.Goji meningkatkan limfosit
23.Goji mengaktifkan enzim anti-radang
24.Goji menyokong fungsi hati yang sihat
25.Goji merawat simptom-simptom menopause
26.Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
27.Goji meningkatkan kesuburan
28.Goji menguatkan otot dan tulang anda
29.Goji menyokong fungsi buah pinggang
30.Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
31.Goji membantu batuk kering yang kronik
32.Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
33.Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
34.Goji membantu sistem penghadaman

Ermmm..khasiat tumbuhan herba memang tidak dinafikan & setiap tumbuhan yang Allah ciptkan itu ada fungsi & khasiatnya tetapi yang aku tengah pikir sekarang kalau betullah Goji itu adalah lycium barbarum @ Pokok Yahudi yang disebutkan awal tadi..apa plak kesan pengambilannya kepada orang Islam...ada sapa2 yang boleh bagi penerangan x kat aku yang suka bertanya & berfikir ni?sakit dah kepala aku pikir....

  
  


Ini adalah imej pokok Goji ..... yang dikatakan ajaib itu.....

flower  

fruit  

whole plant

Ini adalah pokok Lycium barbarum @  matrimony vine x percaya klik SINI sama x ngn Goji?

 

 


Ini pula adalah pokok Gharqad yang dikatakan akan memabantu orang Yahudi 1 hari nanti..yang juga dikenali sebagai African Boxthorn....sama x?

 




 


Nama Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan orang-orang Arab.

Apa yang merisaukan aku sekarang bukan sekadar diterapkan dalam pemakanan orang Islam tetapi jika orang Yahudi cuba mengaburi masyarakat dunia dengan penanaman pokok ini secara besar-besaran ke seluruh dunia dalam bidang landskap taman & sebagainya tanpa kesedaran pakar2 pokok Islam...Aku ni orang Landskap...jadi aku amat risau jika pokok ni dikomersial & di tanam di semua taman seluruh dunia termasuklah kawasan Masjid & sebagainya jika orang kita tidak perasan akannya...

Walau bagaimanapun sejauh mana kebenaran pokok ini akan melindungi orang Yahudi kelak aku x pasti sebab aku terbaca satu komen tentang sambungan kepada hadith diatas...namun dia penjelasan dari pihak yang mengomen tu...dari mana sumber beliau perolehi.


Untuk selanjutnya sila klik dekat gambar ini...

Semoga ada sesiapa dapat mengesahkan sambungan hadith yang di nyatakan.....


Bukti kempen penanaman pokok yang di anjurkan oleh Dana Yahudi.


Pokok2 telah di akui mula ditanam sejak ratusan tahun dulu.Walaupun tidak di beritahu apakah jenis pokok yang di tanam bagi mengaburi mata masyarakat dunia.

apa-apapun pertikaian tentang pokok ini hanya Allah sahaja yang tahu..namun begitu kita sebagai umat Islam mesti sentiasa berusaha daripada tertipu dengan tipu daya Yahudi....kerana Yahudi adalah kaum pembohong yang licik...Andai benar pokok ini tidak patut di tanam...jangan sampai satu hari nanti pokok ini ditanam secara besar-besaran kerana kecetekan ilmu orang Islam...Yahudi itu bijak..tidak mustahil kalau satu hari nanti mereka mengubahsuai morfologi pokok ini melalui teknologi menjadikan ia pokok yang cantik & digilai ramai.....dengan hibrid baru...Wallahuallam...sekadar berkongsi....

Selasa, 23 Ogos 2011

11...11....11....CANTIKNYA...

Erm....pejam celik pejam celik x sangka masa berlalu begitu pantas...rasa macam Ramdhan baru je masuk tapi rupa-rupanya tinggal berapa hari je lagi nak berakhir...kadang2 x sabar tu mengalahkan budak-budak nak balik kampung...huhu...seronoknya.....sebab dah lama x balik kampung....

1 lagi benda yang buat aku excited adalah nak makan ICT kt pantai teluk ketapang tu...heheh....erm...skrg dok pikir...nak menginap kat mana yek..kt bandar KT atau kt area-area tu je....kakak asyik sebut nak mandi pantai...kesian plak.sebab pantai-pantai kat Tganu ni kebanyakannya xleh mandi....

Setiap selasa adalah hari genap perkiraan aku...tak sangka pejam celik-pejam celik hitungan aku dah yang ke 28....cepat betul..harap-harapnya tarikh keramat tu adalah angka 11...bukan sebelas september yek....tapi sebelas...sebelas...sebelas....heheh...dulu plan nak kawen lapan..lapan...lapan...tapi awal setahu plak terkawennya....heheh..harap2 plan sebelas...sebelas...sebelas...ni menjadi...k lah kuar dulu...nak g berbuka rumah mak & abah kesayangan ecah kat temerloh arini sebelum bertolak balik jumaat ni....sambil melengkapkan kerja2 shopping menyopping utk family raya ni....adios amigos......

Khamis, 11 Ogos 2011

RAHSIA KALENDAR HIJRI




RAHSIA KELAHIRAN DALAM KALENDAR ISLAM

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan
itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap
perilaku..




Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..


Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..


Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban


Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan


Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.



Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

Rabu, 10 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA

Erm..hari ni dari pukul 8.15 pg hingga kul 9.40 dok kt tangki ikan....tengok ikan & check ikan..setiap hari ikan mati...erm...insaf jugak...manusiapun begitu juga...akan hadapi kematian pada bila-bila masa...kadang2 bila aku perhatikan ikan-ikan dalam akuarium tu...xder belas kasihan...bila kawan2 dia mati ataupun adik2nya mati..diorang beramai2 makan daging mereka..bila pikir balik kehidupan manusia sekarang macam tulah jugak...sebab tu ada kawan yang sanggup makan kawan...ada jugak adik beradik tikam adik beradik sendiri..harapnya tak berlakulah pada aku....

Setiap hari aku selalu pikir aku mesti buat baik ngn orang tanpa pikir apa balasan aku dapat supaya 1 hari nanti orang x buat kat aku benda yang tak elok...yang aku pasti Allah itu Maha Adil. Apapun yang kita buat & orang buat kt kita biar Allah saja yang membalasnya....yang pasti "yang baik akan di balas baik & yang jahat akan dibalas jahat" baik yang terang-terangan atau yang terselindung...

Jauh plak bertazkirah hari ni...ehheh...aku x sabar nak balik cuti raya ni..Alhamdulillah berkat kesabaran & redha semua orang bos baru aku tahun ni bermurah hari melepaskan cuti raya....dapatlah bercuti panjang..yang pasti aku start balik raya 26/8/2011 hingga 2/9/2011 heheh..bestnya..tp aku x nak terus balik..ehheh nak bercuti merehatkan minda...aku nak balik ikut terengganu & berehat kt sana sehari dua...heheh..dah lama penat bekerja sehingga lupa pada diri sendiri....nilah time nak manjakan diri bersama suami & anak tercinta....kat mana agaknya tempat berbuka yang best kat Terengganu...aku sebenarnya teringin sangat nak makan ICT..tp x pasti bukak ke x time puasa ni..kalau bukak nak je aku gi kt pantai ketapang tu...
 Teringinnya nak makan kat sini...sedap betul ICT dia..huhu..rangup tepungnya...

Sedap2..huhu..yang paling x tahan udang celup tepung dia..huhu...

 Teringat plak masa gi makan ngn Mardhiah masa Bengkel Modular kt Grandcontinental T'ganu aritu...salah makan gi makan kt tempat x sedap...dahlah keras..ikan gatal..huhu..sedih rasa....

 Teringat plak masa zaman2 kerja kat Tganu...wat insurans...penat2 cari customer pergi lepak kt pantai bersama kawan2....seronok jugak ingat zaman remaja....

Rindu plak kt Lina,Fizi,Sepul & kawan2  insurans dulu..yang bersusah payah mendapatkan rezeki untuk sesuap nasi sebulan...walaupun perit tapi itulah pengajaran terbaik dalam kehidupan... Orang yang x pernah melalui kesusahan mencari duit hanya akan tahu mengata & mencerca je kerja mcm kami....tp itu lebih baik daripada goyang kaki meminta duit dr keluarga....
apalah citer kak dayang manager aku sekarang ek??


 Rindunya pasar Ramadhan kat Stadium tu...huh...gila rasanya tengok makanan..dah ler best...

 Nasi kerabu...Ya allah memang menduga iman betullah...

 Masuk plak solok lada dengan ikan celup tepung dalam nasi kerabu tu...huhu..bestnya...

 Erm...antara favourite aku..cuba teka....amat suka Love it so much...


 Sup gear box ni sedap gak..huhu...terima kasih buat blog ni yang mengupdate gambar susana puasa...mengubati kerinduan ku pada Ramadhan di Kelantan...klik SINI kalau nk tengok lg banyak... 
Ada x kawan2 yang tau tempat yang best..silalah cadangkan...kt sini susah nak makan makanan yang best..suasana Ramadhan x semeriah Kelantan...dah 10 hari Ramadhan datang tp aku x pernah pergi bazar ramadhan walaupun sekali...x semangat langsung..maklumlah kt sini majoriti orangnya cina.

Jumaat, 5 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku pindah tempat kerja baru ke KKCB ni...seronok gak kerja camni....masa berlalu x menyempat nk tengok jam....kadang2 ngajar modular ni kelas pagi sampai petang kt site..balik2 opis dah dekat kul 5...tulah pasal sekarang jarang online....kalau kelas yg half day sekalipun banyak kerja2 pengurusan yang nak kena buat....bekerja di tempat kecik ni kena tekun 100X lebih berbanding tempat besar...beban kerja banyak....korang bayangkan...kt KKTM dulu pensyarah sahaja dah ada lebih daripada 70 orang...belum campur admin lg...


Bayangkanlah kul 6.45 pg aku dh turun sbb jalan ni pagi2 busy ngn lori....jawabnya merahlah kad aku kalau lewat...


2 Minggu aku berulang alik tiap2 petang ngn suami aku...masyaAllah..memang penat...45 minit travel setiap hari....

Tapi kt tempat kecik ni....perjawatan & beban kerja sama banyak dengan induk tapi pensyarahnya cuma 6 orang...campur admin dalam 5 orang...semua jawatan ditanggung oleh beberapa kerat ni lah...bayangkan sebelum ni aku kt KKTM aku pegang jawatan anak2 ikan je...tupun letih nk mampus..bila time kerja menyerang...skrg aku dapat jawatan2 penting....yg dulunya cuma pegawai2 kanan je pegang...akupun jadi takut sbb x tau apa nk buat dengan jawatan2 tu.....boleh je kalau nak buat tak tau...tp x taulah bos aku leh wat x tau ke x...huhu....takutnya...

Rindu plak.....Jaja...k.han rindu awak....

Kenalah aku refer otai2 kt KKTM.....contohnya : Pegawai Latihan Industri kt Temerloh dulu En.Nizam sekarang Shawn....erm...Ketua Penyelidikan & Inovasi kenalah aku berbaik2 ngn Zool, Penolong Pegawai Aset ( Aset Hidup plak tuuu...ikan kt sini suka mati...mati aku dibuatnya....) yang lain tu mujurlah penolong pegawai je....Penolong Pegawai Pembangunan Staff, Penolong Pegawai Keusahawanan & Setiausaha kelab staf..kerja2 setiausahalah yg aku paling x suka...mencatat minitlah apalah......

Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..kerja aku ni dah cukup ringan..huhu..Alhamdulillah...mujurlah x seberat apa yang Mai tanggung....bagi aku orang paling tekun bekerja kt sini Maisarah Osman...kadang2 kerja sampai lewat malam...kesian sgt kt dia...kadang2 rasa cam xder life plak....sbb terlampau tekun bekerja...sapa kata kerja jadi pensyarah ni senang mcm kerja cikgu...tupun belum campur kelas2 hujung minggu untuk komuniti setempat.....kena ngajar & jd urusetia....hujung minggupun x dapat bersama keluarga...dok tempat kecik ni...nak cutipun susah...apa taknya...kalau ramai cuti sapa nak wat kerja kt opis....kalau orang kt tempat besar induk merungut tentang kerja mereka yang banyak aku rasa mereka belum cukup layak untuk duduk di cawangan macam Maisarah.....Cayalah MAI....hidup Mai.....kalau APCB tu..aku rasa tiap2 bulanpun dia layak untuk menang...hehehh....



  
Semoga akupun dapat sesuaikan diri dengan kerja2 ditempat baru...kadang2 aku terpikir & pujuk ati sendiri...mesti ada hikmah & sebab Allah hantar aku ke sini...Mungkin Allah nak aku belajar sesuatu sbb dia dah ada perancangan untuk aku pada masa depan....I-Allah..berikanlah aku kekuatan....

Yang pasti aku rindu ngn KKTM...hampir 3 tahun aku kt sana...KPI akupun belum cukup lagi....Kursus Landskap kt sana baru je develope..baru je nak naik dan permintaan tengah tinggi aku plak tukar sini....sayang plak rasanya......kadang2 penat rasa sebab terpaksa berkhidmat untuk dua kolej serentak sbb bab2 landskap ni mesti diorang panggil aku gak...huhu....

Ni masa Kursus Landskap bersama Jawatan Kuasa Felda Jengka....
Rindunya.....

Selasa, 7 Jun 2011

KEHILANGAN..

Ni bukan nak bercerita tentang kisah kehilangan insan tersayang....memang aritu kami sekeluarga telah kehilangan orang tersayang, iaitu abang ipar ku...iaitu abg ke-2 suamiku syed asyraf bin syed alwi...Al-fatihah buat beliau...di harap teman2 blogger yg baca post ni tidak keberatan utk sedekahkan beliau Al-Fatihah...buat beliau....kala ni menitis air mata aku melihat gambar2 arwah dalam facebook....aku masih ingat masa kitorang balik cuti buruh aritu...dia ralat sebab dia x balut buah jambu yang ada kt atas pokok kalau tak mesti aku boleh makan banyak2..maklumlah keadaan aku sekarang ni..."abe yeh rasa terkilan plak x barut buah jambu kt pokok tu...kalau tak mesti hae balik dapat makan...ni cuma beberapa biji je.." terharu aku.
X sangka ni kali terakhir dia datang rumah aku kt sini.....

Masa dapat call yang dia tengah nazak tu kaki aku menggeletar...x sangka sbb baru dua minggu sebelum tu jumpa ngn dia...Masa aku sampai rumah mak mertua...terharu dan sebak je bila tengok 1 pokok tu di balut ngn plastik supaya lalat buah x kacau jambu yang dia simpan untuk aku,..apa lagi menangis teresak2lah...sebab dia seorang abg ipar yang baik dan kelakar....Yang aku paling x boleh terima sebab dia tak sakit....tiba2 jatuh dalam bilik air terus koma & meninggal...Doktor kata dia ada sakit jantung....sedih sangat...Sabtu & Ahad baru-baru ni semua keluarga mertua aku datang menyinggah kt teratak kami ni....alang2 on the way balik ke Kelantan dari Kl sempena Annual Dinner company abg ipar aku kerja tu...Diorang sekeluarga di jemput sempena anugerah penghargaan terhadap arwah yang berkhidmat dengan cemerlang & juga menyampaikan sumbangan check kepada ayah mertuaku.Sedih rasa.....

Masa dok kemas2 rumah kt bilik tamu sbb mak nk dtg tu aku tercari2 sesuatu yang aku lama x nampak di depan mata....huhu... Baju taekwondo aku..penat aku cari tp x jumpa2...last skali aku tengok tergantung je kt bilik tamu tu...tapi jenuh aku cari dalam semua laci sebab semua baju dah berlipat xder yang masih kotor ataupun yang belum berlipat...sekalai lagi rasa nk nangis bila kehilangan benda yang kita sayang....last skali aku basuh sbb aku nk nilakan dia...x sangka plak hilang...kata laki aku"xder sapa yg nak ambik baju syg tu...." tp kenapa boleh hilang..huhu...walaupun mak mertua & family dtg tp hati msih sedih sampai arini..huhuhu....

Huhhuuuuu...sedehnya tengok...dalam kenangan je lah...

Ahad, 8 Mei 2011

HARAMNYA SAMBUTAN HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Tapi xper..kita sambutlah hari ibu kita pada setiap kelahiran dia atau pada hari ulangtahun perkahwinan dia,ataupun pada hari kelahiran ummu mukminin ker?orait x?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...