Jumaat, 18 November 2011

Post Sebelum...yang x terpost..

Sebenarnya post ni dah lama aku taip since aku start bercuti hujung bulan oktober aritu lagi tapi saja je aku aku x post coz bz & kat rumah aku ni banyak masalah internet...maklumlah broadband...ehheh..so memandangkan aku dah penat taip maka aku 
nak postkan jugak...heheh...





Inilah kerja2 aku sepanjang aku ambik cuti awal hujung oktober lalu..malah aku dah buat semua ni masa usia kandungan 30 minggu lg...saja standby..


Semua baju kakak yang lama2 masa baby dulu aku kumpul balik...



Erm kerja2 membasuh ni yg penat sikit...


27/10/1011
Bosan giler malam ni..apa taknya encik ahmad dah tido…siti aisyahpun dah tido…tinggal aku sorang2 je. Hari ni patutnya aku dah start cuti panjang daah..hehe tapi memandangkan keje2 kat opis tu banyak yang belum setel last2 aku gi jugak opis walau berpakaian biasa…yang paling x best bila terserempak dengan bos..heheh….(bagus gak..hoho tu tandanya aku rajin..kuang…kuang..kuang..) katanya arini dia x masuk lg coz masih bercuti di Singapore…x sangka dah balik rupanya…

Ni bersama student kesayangan aku ika...perempuan tunggal akuakultur...Ni masa majlis hari raya..


Yang berbaju merah tu Pak Chu..Baju merah terang tu si epol...


Anak tilapia bawah jagaan kitorang...


berat ikan mesti ditimbang setiap masa...tangan sapa lg kalau bukan si bob...


 Nilah aktiviti aku ngn student tiap hari kat site..timbang ikan & check tahap kesihatan ikan...


Yang berbaju Melayu kuning tulah Pak ya...ni boleh dikatakan semua student akuakultur....

Tadi banyak sangat benda nak setel dalam kepala…akhirnya hampir 90% kerja yang aku nak setelkan dah setel…..Hari ni kiranya hari terakhirlah aku kt KKCB,Bukan nak pindah lg..tp nak balik bercuti panjang…..x sangka,pejam celik pejam celik dah 4 bulan aku kat KKCB ni,malah aku plak merasakan yang aku baru je datang sini rupa2nya dah 4 bulan berlalu…..banyak gak kenangan dok sini…bila aku masuk balik nanti student aku dah habis dah…especially student SMK 3. Malah aku akan merindui mereka terutamanya perempuan  tunggal kat kolej tu si Siti Zulaika,Pak Ya,En. Saidi,Pak Chu ( ketiga2 mereka ni bakal pesara askar yang dikenali sebagai PERHEBAT), si Hairul,Bob,Epul & Halkin…student kt sini x seramai di Temerloh so bolehlah kita kenal mereka dengan lebih dekat n rapat…


Ni si Mardhiah & huda kitorang ni kenal since DPLI kt UPM lg...


Kat tengah tu student aku..yang hujung tu Huda..kami dua2nya pensyarah bg budak2 SMK 3.


Ni si dini..yang berbaju merah..yang pelik sikit ni bukan orang lainlah..si Ida adik alu yg kecoh kt KKCB.....

aku juga akan merindui kawan2 aku or family baru aku kt sini…keluarga baru yang aku mulai cintai…especially si murai (nurul zahidah..pem.tadbir kewangan kesayangan aku)….i’m gonna miss her n kekecohan beliau…besides aku juga akan merindui nina yang suka pukul aku kt belakang…serta 4 org lagi pensyarah yg sanggup bergadai nyawa demi KKCB..heheh si Mai,Mar,Huda & Dini..heheh..miss u olsss….


Keluarga baru aku kt KKCB....

Aku tinggalkan kolej dengan hati yang tenang sebab KPI tahunan aku sebagai pensyarah Kolej Komuniti tercapai..harap SKT aku tahun ni x menyakitkan hati..heheh lehlah aku pasang cita2 nak sambung master balik..heheh…

ü  Peserta : 100 orang  115 Peserta
ü  Jam mengajar : 40 Jam      43 Jam
ü  Jam Urusetia : 20 Jam  50 jam

Tapi yang merisaukan aku plak apabila kolej menerima surat daripada JPKK yang menyatakan akan menempatkan seorang pensyarah baru di KKCB pada 16 Nov 2011 ni…Bukan apa,aku risau jika aku di tarik balik ke Temerloh kerana penempatan asal aku kat sana..PTJ sana yang membayar gaji aku…& status aku sekarang adalah dipinjamkan…aku riasu kalau2 aku terpaksa berpindah rumah lagi..cukuplah…aku cukup penat dah berpindah randah…dahlah claim hari tu belum tentu dapat lg…tu pun nasib baik EO kesayangan aku kt sini puas merayu2 ngn pengarah induk. Terima kasih banyak2 ye Yana..Yana mesti paham perasaan aku sbb diapun pernah pindah gak…

 Nilah EO aku kt KKCB,,,erm...baik orangnya...


29/10/2011
X sangka betul..masa ni memang cepat berlalu..seingat aku mula2 posting sini masa bulan 7 aku x sabar menunggu cuti panjang untuk bersalin ni…x sabar rasanya menunggu 1/11/11 untuk bercuti..pejam celik pejam celik dah startpun cuti aku..memandangkan ada cuti gantian semasa kursus pendek yang belum di claim maka aku menukarkannya dengan cuti..walaupun masih belum balik kampung halaman. Apa2pun aku dah pulun habis2 wat kursus untuk tahun ni...maka aku dapat bercuti ngn senang hati...
Ni sedikit gambar nak dikongsikan dengan kalian semasa mengajar peserta kursus naget & fishball...dalam sarat2 nasib baik ada pembantu.....


Semangat betul Puan Siti Norihan mengajar sampai terteleng2 kepala...heheh..


Semangat peserta mencuba...


Tekun betul peserta mendengar....



Cara untuk membentuk supaya bebola ikan bulat...tanpa menggunakan mesin..sampai koyak gloves pensyarahnya...


Bagus betul ustaz 2 orang ni...sorang dr IPD Bera sorang lg dr Jab.Perpaduan..


Heehe..seronok tengok orang laki cuba main masak2....






Ni hasil tangan ustaz2 n suri2 disekitar daerah Bera...thanks to Jab.Perpaduan atas kerjasama ini bersama Kolej komuniti Caw.Bera.


Taklimat tentang cara penghasilan naget plak...


Menguli campuran naget menggunakan food processor sebelum di bentuk..


Kiri :Adunan belum cukup sebati... kanan; Adunan naget dimasukkan ke dalam acuan...



Stelah diuli dengan serbuk roti naget di goreng terus....


Heheh..posing ngn cenderamata dr perpaduan atas kerjasama ni....kredit buat Siti Norihan coz dah terlebih capai KPI tahunan induk & cawangan..heheh..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...