Khamis, 10 Februari 2011

MERONG MAHAWANGSA SIAPA BELIAU?

Hari ni aku dok sibuk collect duit budak yang bayar jubah untuk konvo April ni. Dah lama aku x bukak blog ni...blog ni memang kegemaran aku...apa taknya, byk sejarah yang kita x tahu tentang negara kita yang telah ditutup kebenarannya oleh fakta sejarah yang diada2kan oleh orang Barat semasa menjajah negara kita..Kalau korang free kliklah sini..selalu2lah baca post n fakta yang diberi serta bukti2 yang mereka tunjukkan...Rupa2nya Islam lebih dulu sampai sini daripda Agama Hindu.....Baca2lah ek..klik kat sini...


Hari ni aku tertarik dengan post mereka tentang sapa Merong Mahawangsa..korang bezakan sendiri dengan cerita yang kita belajar dalam subjek sejarah dulu...

Sekarang mari kita rungkai dan terangkan tentang tokoh yang hebat ini, seorang Maharaja Melayu, Panglima dan Pendakwah agama Allah yang gagah perkasa. Ianya bukan dari Fantasi orang-orang Barat, tapi Realiti yang sebenarnya tentang siapakah sebenarnya Merong Maha Wangsa ini. Pepatah Melayu ada mengatakan " Tidak kenal maka tidak cinta "


Baginda merupakan pejuang agama Allah yang masyhur dan hidup di tahun 700 masihi. Keluarga baginda merupakan pengikut kuat ajaran Islam Hanif sebelum datangnya Islam Nabi Muhammad s.a.w. yang mengamalkan ajaran Kitab Allah Suhuf milik Nabi Ibrahim a.s. Baginda merupakan cucu kepada Raja China dinasti Tang iaitu Sai Tee Sung yang memeluk Islam di tangan Panglima Besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Saad Bin Abi Waqas r.hu. di tahun 650 masihi. Baginda berketurunan Syeikh Huang Ti dan menetap di bandar kuno Xian. Sebuah kawasan pergunungan yang besar di tengah-tengah China.

Baginda YTM Merong Maha Wangsa merupakan cucu sulung kepada Raja China yang bernama Sai Tee Sung yang mana mereka ini dari darah keturunan Syeikh Huang Tie juga di kenali di dalam penulisan barat dengan nama Shih Huang Ti seorang pengasas empayar pertama China untuk Dinasti Chin. Baginda Shih Huang Ti pula merupakan anak keturunan dari Nabi Allah Raja Iskandar Zulkarnain.

Rekod China tahun 651 masihi mengakui mereka menerima utusan dari Han Mi Mo Moni atau Amirul Mukminin dan di kurun masihi ke 7, Raja China yang bernama Sai Tee Sung telah memeluk Islam di ikuti oleh rakyat baginda. Tapi bagaimanapun majoriti rakyat baginda masih lagi beragama Buddha, seperti kes Raja Delhi Benua Keling seperti Raja Muhammad Aurangzeb beragama Islam tapi majoriti rakyatnya masih beragama Hindu, juga pemerintahan Raja Turki Usmaniyyah tapi majoriti rakyatnya beragama Kristian seperti di Serbia, Poland, Greece dan semenanjung Balkan.

Raja China Sai Tee Sung telah memerintahkan cucu baginda, Yang Teramat Mulia Merong Maha Wangsa ke Gunung Jerai dengan menyerahkan Kertas Kuasa Memerintah di gelar Kedah Atau Kedat. Di dalam bahasa Melayu Siamnya bermakna " Kertas Kuasa Memerintah " di bawah pemantauan Syed Jamal al-Jefri yang pada masa itu mempunyai penempatan besar orang-orang Arab di negara China.

Nama isteri baginda ialah Syarifah Mariam al-Jefri dan telah mendapat arahan dari bapa mertuanya Jamal al-Jefri agar mendirikan kerajaan berdekatan dengan Gunung Jerai yang mempunyai Haikal atau Masjid Kuno milik Yafis putera kepada Nabi Nuh a.s. Yang Teramat Mulia Merong Maha Wangsa telah datang ke Kedah dengan satu gerombolan yang besar bersama isterinya dengan menaiki Kapal Arang dengan Bendera Panji bertulis kalimah syahadah berwarna merah beserta gambar naga berwarna hijau. Mereka mudik di Sungai Bujang dan di sungai inilah yang memberi kepada Nagara Kedah kemasyhuran purbanya sebagai pelabuhan utama di Lautan Hindi.

Semenanjung Melaka ketika itu dan sekarang ini maju kerana berkat atas pengorbanan TYM Merong Maha Wangsa kerana baginda sanggup meninggalkan ayahandanya, kerajaan dan kesenangan duniawi semata-mata untuk menyebarkan Islam di sebelah sini.

Profesor S.Q. Fatimi mengatakan di dalam bukunya " Comes To Malaysia " telah berlaku perpindahan beramai-ramai orang Islam dari China ke Asia Tenggara pada tahun 876 masihi. Mengikut Syed Naquib, tumpuan mereka adalah ke Kedah dan Palembang. Beliau juga berkata penghijrahan mereka ke wilayah lain juga berlaku iaitu ke Champa, Pantai Timur Semenanjung, Brunei dan Kepulauan Jawa Timur untuk membantu perkembangan Islam di kawasan ini.

Baginda YTM Merong Maha Wangsa mendapat arahan khas dari Jamal al-Jefri agar membuat penempatan di bandar kuno milik Phonain, iaitu putera kepada Nabi Allah Raja Iskandar Zulkarnain a.s. Phonain yang di dalam bahasa Melayu Siamnya bermaksud " Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain ". Baginda memiliki banyak bangunan kuno di sekitar Gunung Jerai, Benua Siam atau Indo-China iaitu Kemboja, Laos dan Vietnam.

Oleh itu baginda membuat penempatan yang berpusat di Sungai Mas, Merbuk, Kedah betul-betul berdekatan dengan laut dan Gunung Jerai. YTM Merong Maha Wangsa dan permaisuri baginda, Syarifah Jamal ai-Jefri bersungguh-sungguh menunaikan amanat Wali Allah Abdal Jamal al-Jefri menyebarkan Islam di Nusantara ini telah di sambung oleh anak-anak sehingga ke zaman Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah.

Cucu baginda Sultan Saidina Ali Jamalul Alam Badrul Munir di tahun hirah 220 atau 812 masihi berjaya menghasilkan Kitab Undang-Undang Kedah. Kitab ini di guna pakai oleh semua jajahan Kedah di Nusantara contohnya pembayaran ufti berupa Bunga Emas dan Warna Kuning oleh semua Raja-Raja Daerah baginda. Baginda YTM Merong Maha Wangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan mula menyebar Islam dengan tekunnya selepas di bumi bertuah ini Kedah Pasai Ma.

Oleh kerana itu, keturunan baginda YTM Merong Maha Wangsa di beri ufti Bunga Perak dan Bunga Emas sebagai tanda taat setia oleh Raja-Raja Daerah walau di mana sahaja Maharaja Melayu ini berada, samada di Ayuthia, Kota Star, Beruas Gangga Nagara, Albani Australia, Acheh, Kemboja Cempaka Sari, Bangkok Kenchana Puri, Legeh, Brunei, Amanillah, Toung Oo Tenang Sari dan lain-lain.

Tetapi di dalam penulisan Barat mengatakan kononnya Bunga Perak dan Emas itu di hantar kepada kerajaan Budha Sukuthai di Bangkok. Padahal kerajaan Sukuthai ini di buka oleh anakanda YTM Merong Maha Wangsa yang bernama Merong Maha Pudiset.

Konsep kesetiaan yang tidak berbelah bagi di kalangan orang-orang Melayu terhadap keturunan Merong ini boleh di anggap sebagai salah satu faktor utama perluasan Islam di Nusantara ini.

Profesor A.H. Johns mengatakan " Bahawa rakyat memeluk Islam kerana mencontohi Sultan mereka ". YTM Merong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Shah I juga merupakan ipar kepada Syarifah Mumtaz al-Jefri yang juga isteri kepada Raja Soka India. Baginda YTM Merong Maha Wangsa berjaya mengislamkan Benua India dengan cara mengislamkan rajanya yang sebelum ini merupakan penganut agama Hindu.

Selanjutnya korang bacalah dekat blog tersebut..penatlah plak nak copy paste..panjang sangat..yg pasti korang mesti suka dengan sejarah & bukti yg di paparkan...Advise aku baca dari awal baru korang faham post2 yang latest ni...

2 ulasan:

Pewaris Merong Mahawangsa berkata...

Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa

Aku pengembara berkata...

berguna untuk assignment saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...