Rabu, 20 Mei 2009

POSISI TIDUR SEMASA HAMIL

#1: Cara yang paling selesa & selalu di amalkan oleh ibu2 termasuk saya.
#2: Bantuan daripada bantal yang sesuai penting
#3: Ilustrasi posisi tidur yang bagus untuk mengandung.
Saya sentiasa risau tentang segala hal semasa hamil ni...termasuklah cara untuk tidur.Maklumlah,seorang ibu amat mementingkan apa yang terbaik untuk anak dia.Baru saya faham perasaan ummi saya bila dia sentiasa risau pasal saya dari kecik sampailah nak bergelar seorang ibu sekarang ni...Itulah kasih ibu..."kasih ibu sampai ke mati"
Soal tidurpun saya risau,takut2 cara tidur saya yang salah boleh beri effect pada baby saya. Ini sedikit tips yang saya nak kongsi bersama2 ibu2 yang mempunyai tahap kerisauan yang tinggi macam saya.hehhe! Ini info yang saya perolehi dari satu laman web yang saya baca. Harap dapat membantu anda semua. Posisi Tidur Semasa Hamil Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
#1: Saiz perut yang semakin besar #2: Sakit belakang #3: Pedih ulu hati #4: Sukar bernafas #5: Insomnia
Posisi yang terbaik
#1: Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi. #2: Bengkokkan kaki anda. #3: Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda. #4: Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal. #5: Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda(daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.
Posisi yang harus dielakkan
#1: Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah:
#1: sakit belakang,
#2: pernafasan,
#3: penghadaman,
#4: sembelit,
#5: pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
#2: Tidur meniarap
:-) Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
P/S: Sila bukak web ni.....http://ratuhati.com/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...