Khamis, 1 April 2010

Aurat Muslimah bersama Wanita Bukan Islam


Dasar penentuan hukum berkaitan aurat ialah:-

surah An-Nur: 30 - 31.

Maksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Allah tidak menyebut lafaz "an-nisaa" bermaksud perempuan-perempuan, tetapi disebut "nisaaihinna" bermaksud
perempuan-perempuan mereka.

Sekiranya digunakan lafaz "an-nisaa" nescaya halallah bagi perempuan mendedahkan aurat dan menzahirkan perhiasan
kepada semua jenis perempuan; Islam, kafir, solehah atau fasik.

Bila digunakan lafaz "nisaaihinna" bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup
tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulamak.

Pendapat 1: Maksud "nisaaihinna" ialah perempuan Islam sahaja. Ini ialah pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij.

Pendapat 2: Maksud "nisaaihinna" ialah semua perempuan. Pendapat ini adalah paling sahih di sisi Imam Fakhrurrazi.

Pendapat 3: Maksud "nisaaihinna" ialah perempuan yang mereka kenali sama ada Islam atau bukan Islam. Oleh itu,
perempuan yang tidak diketahui hati budi, akhlak dan cara hidup mereka tidak termasuk dalam "nisaaihinna", tidak boleh
mendedahkan aurat dan menzahirkan perhiasan di hadapan mereka. Apa yang jelas, aurat atau tidak bukanlah dinilai
pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam
mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam.
Bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Wajib menutup
aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana
bergaul dengan lelaki bukan muhrim.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...