AYAM KUKUS HALIA
Bahan-Bahan: Bahan - bahan:-
1 ekor ayam (di potong mengikut
citarasa anda)
3 batang serai (dititik)
Sos tiram (secukupnya untuk dilumurkan pada ayam)
Garam secukup rasa
Bahan dikisar bersama:-
½ labu bawang putih
50gm halia muda
Cara: 1. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan sos tiram dan garam secukupnya. Kemudian letakkan di dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
2. Letakkan serai pada ayam dengan cara diselang-selikan cara susunan supaya bau serai serata. Kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Selepas itu bolehlah dikukus selama lebih kurang 2 jam atau lebih mengikut keadaan ayam dan citarasa masing - masing. Tambahan: 1. Bagi saya, selalunya saya mengukus lebih lama sehingga isi ayam lerai sedikit dari tulangnya. Selamat mencuba.
2. Semasa mengisar bahan, jgn terlalu banyak air.
3. Masakan ini tidak perlu ditambahkan dengan air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan