Wajah2 Aisyah di tuju khas buat kakak tercinta yang jauh berada di Kuching...yg teringin nak tgok wajah Aulia Aisyah latest...semoga terubat rasa rindu dia nk balik kampung...di samping itu...sempena Ramadhan & Aidilfitri yang bakal menjelma Saya Siti Norihan adik kepada Siti Norina Bt Mohd Alias ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari kakak ku kerana salah faham yang terjadi antara kita baru2 ni...mungkin kerana salah maklumat kita dah bergaduh...biasalah adik beradik..kalau x gaduh xder manisnyer...apa2pun,buat kakak tercinta aku ingin kau tahu walau apapun terjadi antara kita...dari kecik sampai sekarang sayangku tetap sama dari dulu sampai bila2 walau tidak di zahirkan dengan perbuatan yang nyata...
Maafkan adikmu yang banyak melakukan kesilapan...sesungguhnya aku mengagumi mu dalam diam...pengorbananmu untuk keluarga amatlah besar..kau idolaku..Moga kasih sayang kita kekal berpanjangan dr dulu sampai bila2...walaupun satu hari nanti bila ibu & bapa telah tiada...
Maafkan aku....salam peluk cium buat Alya & Aina
Ni gambar masa dia kt dalam kereta..nilah yang paling latest..ada video terbaru..tapi berat nak upload..
Wajah Aisyah masa mula2 saya n husband balik nak ambik dia kt kelantan setelah 2 minggu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan