Begitu cepat masa berlalu..skarang dah hari ke 57.tinggal 3 hari je lagi nk cukup 60 hari...dah lama x menulis tentang perkembangan Aulia’ & ibu. Dah hampir 5 hari Aulia’try dok rumah pengasuh.Pertama kali gi letak dia kt rumah Kak Ina memang rasa sebak nak nangis.Ibu mana tahan nak tinggalkan anak.Mungkin itulah yang umi rasa masa nak tinggalkan saya masa mula2 blajar kt UPM dulu. Maklumlah x pernah berpisah...
Aulia’ memang OK dok ngan orang.Pandai bawak diri.X nangispun.Kak Ina ngn family memang mengalu-alukan kedatangan baby kt rumah tu sbb semua anak2 dia dah besar. Semua nak kan adik. Semua sayangkan Aulia’. Kak Ina bahasakan diri Ummi ngn Aulia’. Memang dia kelihatan penyayang.Bertuah saya sbb x perlu nak risaukan pasal Aulia’ lg bila dah start keje nanti. Keje menanti banyak kt opis sana. Jumaat ni dah start keje.Ruginya...sbb staf yang uruskan cuti tu silap kira cuti beranak saya..
Ni sedikit cerita pasal Aulia’ plak.
Masa kt rumah k.Ina@ Ummi dia, dia x nangis plak.tidor je sepanjang hari. Actually aritu niat nak letak nursery,tp lpas dengar citer mcm2 pasal nursery tu terus cari org..letak rumah org. Nasib baik Kak Ida tolong.Dia memang mesra rakyat,leh jd wakil rakyat kt taman ni...esoknya terus ada orang sanggup jaga Aulia’ Aisyah.Risau gak,kalau xder memang kena pos balik KAMPUNG lah...sbb saya ngn suami kena g Kursus.Saya kena g Induksi,suami plak kena g exam yg bawah JAKIM.Kami dok risau cmne ngn anak nanti.
Lepas tok mi Aulia’ (my ummi) balik Aulia nangis x berenti almost 3 days.Bkn nangis non stop sampai 3 hari..matilah camtu..tapi maksudnya disini menangis lebih teruk dari keadaan biasa..sampai Tok mi nya satu lagi ( mami kpd Abi Aulia’) x tahu nak buat apa.Kami berdua lagi panik..kalau tok mi yang satu lg ni balik plak nanti camne????Aulia’ nangis x berenti memang kami x tahu nk watperlah..Tok minya yang satu ni plak nak balik Jumaat 31/8/09 ngan anak perempuannya yg ke-2.. Bonda Asnee (kakak kpd Abi Aulia’), dia bahasakan dirinya “bonda” kt Aulia’. Tapi sebelum tu kami plan nk g makan durian rumah adik kpd Tok Mi Aulia’ kt Raub.hehheh...Tokku Mid Aulia’ ngn anak2 terunanya tinggal kt Raub.
Ni kami bergambar masa kt Raub.Kami bermalam kt sana.Sabtu 1/Ogos/2009
Ni plak diari bergambar masa perjalanan datang ke Mentakab ni. Xdernya nak tulis mcm hari tu lagi...nanti ada plak insan2 yang membaca blog ni melenting. Family saya & Mertua datag hantar.Sambil jalan2....Maklumlah bukan selalu jalan2 sambil makan angin.Mau kembung perut tu.Kami konvoi dua buah kenderaan.Yang paling seronok dapat jalan2 ni my niece Nurul Iman yang comel.si tomboy kecil...Rindu kt dia yang comel...dia byk temankan Aulia’ masa kt rumah dulu...kacau tu ada gak,skali skala...hehheh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan