Jumaat, 17 Julai 2009

DAY 37

....Assamualaikum semua teman2ku..
*Lama x blogging…maklumlah keadaan x mengizinkan semenjak 2 menjak ni…Hari ni sebenarnya dah hari ke 37 berpantang..ni pun saja je blogging sbb Aulia tidor awal..tidor ngn tok mi & tok bat dia kt dlm bilik…Alya adik aku plak bru je selesai membalas semua komen pakwe2 dia yg Maha byk tu kt frenster…(haha..gurau je Aya..jgn mrh)..
*Tenet ni selalu je hang & berfungsi dengan teramat slow…jd malas nk blogging..kdg nk chat ngn hubby kt sanapun x dpt..skrg ni dia gi Kursus 4 10 days kt Jelebu under JAKIM. Bz sikit ngn LDK & segala ceramah. Kena tadah telinga jelah dia kt sana.Tp yg pasti kami 2 beranak kt sini yakin hati dia x sabar2 nk jemput kami pulang next week. Pejam celik-pejam celik cpt masa berlalu. Dah nk tamat tempoh berpantang…kejepun x sabar2 menanti saya kt opis sana. Studentpun start orientasi next week. Selamat berorientasilah kpd student2 baru ku. Semoga menjadi pelajar yg baik.huhuhu…
Sedikit ringkasan kpd perkembangan Aulia’
13/7/09
*Aulia’ & mom gi wat check up kt klinik Wakaf Che Yeh berat Aulia’ dah naik 5kg. Beza selang berapa hari je dr tarikh dia gi berkhatan kt klinik Perdana masa post yg lepas. Yang paling x leh percaya ibu Aulia’ ni pun turun timbangan dia.hehhehh…jgn jeles kwn2 ku. masa Aisyah berkhatan tu, DR timbang berat saya 52kg tapi hari ni masa misi timbang 49.8Kg. Mula2 x percaya tp bila timbang skali lg kt tempat lainpun 49kg. Cpat betul berat turunkan?Nampaknya lg ringan dr sebelum mengandung..biasanya 51kg.hehehh...!
15/7/09
* 2 hari lepas, kalau x silap hari ke 35 Aulia’ sakit perut. Asyik meragam je…nangis, sakit perut nak membuang air besar. Tiap kali nk berak je mesti dia nangis kuat..memulas perut kot. Mami ckp dia kena penyakit SARAT, penyakit di kalangan kanak2. Masalah membuang air besar…mcm cirit birit or memulas perutlah kalau kita kalangan org dewasa. Aulia’ merengek all da time sedih hati saya mendengar rintihan dia…dah lar..tiap kali nangis mesti dia pandang mata saya…seolah2 nak bagitau yg dia sakit. Menangis jugalah ibunya ni…sedih tgok keadaan anak. Akhirnya atok dia gi beli ubat kt kedai cina. Kedai tu dikenali kt Kelantan..sebut je “Kedai Cina Cabang” mesti org kenal. Tokey herba berpengaruh kt Kelantan. Dia bg ubat serbuk utk dicampur dengan susu baby sebanyak 3X sari selama 3 hari..serta minyak panas untuk sapu kt perut. Tengah malam baru Aulia’ x merengek.
17/7/09
#1: Hari ke 37, hari nilah…Aulia’ meragam lg selepas 2 hari guna ubt tu. Apa x nyer..lepas minum ubt tu dia terus x berak-berak 2 hari. Kami plak risau sbb dia kencing je x berak langsung.. susah rupanya nk jaga babykan..?sbb dia xleh ckp dia sakit apa. Yg dia tahu Cuma menangis je. Sekarang ni dia menangis sbb susah berak lak kot..kami ingt nk bawak dia g klinik. Abi dia plak jumaat ni baru habis kursus.
#2: Selain tu, hari ni 17/7/09 adalah hari kami dua beranak di “pelepas”. Ntahlah camne nk terangkan..tp budaya kami kt Kelantan, setiap wanita yg beranak akan pergi jumpa bidan utk di lepaskan..ini bertujuan utk elak gangguan2 serta badi masa beranak tu. Bidan akan baca ayat2 tertentu serta ayat Quran mintak dijauhkan dari malapetaka & segala yg x diingini..Ibu & anak akan dilalukan dibawah gelung benang mentah, ditabur dengan beras, di calitkan dengan bedak sejuk kt dahi serta pengeras sebanyak 20sen. Saya x pasti kt tempat lain ada amalkan ke x…mungkin ada tp panggilannye je berbeza.
#3: Satu lagi hari ni saya dpt kunjungan hormat dr kawan lama.. ROSMAIDA Muhammad serta suami KAMAL serta 2 org putri beliau Irdina sephia & Insyirah serta yg bakal keluar dlm perut 4 bulan.hehhehh…best jer tgok kwn baik kiter bawak anak..tiba2 je rasa geli hati sbb teringat zaman remaja dulu nakal2.Dialah yg paling nakal dikalangan kami H 205. Tapi anak sulung dia dah 4 tahun daa…saya punyer baru je keluar…jeles plak ngn teman2 ni. Okey itu sahaja celoteh utk hari ni..panjanglah plak rasanya bila baca balik. Apa2pun xder paksaan utk membacanya.. kalau rasa bosan x payah bacalah..hehheh..xder gambar utk di lampir bersama

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...