Khamis, 14 Mei 2009

TARIKH LAHIR

PERSONALITI ANDA DARI KIRAAN TARIKH LAHIR
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggalContoh:12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 +0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaikmereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,Requel Welach
2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatanadalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjayadi dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubunganyang terjalin itu tidak serasi. -Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajaruntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaansecara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President BillClinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,WolfgangAmadeusMozart.
3. Ceria - Mereka sangat kreatif, sosiol, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda,AnnLanders, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. -Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis - Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) . - Mereka perlukan kepelbagaian dantidak suka disekat.-Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluanguntuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.-Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti danmendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secaraserius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, GoldieHawn
7. Intelektual -Golonganini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, danmereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.-Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadipenyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiribahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, BarbraStreisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, ArethaFranklin, Nostrodamus.
9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. -Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untukberkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yangdianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. -Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderitaakibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: AlbertSchweitzer,Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, ElvisPresley.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...