Jumaat, 19 Februari 2010

Gathering Halaqah Halaqian Kelantan 1

Lepas majlis kami 3 beranak gi lepak kat KB Mall hehhe....

Dengan Hada yang cantik....bakal Guru!!!

Bukan main suka lagi yer?

Semua x sabar nak membelasah apa yang ada kat depan...

Ustz.Syah, S.adib & 2 orang jejaka Fatah & Khai

Mesra walau baru kenal...

Khai & Fatah...

Nor_207,emane,hada,


Sufi dan hanum yang baik hati...


Keibuan yang mantop!!!...


Bila lagi ni??????




Pasangan pengantin baru....



Kemesraan terasa utuh..

Ikan keli berempah tu memang sodap!!!

Wah bestnya ulam-ulaman dan budu+belacan..hehhe..


Hidangan yang dihidangkan pada hari kejadian...

MESYUARAT FASILITATOR JPKK KPTM (KUANTAN)


Ni sedikit cerita kami sekeluarga berjalan2 di sekitar Kuantan semasa aku kena hadir meeting Fasi Bank Soalan Sains kat KK Kuantan.pada 3 - 5hb Feb 2010 baru2 ni...terpaksalah Abi bercuti datang ke sini semata-mata untuk menjaga Aisyah.....sedikit gambar bersama2 insan2 tersayang disana sini...huhu...harap hidup ini bertambah ceria dengan pelbagai pengalaman dan dugaan yang hadir...

Ni masa dia geram dekat mok iti sebab nak ambik dia....

Meraung bukan main lagi....

Candid....candid...

Bersama adikku si Mok Iti....

kalau bab2 posing ni memang no 1 si Aisyah niii...

Ada promosi DG kat sana ni...Ecah curi belon wat balik heheh...

Abi yang manis..hehhe...

Muka nakal Aulia' Aisyah...

Senyum jgn x senyum...

Ni baju yang dihadiahkan oleh Mok Iti untuk ecah...tq...so much...dari Ecah!!!

Mok Iti dengan ecah dekat Teluk Cempedak...invited by seseorang utk kenal seseorang hehheh...

Ni dengan seseorang yang bermakna kat KK.Kuantan..

Ibunya penat..anaknya asyik tersengih je x kira masa...


Pucat muka ibu...

Sementara menunggu ibu habis meeting Ecah dating ngan Abi...


Galeri JPSH KK Kuantan..

Ecah dah start nangis...Ecah ni jinak2 merpati..kalau jauh bukan main lagi gelak..bila orang ambik nangis macam nak selak...

Mok Iti bergambar dengan Ecah sebab ecah dah nak balik...

Bulat matanya...

Cantik pemandangan di TC ni...

Habis kena bantai....

Aisyah kalau makan aiskrim Mc D ni memang suka...x padan dengan kecik..makan sundae walaupun hari rabu!!huhu...

Pucat je muka ibu sebab penat..habis meeting terus bawak Aisyah datang jalan2 kat Teluk Cempedak sebelum balik ke bukit bukau Mentakab

Rabu, 10 Februari 2010

MALASNYA...

Semenjak dua menjak ni malas sangat nak berblog..semangat tu dah tak macam dulu...tak ada apa yang menarik rasanya..tapi kadang2 nak jugak menjengah blog ni..bukan apa..rasa macam tak ada apa lagi yang menarik untuk dikongsi sebab masa yang terlalu pantas dan sukar dikejar...akupun dah tak tahu apa identiti blog aku lepas tukar layout ni..dulu ingat nak buat blog untuk ibu-ibu berkongsi petua dan pendapat tapi bile dah banyak sangat kekangan terutamanya bab mas ni aku kadang2 postkan gambar2 dan sedikit catatan perkembangan terkini anak n family aku je...
Bila ada sedikit kelapangan aku baca balik apa yang aku tulis macam diari bergambar n jurnal je blog aku ni...malaslah..takut orang kata syok sendiri plak aku ni...padahal bukan itu maksud sebenar aku...tapi masa yang mencemburui aku sampai tak sempat nak menaip-naip..tu yang gambarpun tangkap muat je supaya ada jugak perkembangan.. Manalah tahu dalam diam aku ada peminat tersendiri..hehehh...silent readers aku yang mengikuti perkembangan aku n keluarga dari kejauhan ke??huhu..perasanlah plak!!!padahal tak ada sapapun baca blog aku..hehheeh....dulu mungkin ada sebab blog aku pernah bikin gimik murahan hehehh...sampai stat counters aku cecah ribu..huhu..pastu lepas aku rebranding aku punyer blog...dengan stat2 counters skali hilang hehhe..kena buat baru.. Kira blog aku yang tak beridentiti ni aku letakkan dalam kelas kisah hiduplah..berkongsi pengalaman hidup sebagai manusia ciptaan Allah.Sebagai perempuan,sebagai ibu,sebagai isteri,sebagai kawan,sebagai kakak,sebagai segala2nya...diharap perkongsian kisah hidup kami sekeluarga ini di terima sesiapa sahaja yang termenjengah blog aku ni....aku tahu ramai yang baca blog aku sebab diorang search pasal petua2 mengandung...bila aku trace ada je yang bukak tentang topik ni...at least apa yang aku tahu aku kongsi bersama tetamu maya ni....terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang tak seberapa ini....
TQTQTQTQTQTQTQTQTQ.....
Ni gambar yang aku nak kongsi masa gi KUSZA yang agak hampeh...hampeh bukan apa...hampeh dengan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan terhadap suami aku...kesian dia...dia ke sana atas urusan nak dapatkan kandungan modul bagi pengecualian subjek PJJ UPM beliau...dari Temerloh kami ke sana lebih kurang 6 jam drive...sampai sana diorang layan tak layan je...gi ke pensyarah ni pensyarah ni kata jumpa pensyarah tuuu....jumpa pensyarah tuuu suruh jumpa KJ plak...nak jumpa KJ,KJ kata ada meeting lah apalah..macam mengelak...husband aku tunggu sampai kul 5 diorang habis meeting...lepas habis meeting dengan keadaan layan tak layan tengok matapun tak dia cakap "saya bz...ada kelas" tanpa tanya sepatahpun....dia ingat husband aku tu student dia yang cuba merayu nak naik markah ker????kesian sangat..last2 dia tinggal laki aku ngan kawan dia gitu je....sedih plak aku rasa untuk dia..dari jauh kami datang...kemudian kami drive balik 6 jam kemudian baru kami sampai...aku rasa terkilan sangat sebab seorang ustaz tak sepatutnya layan tetamu macam tu...dah lar jawatan sebagai ketua jabatan...
Ni Abi snap gambar aku masa nak naik kereta..depan hostel apa ntah...hostel perempuan..
Ami yang tak jadi nangis.....baik budak ni..tapi nakal sikit-sikit hehhe...biasalah budak..mana ada tak nakal...diorangkan tengah nak belajar..
Sempat Ami posing bila Cik Yang dia nak ambik gambar padahal masa ni dia dah nak start nangis sebab teringat kat Ma dia..heheh...kelakar..!!!!
Ni Abi Aisyah tengah drive sambil borak ngan kawannya Palishah..yang sanggup teman dia gi jumpa Lecturer2 lama diorang...ntah kenal lagi atau tidak..buadak kat sebelah ni anak Huda..ofis mate aku..si Shahmi...aku bawak sebab Huda ada kelas kat Uitm Shah Alam...dia buat e-PJJ..
Ni masjid KUSZA masa aku snap nak keluar...rindu plak kat sini...dulu selalu lalu sini..
Ni masa nak keluar dari KUSZA...

Jumaat, 5 Februari 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W Ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tolong sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh... Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman. (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa. (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan. Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(......Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. PESANAN HAMBA INI (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW. (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka. (c) Bersembahyangla......h (d) berzakat - jangan ditinggalkan. (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan. (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Saya dah banyak mendapat emel yang sebegini namun kerana tak percaya atau takut tapi saya rasa penting untuk saya sebagai sesama umat Islam untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain....sapa yang terbaca maklumat ini...sama-samalah kita ingat-mengingati orang kita yang semakin lupa pada agama....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...