Jumaat, 4 Mac 2011

INSOMNIA

Sekarang Jam menunjukkan pukul 2.07 pagi.Aku masih x dapat lelapkan mata.mungkin sebab petang tadi aku tido nyenyak sangat kot...bangun je sambung wat table modular yang diorang nak bentangkan esok..Selesai kerja modular je aku menggodek2 reka bentuk dalaman rumah  untuk aku gunakan idea tu untuk hias rumah..teringin sangat nak g kat IKEA yang di agung2kan semua orang tu...bukan apa nak beli barang perhiasan rumah dengan harga yang murah je...nanti kalau IDEA reka hias rumah dah siap akan aku kongsikan IDEA tu sama2 nanti.....Sekarang ni nak design dalaman kena kira faktor perabot sedia ada jugak....xkan nak beli perabot baru..perabot yang ada sekarang warnanya cream coklat & hitam...dinding plak warna purple pink..selain itu aku juga kena pikir dari sudut keluasan rumah...memandangkan rumah kat situ agak memanjang maka aku cuba mencari divider yan sesuai dan konsep penggunaan divider tersebut dalam menata hias ruang tamu...

Ni antara contoh divider yang siap dipasang semasa ubah suai rumah...yang ni sebijik macam rumah kakak ipar aku..cantik sangat...Yang macam ni x di jual di kedai perabot...tapi aku dah survei hari tu..memang ada yang aku berkenan...tungguuuu...

 Kalaulah bilik tido aku camni..tido x bangunlah jawabnya...ni antara tujuan penggunaan divider...


Divider yang ni lagi aku suka...natural je...harga diapun agak natural..heheh..$1243.94 dengan shipping cost free...korang tengoklah kat SINI


1 lagi aku tengah pikir nak desingn mini library aku kat dapur tu camne...almari buku dah ada cuma nak design kan ruang bacaan je...maklumlah Abinya suka membaca..aku plak suka beli buku....

x sabar rasanya nak balik...kerinduan terhadap anak dan suami x terbendung lagi...miss her n miss him so much.....Abipun dah kerap sangat dah hantar msg rindu..mungkin rindu sgt tu..maklumlah agak lama x jumpa...Abi g kursus last 2 weeks....Abi balik ibu plak gi kursus...hermm....anak terbiar je dok ngan pengasuh..kesian sangat kat dia...

K.ju kat sebelah begitu lena sekali..aku akan cuba pujuk mata aku untuk tido jap lagi dengan buku k.ju..biasanya mata aku laju je lelap bila aku pegang buku..hehhe..kejap lagi kita cuba sama2...Dah agak lama rasanya tak beblog kerana terlampau sibuk..nanti kalau ada kelapangan akan aku kongsikan peristiwa yang berlaku untuk 2 minggu yang lepas..antaranya program "Kampungku Komuniti" yang berlangsung di Kerdau baru2 ni..Bayangkan aku ditugaskan dengan Aimi untuk melanskapkan masjid Desa Murni di Kerdau dalam masa 2 hari..hari ke-3 Dato' Saifudin nak rasmikan...haru biru rasa dunia masa tu..ehhe..dah lah lama dah tinggal bidang landskap aku ni....dahlah semua wartawan datang..Astro,RTM,TV Hijrah dan lain2 kecuali TV3. Segala paper masuk pasal hari kejadian cuma muka aku je yang tak masuk..ehhe..xperlah..bukan nk glamorpun...Begiu cepat masa berjalan sampai tak terkejar rasanya..
Eh..jauh plak melalutnya..ehheh..ni nak kongsi sikit tentang penyakit insomnia..maklumlah semenjak dok di hotel ni aku asyik x dapat tido je....

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

2 ulasan:

Cik As berkata...

Salam
nak tanya, berapa agaknya kos kalau nak buat divider ruang tamu seperti yg gambar pertama, sya teringin nak buat untuk rumah cuma masalahnya tak tahu nak survey di mana.. di kitchen kabinet ke :)

@deq He berkata...

erm..yang tu kena tanya contactor interior design..kakak ipar saya husband dia wat sendiri sbb hubby dia contractor..kalau I jumpa dia nnti I cuba tanya costnyer ye cik as..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...