Sabtu, 23 Mei 2009

Rama2 Dan Bunga

Check out this SlideShare Presentation:


P/S: Sebenarnya slide ni saya ambik dari kawan saya Marina bt Mustafa....masa kami buat DPLI sama2 kt UPM dulu..masa tu ada kelas micro teaching..disebabkan saya kebosanan teramat sangat maka saya godek2 thumbdrive dia..terjumpalah 2 slide presentation yang betul2 membuatkan ati kecil ni tersentuh...Maha Besar Allah! Dia yang pilih saya untuk merasai sentuhan tersebut...rasa begitu kerdil sekali kita pada pandangan Allah s.w.t...
* Semasa di Kolej Komuniti Masjid Tanah saya masukkan slide ni untuk dikongsi dalam slideshare presentation bersama semua orang yang berminat.terutamanya student saya yang sentiasa mengakses nota secara online dalam slideshare presentation niiii...sebenarnya kedua2 presentation ni ada lagu sebagai background...x tahu naper skarang lagu tersebut x keluar...Kalau anda dapat hayati kata-kata & lagu yang digunakan untuk kedua2 presentation niiii...saya percaya anda semua juga turut menangis...

Mymom1

Check out this SlideShare Presentation:

Jumaat, 22 Mei 2009

SENAMAN IBU MENGANDUNG

Senaman Pranatal
Senaman pranatal adalah senaman semasa mengandung. Ia disyorkan bersenam semasa tempoh mengandung tetapi kurangkan bilangan senaman bilamana kandungan anda membesar.
i) Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak.
Meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks bahu anda.
ii) Duduk tegak dengan tulang belakang yang disandarkan.Gunakan bantal kecil untuk mengampu belakang anda. Duduk diatas kerusi penyandar yang tinggi bagi menyokong belakang andaKedua dua peha hendaklah diatas kerusi, dan kedua dua kaki anda direhatkan diatas lantai yang rata, jika kamu duduk dalam keadaan yang lama, pusingkan bahu dalam satu arah kemudian berlawanan arah untuk melegakan tegangan
iii) Berbaring sendalkan bantal dibawah kedua peha anda bagi mendapatkan lebih keselesaan.

iv) Mengiring dengan dua bantal dibawah kepala dan satu bantal dibawah dikepit antara lutut dan peha bagi mengelakkan kejangan sacroiliac joint ( sendi peha ) postur begini sesuai bagi anda diperingkat akhir mengandung.

v) Mengangkat bebanandengan keadaan yang selamat iaitu membengkokan lutut anda untuk mengangkat, bagi mengekalkan graviti (pusat daya tarikan bumi)

Garis panduan program senaman untuk mempastikan keselamatan dan kesihatan semasa mengandung.

Yang perlu dibuat

* Jika anda telah mengikuti program senaman yang tetap sebelum anda mengandung, kekalkan program tersebut kesatu tahap semasa tempoh mengandung.
* Senaman tidak akan menyebabkan risiko keguguran.
* Jika anda baru memulakan senaman, mulakan dengan perlahan-lahan dan berhati hati agar tidak membebankan diri anda.
* Fahami kemampuan diri anda, elakkan unsur persaingan.
* Melakukan senaman dengan tetap sekurang kurang nya 3 kali seminggu adalah selamat daripada melakukan aktiviti senaman sekali sekala yang mendadak.
* Berhati-hati 'warm up' perlu mendahului latihan-latihan bertenaga yang mesti diikuti - 'Cooling down' atau penurunan yang beransur-ansur.
* Berhati hati untuk memanaskan badan kemudian diikuti dengan senaman yang bertenaga dan diikuti pula dengan menurunkan aktiviti -aktiviti secara perlahan lahan.
* Minum banyak air dan kerap berehat
* Mengawal berat badan patut ditekankan bagi merperbaiki otot otot bahagian atas badan dan bahagian perut.dan regangan sebelum dan selepas setiap senaman.
* Makan makanan berkhasiat termasuk makan banyak buah buahan, sayuran dan karbohidrat kompleks.
Pekara yang dilarang

* Elakkan aktiviti yang menyentap, melambung-lambung dan gerakan-gerakan tangkas.
* Jangan sekali kali melakukan senaman yang mengakibatkan kepenatan yang melampau atau sesak nafas.Ini menandakan anda dan janin anda tidak mendapat bekalan oksigen yang diperlukan.
* Elakkan melakukan senaman dalam cuaca yang sangat panas.
* Bilangan denyutan jantung ibu tidak melebihi 140/ seminit dan senaman yang bertenaga tidak melebihi 15minit.
* Elakkan tanah yang tidak rata dan berbukit bukit semasa aktiviti berlari atau berbasikal.
* Elakkan sukan lasak.
* Elakkan mengangkat bebanan di atas kepala dan bebanan yang menyebabkan tegangan otot dibahagian bawah belakang.
* Jangan membengkokan sendi-sendi secara berlebihan.
* Hentikan senaman dengan segera jika anda mengalami tanda tanda berikut:
  1. Sakit dada,
  2. Perdarahan dari faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban,
  3. Kabur penglihatan, pening, dan pitam,
  4. Denyutan jantung tidak tetap,
  5. Bertambah bengkak dikaki, tangan dan buku lali
  6. Perubahan suhu badan yang mendadak.
* Semasa trimester kedua dan ketiga elakkan senaman berbaring rata dilantai yang boleh mengakibatkan kurang bekalan darah ke rahim anda.


Senaman untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung.


Dibawah ini adalah senaman mudah untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung:


Melutut seperti kedudukan merangkak dengan meluruskan bahagian belakang.
  1. Bayangkan anda sedang mengimbangi sebuah dulang dibelakang anda.
  2. Jungkitkan dulang dengan menguncupkan otot dibahagian abdomen (perut), dan tolakkan sedikit bahagian belakang keatas.
  3. Rata semula bahagian belakang, dan ulangi sehingga 6 hingga 8 kali.
  4. Kekalkan kedudukan untuk 5 saat



Pusingkan setiap bahu kehadapan 5 kali dan kebelakang 5 kali.


* Pakai coli yang mempunyai sokongan yang baik.




Pusingkan bahu ke belakang & kedepan.

Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, tarik lutut kanan anda perlahan lahan ke dada, ulangi gerakan yang sama untuk lutut kiri anda.



Baring melentang dengan membengkokan kedua dua lutut dan kedua dua tapak kaki diatas lantai, dengan mengetatkan bahagian perut serta menolakkan kebawah sehingga bahagian belakang anda rapat ke lantai..




APA YG IBU2 PERLU BUAT SEMASA MENGANDUNG

#1; Aktiviti rutin bg tiap kali lawatan: Menimbang berat badan bagi mengetahui perkembangan berat badan ibu & bayi.Tapi hati2...kalau naik melebih2 tiap bulan maka kena minum air gula...eee...x sedap! Nak muntah!

#2: Biasanya kalau klinik kerajaan kerja ni nurse yang buat..mengukur saiz perut dengan pita pengukur bagi mengetahui usia kandungan yang ke berapa mingu....Kadang2 sakit gak bila ditekan.Kalau dapat nurse yang ganazzz ler...

#3: Biasanya checkup yang ni akan dibuat semasa kandungan berusia 7 bulan bg mengetahui jantina.Tapi kalau check kt swasta awk semua boleh check sekerap mungkin bg mengetahui keadaan ank awk kt dalam tu...mcm sy...servis ni biasanya RM30 tiap kali scan.X merbahayapun jika dilakukan kerap.Mengikut kat DR laarrrr....


.: Persediaan Semasa Mengandung :.

* Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil
(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)

Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.
#1: Mengesan penyakit tersembunyi
#2: Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
#3: Mengetahui jenis darah (blood group)
#4: Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
#5: Mengesan antigen dan antibodi ibu

Mengesan Penyakit Tersembuyi:
1. Hepatitis B
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan.
Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:
1.Deman selsema
2.Keletihan,
3.Lemah anggota badan,
4. Sakit sendi atau otot serta sakit kepala
5. Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
6. Mual, muntah-muntah dan cirit birit
7. Kekuningan pada kulit atau mata
8. Bengkak pada bahagian abdomen
9. Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap
10. Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.

Cara ia merebak:

1.Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
2.Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
3.Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.
2. AIDS (HIV)

AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:
#1: Hubungan seksual
#2: Hubungan homoseksual
#3: Berkongsi jarum suntikan
#4: Pemindahan darah atau plasma

Gejala AIDS:


1. Berat badan menurun
2. Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
3. Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru
Rawatan:
Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.
3. SIFLIS


Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL.
Cara ia merebak:


1. Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
2. Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
3. Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi
4. Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu.
5. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.

Rawatan:
Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.
4. Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)
1. Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya.
2. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain.
3. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.
5. Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)
1. Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negatif.
2. Darah positif dan negatif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan.
3. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.

6. Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)
1. Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan.
2. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga.
3. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan.
Tanda-tanda:
1. Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
2. Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
3. Sering pitam
4. Pendarahan gusi dan lain-lain
5. Ibu sering demam dan tidak sihat
Rawatan:
1. Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian.
2. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.
3. Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah
4. Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.

.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.


Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu.
Ujian-ujian tersebut termasuklah:
1. Air kencing
2. Tekanan darah
3. Berat badan
4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24.
Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
1.Air kencing
2.Tekanan darah
3. Berat badan
Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama
Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.
Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34.
Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.
P/S: Dipetik daripada http://info.mengandung.com semasa membaca artikel ni saya masih teringat pengalaman pertama di sahkan mengandung oleh DR. Saya terpikir2 apa yang saya perlu buat selepas2 ini. Sekarang saya nak kongsi apa yang saya baca ini dengan ibu2 baru yang mempunyai pengalaman yang sama ngan saya....saya memang x tahu apa2 awal kehamilan dulu.Apa nak buat lepas ini...apa yang nak buat lepas ituuu...Cuma bertanya2 kepada orang yang dah berpengalaman je.Tapi saya harap apa yang saya paparkan niiii...mampu memberi manfaat kepada and semua sepertimana saya amat memerlukan info seperti ini suatu masa dulu....
*Sekarang ni saya dah berada di peringkat terakhir lawatan...Isnin ini 25hb Mei merupakan checkup terakhir saya di Pusat Kesihatan Ibu & Anak Mentakab ni...saya akan meneruskan checkup saya yang seterusnya di Kg halaman saya Klinik Kesihatan W.C.Y. Ini kerana saya akan bercuti awal untuk bersalin.Sekarang ni x sabar menunggu kelahiran baby Aulia nk keluar...Harap2 semua orang yang sentiasa ikuti blog saya ni sama2 doakan keselamatan saya & baby..semoga perjalanan kami untuk pulang ke Kg nanti selamat.Kami akan bertolak balik ke Kelantan pada 29hb niii..Yahooo.....(ni bkn laman web Yahoo yu..tp Yahoooooo...sbb terlalu gembira nak balik jumpa kuarga tercinta)hehheh

Khamis, 21 Mei 2009

Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi

#1: Apa nak jadiiii???????Pelapis bidang agama kiter dah terpesong jauh...apatah lagi yang tiada didikan agama. Mana rasa peri kemanusiaan & keibuan???

ALOR STAR - Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.
Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.
Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.
Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.
Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.

Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.
"Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain," jelasnya yang enggan dikenali.

Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.
"Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka," ujarnya.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.
Dipetik dari : http://www.kosmo.com.my/

MITOS2 BAGI IBU HAMIL

#1 : Sentuhan & kasih ibu sampai ke syurga...


* Saat seorang wanita hamil, maka biasanya akan banyak mendapat banyak nasihat – nasihat dari kerabat, keluarga, teman juga dari orang sekelilingnya, tentang apa yang boleh dan tidak boleh selama kehamilan anda.

* Walaupun maksud mereka semuanya adalah untuk kebaikan kita yang hamil. Tetapi tidak semua dari nasihat atau pantang larang kehamilan yang diberitahu kepada ibu hamil ini adalah benar secara medikal mahupun ilmiah.

* Kebanyakan hanya berdasarkan mitos atau kepercayan saja daripada kenyataannya. Oleh kerana bila anda hamil sebaiknya selalu confirmkan informasi atau maklumat yang anda dapati dengan doktor atau rujuk buku yang dapat dipercayai, sehingga anda mengetahui apa kebenarannya dan tidak hanya mengikuti sesuatu yang anda sendiri tidak mengetahui alasannya / kebenarannya. :-)

BEBERAPA MITOS KEHAMILAN & FAKTA:


#1: Tidak boleh memotong atau menjahit baju.

Mitos: Tidak boleh memotong atau menjahit baju selama kehamilan atau anak akan lahir dengan bibir sumbing.
Fakta: Bibir sumbing biasanya karena pengaruh ubat-ubatan yang diminum ibu saat hamil, effect radiasi atau faktor genetik. Oleh karenanya x-ray tidak dilakukan selama kehamilan kecuali atas keperluan tertentu.

#2: Minuman dari kacang soya (susu kacang) akan membuat kulit bayi bewarna putih.

Mitos: minum susu kacang atau makanan dari kacang kedelai akan membuat bayi berkulit putih.
Fakta: warna kulit seseorang dipengaruhi oleh factor genetic ayah – ibunya, bukan dari susu soya.

#3: Jeruk akan meningkatkan lendir pada bayi dan resiko kuning pada bayi baru lahir.

Mitos: Jangan makan jeruk terlalu sering akan meningkatkan lendir pada paru bayi dan resiko kuning saat bayi lahir.
Fakta: Jeruk adalah sumber vitamin C dan serat yang baik.

#3: Minum ais akan menyebabkan bayi besar.

Mitos: Sering minum ais saat hamil menyebabkan bayi besar dan akan sulit lahir.
Fakta: Bayi besar biasanya berhubungan dengan ibu hamil yang mempunyai penyakit kencing manis. Jadi mungkin ais ini diminum oleh ibu hamil yang memang mempunyai penyakit kencing manis. Jadi bukan minum ais menjadi penyebab bayi besar tetapi kerana air yang diminum bersama ais tersebut menpunca kepada bayi besar...iaitu bayi tersebut mendapat diabetes. Contohnya teh o beng,teh beng, milo beng hehheh...maksudnya ais laaarrrr......

#4: Makanan pedas akan menyebabkan bayi lahir dengan tanda kulit kemerahan atau berkulit lebih gelap.

Mitos: Makan makanan pedas saat hamil akan menyebabkan bayi lahir dengan tanda kulit kemerahan atau bayi akan berkulit lebih gelap/hitam.
Fakta: Sekali lagi warna kulit seseorang tidak ditentukan oleh makanan pedas, tapi faktor genetik dari orang tuanya.
Dan faktanya bahawa makan makanan pedas saat hamil, membuat rasa tak enak diperut apalagi bila anda sedang mual, jadi bukan kerana menyebabkan tanda kemerahan pada kulit.

Banyak lagi mitos kehamilan lainnya yang terdapat dalam masyarakat kita. Ketika anda sedang hamil dan mendapatkan berbagai nasihat atau pantangan, ingatlah untuk selalu mendapatkan fakta dan kebenaran secara perubatan atau ilmiahnya. Anda dapat bertanya kepada doktor anda untuk memastikannya sebelum anda hanya sekadar mengikutinya saja.

Fakta ini dipetik dan di edit ke dalam bahasa kita dr laman : http://www.infoibu.com/

P/S: Ada lg mitos2 yang sy dengar dari org tua saya seperti:
1. Jangan memukul binatang semasa hamil takut badi tersebut dapat kt anak.
2. Jangan pindah rumah semasa hamil takut payah beranak.
3. Jangan makan kicap takut anak hitam. Padahal diorang gak suruh minum air soya sebab nk ank puteh...sedangkan kicap n susu soya dtg dr sumber yg sama....hehheh...lucukan.mungkin itu simbolik saja.
4. Jangan menghentak punggung dengan kuat semasa duduk nanti muka anak akan bertanda.
5. Jangan pergi memancing nanti anak cacat. ( semua yang berkait ngn binatanglah....)
6. Jangan memaku,memahat & menggali lubang nanti anak cacat....
7. Jangan duduk kt tangga takut beranak dalam keadaan yang tidak elok (kecelakaan)
8. Benarkah bahawa ibu hamil yang senang bersolek petanda ia bakal melahirkan bayi perempuan? Sementara ibu hamil yang cenderung malas untuk berdandan pasti akan melahirkan bayi lelaki?
9. Ibu hamil disarankan memasang gunting kecil atau pisau kecil pada pakaian dalam agar janin terhindar dari marabahaya.Yang bahayanya apabila gunting atau pisau kecil itu menusuk kulit ibu. Betul, kan?
10. Menyematkan kantung kecil bersisi paku atau bawang putih pada pakaian dalam agar terhindar dari gangguan pontianak.Wah, yang ini, jelas-jelas tahayul. Salah-salah paku tersebut dapat melukai ibu.
11. Agar proses persalinan lancar, pada Upacara 7 Bulanan, calon ibu dan calon ayah diminta meloloskan ikan/belut melalui kain sarung yang dikenakan ibu. Jika ikan/belut keluar dengan lancar (tak menyangkut), petanda proses persalinan bakal lancar. Tentu saja itu tak benar. Kerana, seperti sudah disebutkan, lancar atau tidaknya sebuah proses persalinan bergantung pada berat janin, tenaga mengeran si ibu, dan jalan lahir. Jika semuanya saling berkaitan maka proses tersebut pasti lancar.
12. Jika bentuk perut ibu selama hamil meruncing, ia akan melahirkan bayi lelaki. Sementara jika bundar, yang akan lahir bayi perempuan.
13. Saat hamil jangan mengangkat jemuran dan jangan melakukan gerakan mengangkat. Konon jika ini dilakukan, tali pusatnya akan membelit di leher bayi.
14. Ibu hamil tak boleh makan dengan piring yang besar agar anaknya tak besar.
15. Wanita hamil dianjurkan minum minyak kelapa (satu sendok makan per hari) menjelang kelahiran. Maksudnya agar proses persalinan berjalan lancar. Ummi & mami saya panggil benda ni minyak selusoh...supaya senang beranak. (kakak saya sampai muntah2 makan minyak niii....)
16. Jangan makan ikan mentah agar bayinya tak bau amis. Bayi yang baru saja dilahirkan dan belum dibersihkan memang sedikit berbau amis darah.
Anda mahu percaya atau tidak terpulang pada diri...bak kata Nabil
"Lu Pikirlah sendiri"


Rabu, 20 Mei 2009

PETUA PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

Belut: Untuk mengelakkan bayi dijangkiti/mewarisi penyakit resdung yang ada pada ibu.
Merpati : Di makan selepas usia kandungan 7 bulan ( bagi mendapatkan anak yang pintar)
Burung puyuh : Untuk cerdik
Karot : baik untuk mata bayi
Pistachio: bagus untuk otak bayi
Buah: Untuk kecantikan kulit anak & mendapat zat yang cukup:leh elak penyakit kulit pada bayi
Sayur hijau: untuk kulit yang cantik
Delima: Supaya anak ada lesung pipit ( kepercayaan org tua semata2:xde bukti saintifik)
Susu soya: untuk mendapatkan anak yang berkulit putih
Apel hijau: untuk kulit yang gebu & licin
Kismis : Mencerdaskan otak bayi.
Buah kurma : Untuk kulit yang bersih
#1: Menurut pemakanan islam ibu2 mengandung disyorkan makan kismis dan buah kurma. Banyak Khasiat.
* Membuatkan kulit bayi bersih
* Menghasilkan minda yang cerdas.
P/s:
* Walaupun petua2 ni hanya di amalkan oleh orang2 tua tanpa ada bukti saintifik,namun ada kebenarannya & ada kebaikannya mencuba kerana setiap makanan yang di cadangkan mengandungi zat yang baik untuk ibu yang sedang mengandung.
* Di samping itu terdapat banyak bukti atau kebetulan yang meyebabkan petua ini terus di amalkan.
* Sebagai contohnya: Kakak saya yang x suka akan soya sentiasa minum soya bg mendapatkan anak yang puteh terbukti menjadi, kerana anak sedara saya semuanya berkulit puteh melepak. Sedangkan mama & papa mereka hanya berkulit sawo matang.
X salah kalau anda amalkan.
BUKTINYA:
Nurul Iman Andriana Bt Mohd Ekrami
Puteh kerana amalkan minum soya....mak & ayah dia berkulit gelap..hehheh

POSISI TIDUR SEMASA HAMIL

#1: Cara yang paling selesa & selalu di amalkan oleh ibu2 termasuk saya.
#2: Bantuan daripada bantal yang sesuai penting
#3: Ilustrasi posisi tidur yang bagus untuk mengandung.
Saya sentiasa risau tentang segala hal semasa hamil ni...termasuklah cara untuk tidur.Maklumlah,seorang ibu amat mementingkan apa yang terbaik untuk anak dia.Baru saya faham perasaan ummi saya bila dia sentiasa risau pasal saya dari kecik sampailah nak bergelar seorang ibu sekarang ni...Itulah kasih ibu..."kasih ibu sampai ke mati"
Soal tidurpun saya risau,takut2 cara tidur saya yang salah boleh beri effect pada baby saya. Ini sedikit tips yang saya nak kongsi bersama2 ibu2 yang mempunyai tahap kerisauan yang tinggi macam saya.hehhe! Ini info yang saya perolehi dari satu laman web yang saya baca. Harap dapat membantu anda semua. Posisi Tidur Semasa Hamil Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
#1: Saiz perut yang semakin besar #2: Sakit belakang #3: Pedih ulu hati #4: Sukar bernafas #5: Insomnia
Posisi yang terbaik
#1: Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi. #2: Bengkokkan kaki anda. #3: Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda. #4: Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal. #5: Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda(daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.
Posisi yang harus dielakkan
#1: Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah:
#1: sakit belakang,
#2: pernafasan,
#3: penghadaman,
#4: sembelit,
#5: pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
#2: Tidur meniarap
:-) Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
P/S: Sila bukak web ni.....http://ratuhati.com/

Selasa, 19 Mei 2009

APA YANG BERLAKU KT LUAR SANA????

Jam menunjukkan pukul 2.40 p.m. Bila di tanya apa yang berlaku kt luar sana...? Sayapun xtahu apa nk ckp...
Tak tahu apa berlaku...lepas sampai sini dlm pukul 7.50 pg td...sy naik bilik saya..terus x kuar2...nasi bawak dr rumah.. beli nasi lemak kt sebelah rumah.air bawak sendiri...so mkn je kt sini...
Mata dah penat giler ngadap kompter...bkn buat apa...baca info itu ini dalam tenet je...keje memang dah setle...skrg kwn 2 yang lain ramai yang kena jaga exam...Saya punyer turn next week. Jaga exam teori,especially kelas saya sendiri. Modul SPA 205 & SPA 305.
Pagi tadi masa sampai sini,sikit punyer tkejut.....Kolej ni yang biasanya sunyi sepi mcm kena serang ngn GARUDA (maklumlah minggu exam) tiba2 meriah mcm pasar ikan...baru kami semua teringat yang arini ada temuduga terbuka anjuran Kem.Pelajaran Malaysia. Jawatan Kosong untuk Kumpulan sokongan.
Tapi kontrak je...apa2pun,kalau ada kekosongan untuk jawatan tersebut untuk masa akan datang mereka yang bertuah ni akan di serap sebagai tetap...
Kekosongan dengar2nya sebanyak 240 orang seluruh Malaysia. Ada yang datang sendiri,ada yang mak ayah hantar & ada juga yang mak ayah tunggu...Memang kayalah mak cik cafe kt bawah...
Dari tingkat 3 saya tengok suasana seronok sangat,mcm ada kenduri....tapi sayang,xder kamera untuk merakamkan saat2 ni...kalau x,leh dikongsi bersama...kamera h.set saya cuma vga. Gambar x cantik! Parkingpun penuh...
Waktu kami mula2 sampai pagi tadi..baru kami sedar betapa ramainya orang masih memerlukan pekerjaan...& betapa bertuahnya kami sebab dapat berkhidmat disini... Bersyukurlah kawan2 dengan apa yang kita ada....x usah merungut dengan kerja yang banyak kerana kita di bayar adalah untuk melakukan itu semua...
Buatlah apa yang patut kita buat....sebagai Penjawat Awam yang bertanggungjawab...

BEBERAPA TIPS UNTUK HAMIL

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
#1: Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).
#2: Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda?
#3: Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda.
#4: Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita.
#5: Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.2.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
#1: Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri.
#2: Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.
#3: Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.
#4: Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur".
#5: Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
#1: Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina.
#2: Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:
#1: Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan.
#2: Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil.
#3: Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
#4: Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
#5: Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.
#6: Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
#1: Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil.
#2: Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi.
#3: Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya.
#4: Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
#1: Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
#1: Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan.
#2: Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
#1: Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting.
#2: Pastikan tubuh anda cukup nutrisi.
#3: Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul.
Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya.
Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.
p/s: Saya copy semua ni untuk berkongsi bersama kawan2 yang sentiasa ikuti blog saya...sama2lah kita berkongsi maklumat yang kita tahu...dalam internet ni ada macam2.Tapi kadang2 kita ada terlepas pandang pada perkara2 tertentu yang kita carikan selama ini.Apabila anda menemui sesuatu atau maklumat yang berguna,mailah sama2 kita kongsi....saya rasa apa yang saya baca hari ini boleh saya kongsi bersama kawan2 yang memerlukan maklumat seperti ini.....info ini dipetik daripada http://infobatin.com. Jika anda inginkan maklumat lebih banyak lagi tentang masalah anda sila layari laman ini.Saya percaya ia amat berguna untuk anda semua.

ADAKAH HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL MERBAHAYA?

Ramai yang bertanya kepada adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?
* Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.
* Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.
* Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan.
* Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.
* Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.
* Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:
#1: Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
#2: Placenta berada dibawah (plasenta previa)
#3: Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
#4: Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
#5: STD atau penyakit seksual yang menular.
Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda
(Dipetik daripada laman info batin malaysia): http://infobatin.com

INGIN SENANG HAMIL????

. # 1: Anak adalah anugerah tuhan & merupakan rezeki buat kita. Jagalah dengan sebaik mungkin
“Rahsia bagaimana untuk senang hamil tanpa melibatkan sebarang kaedah merumitkan dan dijamin selamat serta berkesan kini terbongkar!”
Pendedahan demi pendedahan mengenai kesuburan bakal didedahkan kepada anda. Dan dengan jaminan dari saya setelah anda mengetahui ‘rahsia’ kesuburan tersebut, ia memberi jalan kepada anda untuk senang hamil! Tanpa sebarang risiko dan dijamin berkesan!...
Daripada: Fatina Aziz
Tajuk: Mendedahkan cara untuk senang hamil
Anda sukar untuk hamil?
#1: Sudah lebih setahun anda berkahwin tetapi belum hamil? #2: Sudah pelbagai cara anda mencuba untuk hamil tetapi gagal? #3: Anda pernah mengalami keguguran dan untuk hamil kembali masih tidak berjaya? #4: Anda tertekan dengan keadaan orang sekeliling seolah-olah mengatakan anda ‘mandul’?
KATA-KATA DARIPADA PENULIS:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
* Nama saya Fatina aziz dan kini bakal dianugerahkan cahaya mata yang pertama. Saya tahu anda kini yang sedang membaca laman web ini mengalami kesukaran untuk hamil bukan?
* Sudah bermacam-macam ikhtiar anda mencuba tetapi masih gagal untuk hamil. * Dulu saya pun seperti anda. Mengalami masalah sukar untuk hamil. Saya fikir untuk hamil adalah sesuatu proses yang senang dan semua orang mampu mencapainya.
* Tetapi saya silap. * Ok baiklah, saya ingin kongsi pengalaman saya mengenai kehamilan ini. Sudah lebih setahun saya berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat. Saya amat resah dan gelisah memikirkan masalah saya itu. * Ketika itu saya merasakan diri saya mempunyai masalah kesuburan. Kemudian saya mengajak suami saya ke hospital untuk menjalani ujian kesuburan. Tetapi beliau menolak. *Beliau percaya ada sesuatu yang belum kami laksanakan yang menyebabkan kami masih belum dikurniakan zuriat.
Saya hampir kecewa... lebih 6 bulan mencuba masih belum ada rezeki
* Saya membaca pelbagai buku berkaitan kehamilan dan kesuburan. Malah ada ketika itu saya berada lebih 18jam dihadapan komputer mencari maklumat berkaitan kesuburan melalui google. * Sampai disatu tahap saya merasakan diri saya ’mandul’. Mahu sahaja saya ke hospital dan melakukan pemeriksaan kesuburan. * Saya tahu masalah saya ini berkaitan kesuburan. Malah kitaran haid saya juga tidak menentu. Kemudian saya berjumpa dengan Doktor dan beliau mencadangkan saya mengambil ubat kesuburan iaitu Clomiphene. * 3 bulan selepas itu saya masih lagi menunggu dengan penuh harapan. Nampaknya clomiphene yang dipreskripsikan oleh Doktor masih belum membuahkan hasil
Kekecewaan bakal berakhir...Saya temui sinar jawapan...
* Terdapat pelbagai maklumat mengenai kesuburan telah saya kumpulkan. Dahulu maklumat-maklumat ini saya abaikan. Tetapi saya merasakan maklumat ini begitu penting sekali berkaitan kesuburan. * Maka saya susun dan jadikan satu fail. Setiap maklumat tersebut ada mengajar saya cara-cara meningkatkan peratusan kehamilan. *Saya cuba lakukan sedaya upaya saya dan saya tandakan setiap tindakan saya untuk meningkatkan peluang untuk hamil. * Akhirnya setelah lebih setahun mencuba, saya disahkan hamil. Alangkah gembiranya saya dan suami. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. * Kini saya sudah tahu terdapat pelbagai faktor yang menghalang untuk seseorang itu sukar untuk hamil. * Anda ingin mengetahui faktor-faktor penghalang untuk hamil? Teruskan bacaan kerana saya akan huraikan satu per satu masalah tersebut.
Kenapa Saya Dan Anda Sukar Hamil?

* Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita mempunyai tahap kesuburan berbeza-beza. *Kesuburan amat berkait rapat dengan kehamilan. * Tanpa tahap kesuburan tertentu, amat sukar untuk kita hamil. Saya telah temui terdapat beberapa faktor yang menganggu kesuburan. Faktor-faktor berkenaan sedikit demi sedikit akan mengurangkan lagi peratusan untuk kita hamil. * Jika kita berjumpa doktor, doktor hanya ingat itu adalah masalah berkaitan kesuburan. Tanpa berbincang lebih lanjut dengan kita mengenai faktor-faktor yang meningkatkan kesuburan atau yang menganggu kesuburan, doktor akan berikan kita pil hormon atau pil kesuburan. * Terdapat sedikit ralat disitu. Saya bukan salahkan doktor tetapi itu adalah perkara yang perlu mereka praktikan sebagai medikal doktor. * Kemudian jika pil atau ubat berkenaan masih gagal untuk membuatkan anda hamil, anda akan dirujuk kepada pakar. * Disitu pelbagai ujian kesuburan dijalankan diikuti pula dengan ujian-ujian IVF (In Vitro Fertilization) ataupun IUI (Intra Uterine Insemination) yang memerlukan kos yang tinggi disitu. * Jika anda tidak mempunyai sebarang komplikasi kesihatan yang lain seperti kanser rahim ataupun pembuangan fibroid maka anda sepatutnya mencuba kaedah kesuburan semulajadi terlebih dahulu. Jangan bazirkan duit anda kepada sesuatu yang tidak perlu.

Fakta Yang Perlu Anda Ketahui...

* Tahukah anda bahawa 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. * Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. * Untuk memudahkan anda memahami peratusan diatas saya akan bagi contoh ringkas disini. * Katakan dalam tahun 2007 ada 100 pasangan yang berkahwin. Setahun selepas itu, daripada 100 orang tersebut hanya 80 orang sahaja berjaya hamil. Yang selebihnya 20 orang tadi gagal untuk hamil. * Kemudian pada tahun 2009 (2 tahun kemudian), daripada 20 orang yang gagal hamil selepas 2 tahun mencuba hanya 18 orang akan berjaya hamil untuk tahun kedua. Hanya 2 orang sahaja gagal hamil pada tahun kedua disebabkan oleh faktor yang tidak dapat dielakkan. * Sekarang, saya akan dedahkan rahsia bagaimana untuk anda senang hamil dengan memanipulasikan kaedah kesuburan yang akan didedahkan sebentar lagi. * Kini semua orang mampu untuk senang hamil seperti mana kolompok 80% yang berjaya hamil di tahun pertama mencuba.

* Jika anda berminat, teruskan bacaan...

(Dicopy dr penulisan Fatina http://www.senanghamil.com/) untuk mengetahui kandungan seterusnya sila klik laman web tersebut.
P/S : Untuk pengetahuan anda semua....saya juga mengalami masalah yang sama di awal perkahwinan. Sayapun pernah terPK seperti Fatina fikir
"Alah...bkn susah nk wat ank...rupa2nya memang tanggapan saya amat meleset...bkn semua org bernasib baik untuk bunting pelamin..."
* Usaha demi usaha saya lakukan bagi mendapatkan zuriat. Pelbagai sindiran dari kawan-kawan & orang-orang tua yang x memahami...maklumlah semasa saya kawin dulu, saya & suami telah melangsungkan perkahwinan serentak dengan adik lelaki saya.Maka telah berlangsung majlis perkahwinan bagi dua pasangan serentak dengan penuh gilang gemilang.hehhehe!
* Bulan beganti bulan orang2 di sekeliling menunggu masa mengkritik & mengata antara kami.
* Apabila adik ipar saya disahkan mengandung saat itulah tekanan semakin saya rasakan....asyik di banding2kan ajer...geram betul...
* Nasib baik saya mendapat suami yang cukup memahami....disebabkan perkahwinan kami adalah atas dasar pilihan org tua & perkenalan kami amat singkat,maka kami membuat keputusan untuk lebih kenal mengenal dulu....agar tidak terlalu tertekan dengan keinginan untuk memiliki anak. Dalam hati tuhan je tahu betapa kamipun rasa ingin memiliki ank yg comel.
* Bila ada pihak2 yang bertanya....kami menjawab dengan santai...agar kami nampak cool x memiliki zuriat pada masa itu..." Kami nk honeymoon dulu puas-puas" sambil2 senyum2 gatal.hehehhe!!!!
* Kadang2 jelas terpancar rasa x puas hati diwajah org2 yang sengaja nk sakitkan hati kami dengan soalan sensitif tersebut.
* Kebetulan pada masa tersebut saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang iktisas selama 10 bulan,maka alasan menjadi semakin kukukh untuk menutup mulut kawan2 & org2 sekeliling.
* Buat sahabat baik ku NUYU & B yang amat ku kasihi...walaupun rezeki masih belum ada...sabarlah. Kerana SABAR itulah penawar kepada masalah yang kita hadapi ini.
* Tp percayalah...setiap perkara ada hikmah tersembunyi...buat kwn2 yang masih berusaha untuk mendapatkan anak...saya harap kamu semua jangan putus asa.
* Ingatlah! ada yang lebih bernasib malang lg daripada kita. Usaha lagi...Walaupun sekarang saya tengah menunggu saat kelahiran baby aulia tp itu x bermakna saya dah berpuas hati...kita kena sentiasa bersyukur & dan berusaha keras untuk anak2 yang lain nanti.....

Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung

#1 : Amalkan berjemaah bersama ahli keluarga...
#2: Amalkan membaca Al-Quran bersama anak2
#1: Bertaubat kepada Allah dengan sepenuh hati
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:
# 1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
# 2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
# 3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
# 4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
# 5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
# 6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
# 7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
# 8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
# 9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
# 10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
# 11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
# 12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
(di copy dari laman : http://infobatin.com/)

Isnin, 18 Mei 2009

MAAF YER!!!!...PENGGEMAR2 KUCING

#1: Yang ni memang bahaya niiii...memang kucing ni x patut bela....hehheheh!!!!
#2: Ni memang penggemar kucing dari kecik lg niiii..........
#3: Comel di pandang...geram utk dipegang...
* Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.
* Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan. * Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna. Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.
*Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.
*Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
* Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.
* Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.
* Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.
* Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.
* Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
* Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.
* Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan. Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku.
Antaranya: * Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
*Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.
* Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.
Sumber:Utusan Malaysia
(Di copy dr laman web http://permatahati.wordpress.com/)
"Semasa membaca artikel ni...saya teringat di awal kehamilan hari tuuu...bila saya salalu sakit maka saya ada membuat rawatan di Poliklinik Penawar Kota Bharu.Dr tersebut ada menyebut tentang perkara ini....katanya kuman yang terdapat dalam najis kucing ini boleh merencatkan otak bayi...MasyaAllah...takut sgt pada kucing masa tuu...takut anak dapat effect...malah! kata DR lagi...klau di awal mengandung,najis kucing leh sebabkan kita alami keguguran.Wah! BAHAY BETOI!!!!!!!...."

Ahad, 17 Mei 2009

BOSAN...BOSAN...

#1: Times out...it's weekend all ready....
#2: Aulia mesti tengah tidur nyenyak dalam perut niii...maklumlah dah penat exercise n karate perut ibu dia nii...
ASSALAMUALAIKUM?????
* Mlm ni memang membosankan....bayangkan,bila toleh ke kanan suami tengah nyenyak tidur....siap berdengkur-dengkur lg...bestnya kalau sayapun dapat lena mcm dia sekarang ni....
* Agak malang sebab x dpt tidur time niiii....skrg jam menunjukkan pukul 12.30 tgh mlm...baby pulak meneman ibu dia yang x dpt tidur niiii....dok menendang n mengeras kt sana sini...kadang jelas terasa sikunya yang kecil...x sabar nk tengok dia kuar nanti....
* Bermula isnin ni...student dah start exam final...x sabar nk balik Kampung jumpa ummi,ayah,mami n bat....
* Masa makin suntuk dah...nursepun ada cakap...baby dah boleh kuar bila2 masa mulai sekarang...td tengok citer Cikgu Farhana kt TV3. Bolehlah tahan citernya....asalkan dpt hilangkan boring....
* Sebenarnya ni cubaan pertama internet kt rumah.....pagi td bertemankan HUDA....adik saya yang cute tu, rumahnya x jauh dari rumah saya...kami pergi ke bandar mentakab utk tanya pasal maxis broadband (apa yang mengejutkan kami, maxis broadband masih x wujud kt sini kerana 3G masih blum ada kt bandar nii) Wah! betapa teruknya....terpaksa ke Celcom centre kt Temerloh plak!....maklumlah bosan kt rumah...saya terpaksa bertemankan HUDA memandangkan suami tercinta terpaksa pergi KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN KKM DAERAH BERA....Dia mewakili jabatan dia ke sana...
* Dialah sebenarnya org yang paling sibuk sekali nk daftarkan broadband kt rumah...ni memandangkan kami pernah pakai dulu....tp sebabkan alasan tertentu kami terpaksa matikan line tu dulu...tp disebabkan rasa syg pada modem yg ada....kami daftar balik. Lagipun di ofis dia internetnya terhad pada beberapa komputer saja...byk bahan yang nk di cari melalui internet...kdg2 dia msg kt saya di opis supaya saya mencari bahan itu ini utk tazkirah hari berikutnya....kesian dia.... tapi sebenarnya itu cuma alasan...hehheh!tujuan sebenar daftar line adalah sebab kt opis frenster & beberapa perkhidmatan internet lain telah disekat....maka x seronoklah semua orang terutamaya pensyarah2 yang telah habis PnP mereka..sebab x dpt hiburan..termasuklah saya..heheh!
* Tadi masa mendaftar, kata abang yang daftarkan line ni....kena tunggu 24 jam dulu...tp disuruh jugak cuba2 bukak tengah malam karang...kot-kot dapat!...orang yang paling x sabar ialah my hubby chubby tulah...tp bila dah bukak labtop toleh2 jer dia dah berdengkur....hehehhe
* Hari ni agak malang gak utk kami berdua...saya pergi beli antena TV sebab kt rumah ni x dpt chanel langsung...dah ler mahal..tp saya beli jugak supaya dpt tgok TV. Tp bila balik pasang kt TV masih tiada perubahan...bengang betul perasaan nii...tuhan je yang tahu! dah ler terpaksa menahan kepenatan kuar ke bandar...rasa x berbaloi langsung!
* Bila dia balik dari KURSUS td dia citer yang dia banyak habis duit arini....saya berteka2 dengan dia....adakah kereta kami rosak?adakah tayar bocor?adakah kena pau?...mcm2 bermain di kepala..rupa2nya dalam terkejar2 nk balik ke rumah sebab risaukan saya terberanak sorang2 kt rumah...dia kena saman dengan polis....adoiiiii!!!!! HABIS duit bulan niii......
* Dah ler hujung bulan ni nk balik kg...kena servis kereta kancil saya plak...kemarin baru je servis kereta dia...banyak duit habis...duit yang nak masuk x tahulah bila....tapi apa2pun kami masih bersyukur sebab tuhan masih bagi rezki untuk kami makan n minum....dan masih hidup sampai saat niii.....
* Sebenarnya En.Ahmad yang tengah berdengkur kt belakang saya ni suruh kejutkan dia kalau internet dah dapat...tapi x sampai hatilah pulak...tgok dia tgah nyenyak gitu...baby aulia plak dah x aktif...mesti dah tidur bersama papa dia...selamat malam sayang...buat kedua2 orang tersayang sama ada kt dalam perut atau kt luar perut ni...hehehhe!
* Ok lah...itulah dulu celoteh untuk malam ni...rasa panjanglah plak..mesti org boring baca blog ni...bye..tatituuuuu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...