Memaparkan catatan dengan label Luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan hati. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2011

KEHILANGAN..

Ni bukan nak bercerita tentang kisah kehilangan insan tersayang....memang aritu kami sekeluarga telah kehilangan orang tersayang, iaitu abang ipar ku...iaitu abg ke-2 suamiku syed asyraf bin syed alwi...Al-fatihah buat beliau...di harap teman2 blogger yg baca post ni tidak keberatan utk sedekahkan beliau Al-Fatihah...buat beliau....kala ni menitis air mata aku melihat gambar2 arwah dalam facebook....aku masih ingat masa kitorang balik cuti buruh aritu...dia ralat sebab dia x balut buah jambu yang ada kt atas pokok kalau tak mesti aku boleh makan banyak2..maklumlah keadaan aku sekarang ni..."abe yeh rasa terkilan plak x barut buah jambu kt pokok tu...kalau tak mesti hae balik dapat makan...ni cuma beberapa biji je.." terharu aku.
X sangka ni kali terakhir dia datang rumah aku kt sini.....

Masa dapat call yang dia tengah nazak tu kaki aku menggeletar...x sangka sbb baru dua minggu sebelum tu jumpa ngn dia...Masa aku sampai rumah mak mertua...terharu dan sebak je bila tengok 1 pokok tu di balut ngn plastik supaya lalat buah x kacau jambu yang dia simpan untuk aku,..apa lagi menangis teresak2lah...sebab dia seorang abg ipar yang baik dan kelakar....Yang aku paling x boleh terima sebab dia tak sakit....tiba2 jatuh dalam bilik air terus koma & meninggal...Doktor kata dia ada sakit jantung....sedih sangat...Sabtu & Ahad baru-baru ni semua keluarga mertua aku datang menyinggah kt teratak kami ni....alang2 on the way balik ke Kelantan dari Kl sempena Annual Dinner company abg ipar aku kerja tu...Diorang sekeluarga di jemput sempena anugerah penghargaan terhadap arwah yang berkhidmat dengan cemerlang & juga menyampaikan sumbangan check kepada ayah mertuaku.Sedih rasa.....

Masa dok kemas2 rumah kt bilik tamu sbb mak nk dtg tu aku tercari2 sesuatu yang aku lama x nampak di depan mata....huhu... Baju taekwondo aku..penat aku cari tp x jumpa2...last skali aku tengok tergantung je kt bilik tamu tu...tapi jenuh aku cari dalam semua laci sebab semua baju dah berlipat xder yang masih kotor ataupun yang belum berlipat...sekalai lagi rasa nk nangis bila kehilangan benda yang kita sayang....last skali aku basuh sbb aku nk nilakan dia...x sangka plak hilang...kata laki aku"xder sapa yg nak ambik baju syg tu...." tp kenapa boleh hilang..huhu...walaupun mak mertua & family dtg tp hati msih sedih sampai arini..huhuhu....

Huhhuuuuu...sedehnya tengok...dalam kenangan je lah...

Jumaat, 18 Mac 2011

KISAH AKU & DIA


Hari ni x banyak benda yang aku dah buat sepanjang pagi tadi..mood untuk bekerja agak hilang..selepas selesaikan duit2 konvo budak yang beribu hinggit ni aku dah xder mood nak wat apa2 maklumlah arini Jumaat & xder kelas plak tu..tapi tengah hari nanti ada date ngn BAYA kt tepi opis dia..nak makan chicken choplah plak rasanya....macam ngidam je..heheh..

Lately ni ramai yang tanya "K.han pregnant ke?nampak x larat je...." sebenarnya aku keletihan..mungkin rest yang x berapa cukup.....3 hari lepas bufday aku....masa tu aku sibuk sangat sebab pg tu baru sampai dari Kelantan jam 5.40 pg pastu kul 8 pg terpacak kt opis..hari tu plak kelas pack...sampai 4.30 ptg....huhu..penat weh...

Bila dah penat sangat tu terlupa plak bufday aku....cuma balik rumah laki aku buat2 x tau je...pastu dia suruh g ambik makanan dlm peti nak makan sambil tgok citer aku pergi je tanpa perasaan..bukak peti ada kek..huhu....terharulah jugak tapi tu tektik aku masa bufday dia dulu..heheh...



 


Hari ni dalam keboringan tu tiba2 aku teringat lagu yang aku nak cari dalam gadis impian sunsilk yang dinyanyikan oleh Amelda Ahmad tu...aku suka lagu tu sebab lirik dia yang baris pertama tu sama ngn cerita aku ngn laki aku masa mula2 jumpa...hehhe...Tapi rangkap berikutnya tu x berlaku dalam hidup aku ek...heheh mintak simpang!

                                     


Pertama kali bersua bertentang mata pada 28/12/2005 rasa macam ada sesuatu...."Mcm pernahku kenal tapi dimana ya?".....


( Rupa2nya dialah lelaki yang selalu muncul dalam mimpi aku sejak dr kecil...aku pernah tanya Ustazah aku masa sekolah menengah dulu...dia kata tulah jodoh aku...walaupun wajahnya selalu x jelas muncul dalam tidurku.....pernahku ceritakan kisah ini pada seseorang yg istimewa pernah hadir dalam hidupku 1 masa dulu bahawa ada seorang lelaki selalu muncul dlm tidorku...yang pasti lelaki itu bukan dia...dia seperti kecewa & x percaya...)


Berkawan biasa sehinggalah 17/3/2007 melamar aku dalam tepon jam 11.45 mlm..
masih ingat ayat keramat tu 

Dia : "Awak suka kat saya x?" 

Aku : " Suka...tapi setakat ni suka sebagai kawan.."
Dia : " Awak sanggup ke terima lelaki yang awak x cinta ?"
Aku : " Saya x kisah asalkan lelaki tu ada ilmu agama & sanggup bimbing saya...sbb saya tahu rasa cinta tu boleh dipupuk..sesungguhnya hati wanita tu sangat lembut...1 hari rasa cinta tetap akan datang jika lelaki tu benar2 menyayangi kita

Aku : "Awak ni biar betul? Jangan main2 ngn saya......."
 ( Aku rasa macam x percaya....maklumlah dia sudah memiliki cinta...same goes to me...)

Semua ni berlaku selepas 2 hari menyambut hari lahir aku yang ke 25 tahun....
Terkejut biawak rasanya sebab dia x pernah menunjukkan reaksi suka or jatuh cinta pada aku selama ni....hanya lelaki biasa yang memiliki gaya biasa...

Rupa2nya dari hari pertama kami berkenal2an beramai2 di kedai makan pada 29/12/2005 dia telah memiliki satu rasa yang tak pernah dia miliki sebelum ni...naluri untuk mengenali aku dengan lebih dekat melonjak2...dia berhitung kira sendirian untuk mendapatkan no tepon aku dari bos tapi rasa malu membatasi segala kerna dia seorang lelaki yang pemalu & berbudi bahasa.....

Ditakdirkan tuhan indah belaka..bos mencari aku merata2 tapi tak jumpa akhirnya diminta syed untuk mengatur segala pertemuan bersama....diberikan bos no tu kepadanya untuk mengetahui aku dimana...akhirnya aku membalas SMS dari dia..apa lagi, begitu gembira masa tu katanya...Hanya Allah je tahu apa yang dia rasa....Di simpan terus no aku ke dalam buku telefonnya...

Agak lama untuk aku bertegur sapa dengannya..kerna gaya & lagaknya agak sombong, dengan caranya yang tidak berapa nak menjawab masa aku menyapa di hari pertama....bagi aku cukuplah sekali aku menegur dia....Apa lagi...balik je rumah aku terus bercerita pada bonda...
" Ada sorang budak tu..anak buah bos..sombong giler...tegurpun x berapa nak jawab..macamlah dia tu hensem sangat "

Maklumlah org macam dia bukan citarasa....ala2 Arab rupanya....x menarik perhatian di jiwa....

Bermula SMS tu text2 berikutnya mula menyapa..siapa sangka dari benci terus suka....tapi sekadar suka berkawan sahaja....sehinggalah dia menjadi sahabat karib yang faham jiwa...

Jauh mengelamun cerita lama apa kata aku sambung cerita tadi semula.......heheh...

Tanggal 18/3/2007 dia call semula...memberitahu kabar berita, kedua ibu & bapanya sudi datang merisik2 & bertanya2 samada tuan diri sudah berpunya....... 

28/3/2007 tarikh dua keluarga bertemu bagi menyatukan kami berdua....bersempena Maulidurrasul hari lahir baginda...Berkat dan RahmatNYa serta redha dariNya...1/6/2007 tarikh kami akan diikat bersama untuk selamanya...
05/06/07 cantik tarikhnya..& xkan dilupa....kami disanding & diarak begitu rupa bersama2 saudara tercinta....

 

 


Begitulah kisahnya..kisah cinta kami berdua bermula....walaupun dalam bahagia kami tahu ada hati yang terluka....
Berjuta kemaafan kami pinta kerana itulah takdir kita.....Hanya DIA yang tentukan segala....
Kita hanya manusia biasa..hanya merancang tapi DIA yang putuskannya....
Semoga kami bahagia selamanya begitu juga insan2 disana yang telah terluka.....
SEKIAN...

Jumaat, 11 Mac 2011

GAMBAR PALING KURANG AJAR.

CELOTEH MAK ITI

Erm...sakit ati aku dipetang2 jumaat ni..betul kata adik inani...bukan takat menyampah tapi menyumpah seranah lagi tengok gambar ni...aku rasa nak sepak terajang mat salleh kurang ajar ni...x hormat agama lain langsung....mat salleh memang tak reti adab...betapa sakit ati sangat sampai x tergambar..tapi yang aku boleh doakan semoga perempuan ni Allah balas dengan hukuman yang setimpal sepertimana pelukis kurikatur Rasul junjungan kita yang mati terbakar....ermm... Ya Allah lindungilah hambamu ini Ya Allah.....


Ni post Cik Inani aku cuma copy je.....



Assalamualaikum....
Haa..tadi aku jenjalan sambil naik basikal kat internet sambil cari gambar untuk post terbaru..
aku terjumpa satu benda yang agak menyampah, menyumpah, gambar macam sampah!!
Kenapa??nak taw tengok gambar ni.

Haaa...amacam?? Sakit ati tak???
Kaabah itu rumah Allah.
Mekah itu tanah suci.
Tapi sedap2 dia je buat macam tu. Dia buat macam dia dok "melabur"
kat atas Kaabah tu. Dahsyat!!! Jangan sesekali ada yang buat aksi tu di rumah erk!!
berdosa besar..huhu.(gurau je)
Orang macam dia ni, neraka jahanam la tempat dia.
Kita WAJIB rasa marah bila ada orang mempermainkan agama kita.
WAJIB kita perangi!!!
Kalau boleh..Korang share lah dengan kawan2 korang yang tak tau lagi pasal ni..
Sebarkan!!!!!!!!

CELOTEH MAK ITI


Cik Inani...saya mohon izin untuk share post adik kat blog akak yer.....kalau korang rasa free pergilah jalan2 kat blog adik kita ni...nama blog dia @ku H@nYaL@H iN5An B!@Sa... best gak post2 yang dia buat.......pemandangan dekat blog diapun sejuk mata memandang..hijau bumi tuhan..teringat plak lagu XPDC "Hijau Bumi Tuhan" lagu ni lagu favou aku masa belajar kat UPM dulu wat teman study dikala dinihari...jam 3 &4 pagi....


Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Jumaat, 4 Mac 2011

INSOMNIA

Sekarang Jam menunjukkan pukul 2.07 pagi.Aku masih x dapat lelapkan mata.mungkin sebab petang tadi aku tido nyenyak sangat kot...bangun je sambung wat table modular yang diorang nak bentangkan esok..Selesai kerja modular je aku menggodek2 reka bentuk dalaman rumah  untuk aku gunakan idea tu untuk hias rumah..teringin sangat nak g kat IKEA yang di agung2kan semua orang tu...bukan apa nak beli barang perhiasan rumah dengan harga yang murah je...nanti kalau IDEA reka hias rumah dah siap akan aku kongsikan IDEA tu sama2 nanti.....Sekarang ni nak design dalaman kena kira faktor perabot sedia ada jugak....xkan nak beli perabot baru..perabot yang ada sekarang warnanya cream coklat & hitam...dinding plak warna purple pink..selain itu aku juga kena pikir dari sudut keluasan rumah...memandangkan rumah kat situ agak memanjang maka aku cuba mencari divider yan sesuai dan konsep penggunaan divider tersebut dalam menata hias ruang tamu...

Ni antara contoh divider yang siap dipasang semasa ubah suai rumah...yang ni sebijik macam rumah kakak ipar aku..cantik sangat...Yang macam ni x di jual di kedai perabot...tapi aku dah survei hari tu..memang ada yang aku berkenan...tungguuuu...

 Kalaulah bilik tido aku camni..tido x bangunlah jawabnya...ni antara tujuan penggunaan divider...


Divider yang ni lagi aku suka...natural je...harga diapun agak natural..heheh..$1243.94 dengan shipping cost free...korang tengoklah kat SINI


1 lagi aku tengah pikir nak desingn mini library aku kat dapur tu camne...almari buku dah ada cuma nak design kan ruang bacaan je...maklumlah Abinya suka membaca..aku plak suka beli buku....

x sabar rasanya nak balik...kerinduan terhadap anak dan suami x terbendung lagi...miss her n miss him so much.....Abipun dah kerap sangat dah hantar msg rindu..mungkin rindu sgt tu..maklumlah agak lama x jumpa...Abi g kursus last 2 weeks....Abi balik ibu plak gi kursus...hermm....anak terbiar je dok ngan pengasuh..kesian sangat kat dia...

K.ju kat sebelah begitu lena sekali..aku akan cuba pujuk mata aku untuk tido jap lagi dengan buku k.ju..biasanya mata aku laju je lelap bila aku pegang buku..hehhe..kejap lagi kita cuba sama2...Dah agak lama rasanya tak beblog kerana terlampau sibuk..nanti kalau ada kelapangan akan aku kongsikan peristiwa yang berlaku untuk 2 minggu yang lepas..antaranya program "Kampungku Komuniti" yang berlangsung di Kerdau baru2 ni..Bayangkan aku ditugaskan dengan Aimi untuk melanskapkan masjid Desa Murni di Kerdau dalam masa 2 hari..hari ke-3 Dato' Saifudin nak rasmikan...haru biru rasa dunia masa tu..ehhe..dah lah lama dah tinggal bidang landskap aku ni....dahlah semua wartawan datang..Astro,RTM,TV Hijrah dan lain2 kecuali TV3. Segala paper masuk pasal hari kejadian cuma muka aku je yang tak masuk..ehhe..xperlah..bukan nk glamorpun...Begiu cepat masa berjalan sampai tak terkejar rasanya..
Eh..jauh plak melalutnya..ehheh..ni nak kongsi sikit tentang penyakit insomnia..maklumlah semenjak dok di hotel ni aku asyik x dapat tido je....

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Rabu, 2 Mac 2011

RINDU




Ni puisi yang Abi tulis sabaik dia lamar aku pada 17/3/2007 pastu 28/3/2007 terus hantar rombongan merisik and decide kawen pada 1/6/2007..Tu namanya jodoh..semuanya begitu pantas...sampai sekarang aku simpan puisi ni..jadi aku abadikan terus guna adobe...x sangka cintanya begitu mendalam dalam diam...katanya puisi ni adalah isi hatinya sejak bermulanya pertemuan pertama....pada 29/12/2005 sehari selepas hari aku interview kerja kt situ....


I miss Her so Much...


I Miss Him so Much

Rindu... semakin berakar umbi
Yang kurasai
Saat kau pergi

Hujan... bagai mengundang nestapa
Titis airnya
Bersama deru tangisanmu...

Buat kali pertama
Ku mleihat (oh) airmatanya
Sejakku kenali dia
Sepinya kurasa
Disaat berduka
Inikah noktahnya
Pertemuan kita

Andai
Begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir
Bersyukur pada rahmatNya

Kasih
Berpegang pada hakikat
Waktu yang bakal menjawab
Siapa yang benar

Pasti... aku kan tetap menanti
Ku dibayangi
Seribu mimpi

Hujan... menghilang dengan langkahnya
Ku merindui
Dalam gerimis
Yang menghiris...



Hari ni rasa macam nak nyanyi lagu ni je...bukan apa perenggan yang first tu...memang menyentuh kalbu...aku rindu sangat ngn si kenit yang suka bertanya kat rumah tu dan bapak si kenit...diorang sekarang jauh sangat daripada aku...si ustazah cilik tu ada kat Bukit Cermin di Mentakab Pahang. Abi dia plak dok kat ILIM Besut sekarang tapi dah on the way balik dah....Aku plak sekarang kat Permaisuri Hotel di Stadium Hang Jebat sedang berjuang menyiapkan benda ni walaupun xder sangat output yang aku leh hasilkan sebab input daripada geng2  modular lain xder menyebabkan aku x dapat wat kerja aku...semalam disebabkan rindu sangat ngn si kenit maka aku mengedit-edit gambar kenit & Abi guna adobe photoshope...miss them so much...



    

    

    





Miss them so much...


Pandai tawar menawar plak....





Jumaat, 24 Disember 2010

BALIK KAMPUNG

eRM.....skrg ni sbenarnya aku kt kampung...sementara anakanda aku tgh tido sempat jugak on9 ngn desktop adik aku ni hehheh...laju jugak streamix ni....aku balik hari Rabu bebaru ni..tumpang mak sedara aku yang gi sana jalan2 ke Bukit Gambang Resort..jadi memandangkan kami mempunyai niat yg sama iaitu balik ke Negeri Cik Siti maka Cik Siti mentakabpun numpang balik gak...cadangnya nak balik dgn keretapi berdua dengan si kecik je tp bila dia call ckp nk dtg sini maka aku apa lg suka bukan kepalanglah...pucuk di cita ulam mendatang..kecik tapak tangannyiru aku tadahkan....

Tujuan sebenar aku balik ni banyak sgt...antaranya aku nak setelkan urusan tanah aku kat Pejabat Tanah Bachok yang terbengkalai tu....sakit ati betul berurusan dengan golongan mcm ni...kalau ckp "woi,makan gaji buta ker?" kang kurang ajaq sgt tuuu...so aku bersabar je ngn kerenah diorang...semalam sari suntuk cuti aku rugi..berurusan ngn diorang x dapat apa2 hasil....last2 balik camtu je...siap sound ckp "apa boleh buat'dtg lain kali jelah..." sakitnya ati aku..ingat Kolej Komuniti Mentakab tu mak bapak dia punyer ke aku nak senang2 cuti....geram betul....ni yang hangin ni....kat notis board tulis tiada waktu rehat...maksudnya akan ada org bertugas bergilirlah time rehat..tapi bila masuk dlm xder sekorpun yg bertugas....hangin tak..aku ni keje goment jugak..geramlah kalau ada yg wat hal mcm ni..menjatuhkan institusi kita....kesian kt mak cik2 n pak cik2 yg dtg berurusan..menunggu je dgn sabar.....

Pekerja2 ni x pikir ke mak cik2 ni dtg dr jauh dgn tambang teksinya mahal n tinggalkan kerja menoreh seharian semata2 nk berurusan..dtg2 wat mcm tu..siap halau suruh dtg lain kali..teruk betul...dah ler layanan kat org2 tua ni...diorg pun ada perasaan gak..tapi kalau yg dtg tu pakai standart ala2 datuk n kontraktor elok plak di layannya....sakit betul lah tgok benda2 camni..bilalah mind set org kita nk berubah...ni semua berlaku depan mata aku....

aku ni dah ntah berapa kali dah dtg ke sini....menyampah betul ngan kerenah diorang...aritu aku dok dlm tu start dr kl 12.45 kalau x silap...past diorang dah xder dah..g rehat...kul 2.30 masih xder seketulpun muncl kat kaunter...korang bayangkanlah aku sorang je aritu tapi servisnya setel dekat kul 4.30...padahal aritu xder orangpun..mcmana diorang ni wat kerja...bukannya orang beratur berduyun2....ish...

Malaslah tambah dosa ngumpat diorang ni....k lah..aku nak kuar dulu..nak g setel urusan kedai...anakpun dah bangun dah ni..nak g beli tiket balik lg...kalau ada gambar nanti akan aku share....

Rabu, 1 Disember 2010

Wahai Hati...


"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika baik baiklah seluruhnya,jika tidak tidaklah seluruhnya. Ianya tidak lain tidak bukan adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)


Wahai hati kenapa engkau sukar untuk ikhlas sedangkan aku telah sedaya upaya berusaha..
Wahai hati kenapa kau masih berduka sedangkan ku berusaha untuk mu bahagia...
Wahai hati kenapa tidak yakin walau telah sedaya upaya membuat mu percaya....
Wahai hati kenapa keliru sedang kepastian itu ada depan mata...
Wahai hati kenapa tidak dapat melupakan walau telah lama ku biarkan...
Wahai hati jangan menangis lagi kerana cinta masih disini.....

Jumaat, 29 Oktober 2010

SAHABAT

Nilah si Norul Baya tuuuu..hehheh...dah tembam dah dia.. Gambar ni aku tebalkan muka suruh waitress tu ambikkan..heheh

Hari ini jumaat,aku xder kelas so aku ambik keputusan untuk keluar ngn bestfren aku masa degree dulu selaku roomate aku Norulbaya..semenjak dia mengandung ni aku x pernah jumpa dia sedangkan dia cuma kerja kat bandar Mentakab tu je...skarang ni dia dah tunggu masa je nak bersalin...begitu lama kami tak jumpa walaupun dekat aje......sedih betul bila bz ni..x sempat nk jumpa ngn kawan2 walaupun dekat..apatah yang jauh dimata..tp harapnya walaupun jauh tapi masih dekat di hati...sehinggakan ada sahabat aku yang jauh hati semata2 kerana aku bz dan x sempat berhubung....

Memang terguris hati ini bila sahabat memutuskan persahabatan kerana kita tak berhubung dengannya dengan alasan kita lupakan dia...mana dia tahu kita lupakan dia???? sedangkan dia sentiasa istimewa dihati kita sejak kecil sampai dewasa kini......dia amat istimewa di hati ni.,....dan akan sentiasa istimewa...mungkin banyak perkara yang difikirkan sehingga tidak dapat mempertimbangkan perkara ni.....x tahulah apa pertimbangan yang dipilih sehingga sanggup memutuskan persahabatan yang terjalin sekian lama....

SOOOOOO......aku buat keputusan aku akan jaga mana2 lagi sahabat yang ada....sesungguhnya SAHABAT cubalah memahami sahabatmu.....jika kamu adalah sahabat yang sejati kau akan memahami....sesungguhnya tidak menghubungi mu itu bukan bermakna kamu telah tiada tempat di hati ini.....

Tadi kami spend masa bersama..makan Pizza Hut sebab dia kempunan nak makan...sbenarnya last week dia ada call tp masa tu aku dah makan dekat cafe kolej ni..so aku takut hati ibu mengandung itu terguris...x sanggup lg kehilangan sahabat karib...sesungguhnya amat perit sehingga menangis x berair mata......

Wahai sahabat sesungguhnya aku amat menyayangi kamu semua...
jika ada pertelingkahan aggaplah ia cuma serbuk perisa untuk menyedapkan lagi rasa dalam perhubungan kita....
jangan jadikan ia sebagai penyebab untuk kita terus tidak bersama...ingatlah saat manis kita bersama berbelas2 tahun....
takkan kerana kesibukanku beberapa bulan ini dan mungkin setahun dua ini kita sanggup buang semua yang manis berbelas tahun kita simpan bersama dalam kotak memori kita,
Walaupun kita dah ada kehidupan masing2 yang bahagia namun ingatlah kita takkan dapat membuang masa lalu....namun kita juga tidak boleh hidup seperti masa lalu...kerana hidup ni menuntutkan perubahan dan hidup mesti diteruskan....cuma kita yang tahu macamana nak mencorakkan keindahan yang baru dalam persahabatan kita...jangan sampai satu hari nanti kita hanya menerima berita pemergian sahabat kita buat selamanya....masa tu air mata darah dah tak guna...ingatlah..kau sentiasa istimewa.....N_ _U!!!! miss U so Much...

Selasa, 19 Oktober 2010

Berkurun abad lamanya....


Erm....nilah orang yang selalu ikuti blog aku....apa2pun thanks....mulai hari ini aku akan cuba update blog aku walaupun sedikit..


Setelah sekian lama aku tak bukak blog aku ni hari dalam kesibukan masih cuba untuk selitkan sedikit coretan agar blog aku ni x sepi sesepi hati ini yg sibuk dengan kerja yang menimbun sehingga terasa sunyi di ruang hati...
Banyak suka dan duka yang aku lalui sepanjang tempoh aku tak menulis blog aku....ada sedih dan ada pedih yang menusuk hati namun tak ku kongsikan dengan sesiapa..cuma dipendamkan saja...

Bagi membuka cerita baru dalam blog ni...aku cuba coretkan walau beberapa baris kata buat sesiapa sahaja yg mengikuti perkembangan blog aku ni...supaya tidak menghampakan mereka yang dalam diam cuba mengikuti perkembangan aku walau x kira siapapun mereka..mungkin tak keterlaluan jika aku katakan mereka ni silent readers aku....

Ini bukan ckp kosong..sejak dari dulu lagi aku perhatikan ada insan2 yang sentiasa mengikuti blog aku dari awal aku berblog sampailah hari ni....contohnya ada yang dari Kota Bharu,Perak....ada yang dari Puchong, ada yang dari Putrajaya, ada yang dari Dungun, Kuantan dan Kuala Terengganu..namun aku ingin ucapkan terima kasih pada pembacaku dari Kota Bharu Perak tu kerana tak pernah jemu membuka blog aku walaupun dah lama aku tak update..x kiralah siapapun dia, aku ucapkan terima kasih dan harapnya datang kepadaku dengan niat yang baik.I-Allah....







Rabu, 4 Ogos 2010


Hari ini hati tersentuh tatkala membaca coretan yang dikongsikan oleh teman2 melalui FB..hati seorang isteri ini amat tersentuh dengan bait2 ayat tersebut..hayatilakah sama2...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,

selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya..

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN..
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Isnin, 29 Mac 2010

JODOH




Renungkanlah sedalam-dalamnya


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

DIPETIK DARI FORUM HALAQAH.NET

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...