Isnin, 17 Januari 2011

ANDA SAYANG SUAMI???


Masa aku terbaca puisi ni tadi hati aku terdetik untuk mencoret dan mencari sedikit bahan tentang isu ni..bukan niat hati untuk berdakwah atau bersyarah tapi sekadar berkongsi dengan teman2 tersayang tentang banyak isu yang kita mungkin tahu tapi kita terlalai seketika...coretan ini bukan untuk menegur sesiapa tetapi untuk memperingati diri sendiri dan juga rakan2..kerana aku bukan sahaja sayang pada diriku tapi aku juga sayang akan kamuuu.....sama2 kita ingat mengingati....




AKU SAYANGKAN SUAMI KU...
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..
Tersentuh hati aku bila baca puisi ni yang di share di facebook kawan...diapun baca kt dlm I Luv Islam... 
Adakah aku sudah cukup menjaga aurat demi sayangkan suami?
Adakah aku sudah cukup ilmu agama demi sayangkan suami?
Adakah aku cukup menjaga pergaulanku demi menjaga suami? 

Itu semua perlu aku jawab satu persatu....

Banyak jenis gaya tudung di pasaran sekarang...aku sendiri tidak terlepas untuk mengikuti fesyen terkini namun adakah kita sedar,terlampau obsess dengan gaya tudung yang tidak tentu hala dan tidak kena cara leh menyebabkan kita merana dunia akhirat....
  

Adakah kita mcm ni????


Adakah kita bertudung begini???

Adakah tudung kita begini???


Adakah begini???


Adakah begini???


Adakah begini????


Adakah begini????
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” 

 Adakah begini....???sessungguhnya Islam itu indah....mengikut syarak itu adalah yang terbaik....

Tak kisahlah apa fesyen yang kita pakai...bukan salah untuk berfesyen tetapi mestilah menepati syariat....pertama: mestilah menutup dada....kedua: mestilah menutup perhiasan  ketiga: mestilah tidak menarik perhatian keempat: mestilah tidak menyerupai agama lain...


 Boleh klik disini untuk info lebih lanjut tentang ini.... 

Erm...kalau nak pakai tudung camni x salah tp jgnlah di pin di bahagian belakang sehingga menampakkan bentuk leher anda...nampak rimas je...

 

Kan manis macam adik Mahar saya ni...bertudung litup....

Pensyariatan Hijab

Pensyariatan hijab di dalam Islam, dapat ditetapkan dengan empat dalil; dalil al-Quran, hadis, sirah (sejarah) dan akal. Masing-masing dari empat dalil tersebut cukup bagi kita untuk menetapkan pensyariatan hijab bagi kaum wanita.

Menurut al-Quran

Ayat terpenting yang menetapkan kewajiban berhijab pada kaum wanita yang akan kita bahas adalah ayat ke-31 surat an-Nur dan ayat ke-59 surat al-Ahzab. Allah swt dalam surat an-Nur ayat ke 31 berfirman:

وَ قُلْ لِلْمُؤْمِناتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصارِهِنَّ وَ يَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَ لا يُبْدينَ زينَتَهُنَّ إِلاَّ ما ظَهَرَ مِنْها وَ لْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلى‏ جُيُوبِهِنَّ وَ لا يُبْدينَ زينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبائِهِنَّ أَوْ آباءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنائِهِنَّ أَوْ أَبْناءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوانِهِنَّ أَوْ بَني‏ إِخْوانِهِنَّ أَوْ بَني‏ أَخَواتِهِنَّ أَوْ نِسائِهِنَّ أَوْ ما مَلَكَتْ أَيْمانُهُنَّ أَوِ التَّابِعينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلى‏ عَوْراتِ النِّساءِ وَ لا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ ما يُخْفينَ مِنْ زينَتِهِنَّ وَ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَميعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

(Wahai Rasulullah) Dan katakanlah kepada kaum wanita yang beriman  agar mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali sesuatu yang (biasa) tampak darinya. 

Hendaknya mereka menutupkan kerudung mereka ke dada mereka (sehingga dada mereka tertutupi), janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali untuk suami-suami mereka, atau ayah dari suami-suami mereka atau putra-putra mereka, atau anak laki-laki dari suami-suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara-saudara laki-laki mereka, atau anak laki-laki dari saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka atau budak-budak mereka atau laki-laki (pembantu di rumah) yang tidak memiliki syahwat atau anak kecil yang tidak paham terhadap aurat wanita. 

Dan janganlah kalian mengeraskan langkah kaki kalian sehingga diketahui perhiasan yang tertutupi (gelang kaki). Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kalian semua kepada Allah swt supaya kalian termasuk orang-orang yang beruntung.[3]

Para ahli tafsir menyebutkan bahwa sebab turunnya ayat ini adalah sebuah kisah yang dinukil dari Imam Muhammad Baqir a.s. Beliau bersabda: 

“Pada satu hari, di kota Madinah ada seorang wanita cantik yang sedang berjalan dengan mengikatkan tudungnya ke telinganya (yang menjadi kebiasaan wanita pada saat itu) sehingga nampak leher dan dadanya. Seorang laki-laki dari golongan Anshar berpapasan dengannya, karena kecantikan wanita tersebut dia terpesona dan tidak peduli akan keadaan sekelilingnya, dia telah mabuk akan kecantikan wanita tersebut.  Sang wanita memasuki jalan sempit, sedang pandangan laki-laki tersebut terus mengekorinya sampai tak terasa dia terlanggar sebuah benda keras dan tajam sejenis tulang atau kayu yang menjorok dari tembok sehingga kepala dan dadanya maka mengalirkan darah segar  yang melumuri pakaiannya.

Dalam keadaan seperti itu dia datang menghadap Rasulullah saw dan menceritakan semua yang terjadi. Pada saat itulah, malaikat Jibril a.s. datang membawa ayat ini.”[4]

Dari ayat di atas kita dapat menyimpulkan beberapa poin penting, di antaranya: 

-  Hendaknya kaum wanita menutup pandangan mereka dari pandangan yang penuh syahwat kepada laki-laki non muhrim.

-  Wajib bagi kaum wanita menutupi auratnya dari laki-laki non muhrim.

-  Wajib bagi kaum wanita menutupi badan dan perhiasan mereka.

-  Diperbolehkan bagi kaum wanita untuk menampakkan badan dan perhiasan mereka di hadapan para muhrimnya.

Isnin, 10 Januari 2011

FACEBOOK AKAN DI HAPUSKAN




FACEBOOK AKAN DITUTUP PADA BULAN MAC????? 

Kalau dah ownernya sendiri dah mengaku kalah..kita apa boleh buat..bagus jugak xder..x lah aku asyik ngadap benda tu..heheh



Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac.



“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness".



Zuckerberg menjelaskan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak akan dapat lagi mengakses account Facebook.Walaupun beliau merasakan ramai pengguna akan memarahinya tetapi beliau tetap ingin menamatkan laman Facebook kerana beliau ingin kembali pada kehidupannya sebelum ini.



"Saya tidak peduli tentang wang," kata Zuckerberg. "Saya hanya ingin kehidupan lama kembali.



Facebook Corporation mencadangkan agar semua pengguna memadamkan semua maklumat peribadi mereka dari laman web itu sebelum 15 Mac. Selepas tarikh itu, semua foto, nota, link, dan video akan dipadamkan secara kekal oleh Facebook Corporation...



Sumber : weeklyworldnews.com


      


BornMark Elliot Zuckerberg
May 14, 1984 (age 26)
White Plains, New York
ResidencePalo Alto, California[1]
NationalityAmerican
Alma materHarvard College (dropped out in 2004)
OccupationCEO/President of Facebook
(24% shareholder in 2010)[2]
Years active2004–present
Known forCo-founding Facebook; becoming world's youngest billionaire.[3]
Home townDobbs Ferry, New York[1]
Net worthincrease US$6.9 billion (2010)[4]
RelativesRandi Zuckerberg (sister)
AwardsTime Person of the Year 2010
http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg


Jumaat, 7 Januari 2011

Sophia Aleesya Muhammad Shamsul



Hari ni bermula agak suram...apa taknyer...pukul 7.15 tu masih gelap lagi....

Tadi masa makan tengahari kitorang gi wat rombongan cik kiah ke rumah Asmawati yusuf & Shamsul Che Su di Taman Tualang Indah Mentakab Pahang...hehehhe...

Kitorang pergi menziarah anak sedara baru...xderlah baru sgtpun..ehheh..dah lama dah tp si As ni dia balik Kg..beranak kt sana, Kg plak dekat je JENGKA..jadi lamalah sikit bercutinyer....

Diketuai oleh Hafizah kami menghala ke sana beramai2 entah berapa buah kereta entah...pergi tgok si Comel tu..heheh..

Geram rasa....ni gambar2 semasa kejadian...gambar aku sendiri aku terdelete plak..heheh....


Erm..Fatimah excited nampak??? sabarlah..wait 4 ur turn....



Wani dah x sabar  tu nak tunggu anak dia kuar....


Erm..kak nor..sabar ler...x lama lg adalah tu..ehheh...nnti abg ijam dh dok dekat dah....


hehhe...comel je....ank k.norpun msti comel gak...


Masa mula2 tuan rumah nak buat air bukan main lagi..."x payah susah ler..." tapi bukan main lagi semua perabiskan keropok tu...


Ketibaan Datin Paduka seri Saliza Ghazali yg dtg paling lambat..heheh


Sophia Aleesya....


Bukan main lg...masa kitorang dok usik dia bukak matapun x nak..bila kitorang angkat bontot nk balik & bg duit kt dia....terus bukak mata ek???? 
kecik2 dah kenal duit....buktinya kt bawah ni...ehhehh


Tengoklah...x nak bukak matapun....


Usiklah camnerpun dia memang tekad nak tido jugak...


Nilah mak n ayah si Aleesya...erm..sama comel patutlah anak dia comel....

KAMERA DSLR...TERBAIK!

Ni cuma contoh dalam tenet yg aku ambik..tp skrg dah ada model latest lg....jeles betul tengok kamera ni dok kat tengkok jurufoto kolej..terutama adik kesayangan yg punyai banyak  minat yg sama ngn aku si Aimi....

Semenjak dua menjak ni aku dok pikir2 macam rugi plak aku beli video camera aritu.Pejam celik pejam celik dah dekat setahun beli benda tu baru berapa aksi anak aku yang aku rakam...erm...mcm x guna sangat je...anak aku membesar tanpa di rakam...betapa sibuknya aku ni...ehheh..adalah beberapa aksinya dalam tu...Bila aku tengok blog orang rakam gambar cantik2 guna DSLR...aku rasa menyesal x sudah x beli benda tu...dulu niat mmg nak beli yang tu...tapi bila g jalan2 kat Mines aritu tengok promosi video cam + camera digital percuma ++++++ byk lagi benda aku jd rambang mata...apa lagi...jd lah bajet x terancang bulan tu....RM 2 ribu lebih gak habis...plus minus ngn benda2 lain...huhu...melayang duit aku...

Nilah video kamera yg aku beli dulu...lebih kurang mcm nilah modelnya...murah jer...tp plus minus ngn benda lain yg aku beli hari tu byk gak habis...ergh....DSLR idaman ku....


Ni plak jadual harga kamera ni dipasaran serta spek dia mengikut jenis (model)  kamera tu...



Tengoklah gaya dia tu..huhu jelesnya ngn kamera dia tu...aku nak jugak..nak jugak..nak jugak....x kira walau berapa taun kena kumpul duit...heheh


Bertambah aku jeles bila time ada event Kolej yg melibatkan kameraman yg dok gantung DSLR tu kt tengkok diorang..rasa geram sgt kat diri sendiri sbb x ikut kata hati beli DSLR tu dulu...setakat ni semua orang puas hati guna si DSLR tu...skrg dah ada latest version dah...huhu...tunggulah 2 tahun lg aku kumpul duit dulu..huhu..sedihnya....


X dapat beli DSLR dapat beli baju nipun jadik argh.....hoho....merry christmas...

Khamis, 6 Januari 2011

PINDAH LAGI...


Ni tempat aku yang asal...si Iza ni tumpang duduk lepak....semua dah kosong..Almari aku pindahkan...Almari kaca kt dalam tu si Azmir dah curik letak tempat dia..heheh

Hehe..tajuk gempak je kan?hahah..bukan pindah Kolej..tapi pindah partition je....

Dulu aku dok sebelah Ustaz Shawal tp sekarang aku pindah kt tempat Juliati sbb Juliati pindah ke e-tech center...kat tingkat bawah skali...so tempat dia kosong maka aku dengan berbesar hati berpindah ke tempat dia..

Bukan apa...cuma mencari ketenangan dan keprivasian diri...apa xnyer...masa aku dok situ dulu orang selalu lalu lalang belakang aku...yang aku paling risau kalau2 big boss yang lalu belakang aku...

Manalah taukan????kan??? aku tengah wat kerja2 x bermoral ke..hehhe..walaupun belum pernah...

Sekarang kat tempat baru aku leh tido.. huhu... seeebaaab! belakang aku tu dinding.. heheh mesti orang x perasan....


Ni tempat baru aku..sebelah Aimi..ni saja je Azmir menyibuk nak masuk dalam gambar....


Ni perangkap yang disediakan untuk aku...memang benda nilah yang paling aku takut skali...diorang sediakan parking untuk aku.supaya bila kereta kancil cabuk aku tu masuk diorang snap gambar n publish dlm FB..diorang banding2kan kereta aku dgn diorang punyer kereta...hari tu aku dah masuk perangkap tu..heheh.... sbb aku x perasan..bila aku perasan pastu aku terus undur balik n parking sebelah saliza..heheh sbb kt kolej ni akulah pensyarah yg x tukar kereta lg..ehhehhe


Hehe..nasib baik aku sempat sedar...huhu...x bermoral betul wat perangkap camni..nasib baik hati2...


Ni apa yang dia dah kenakan aku dulu dlm FB dia.....heheh...

"Ko memang x bernasib baik nak kenakan aku Azmir...." ahhahha...

Rabu, 5 Januari 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR MODULAR

Semenjak 2 menjak ni sibuk sikit sampai x sempat nk blog walk kt blog sendiri...ringkasan peristiwa semalam... aku setelkan dokumen2 modular drpd pagi sampailah tghari... pastu lepas mkn tghari n semayang kami meeting dengan Ketua Unit kami Ahmad Shawal bin Ali sampailah pukul 4 lebih kurang. Banyak benda yang dibincangkan...semuanya untuk program sepanjang tahun 2011. Kiranya ni meeting pertama kamilah... ada beberapa program yang nak di buat sepanjang tahun ni.. Antaranya:-
  1. Lawatan Pelajar ke Planetarium Negara & Aquaria KLCC bg pelajar semester 4.
  2. Kempen Bumi Hijau
  3. Lawatan ke Pusat Pembuatan Sutera dan Taman Tamadun Islam bagi pelajar semester 2
  4. Kem motivasi & Ibadah bagi pelajar semester 2.
Aku ingat x nak jadi pengarah program dah untuk sem ni.. maklumlah, dulu Shawal ckp gilir2.. sapa yang dah jd pengarah program akan relax, orang lain plak akan ambik alih. Akupun sibuk ngn modular..x boleh janji program tu dapat jalan dengan baik ke x... pastu tengah bulan ni nak pergi bermodular lagi...ish..pening, Shawal nak estimate bajet n kertas kerja tu pada 15hb ni....heheh..entahlah sempat ke x.

Kalau kena g modular aku tangguh jelah dulu... Aku ambik program Kempen Bumi Hijau tapi rasanya aku nak tukar program lain kot....Program "Hari Komuniti Sihat" ok tak agak2nya? Tapi kalau wat program ni kena libatkan orang luar..

Erm.. malasnya nak deal ngn orang.. kena deal ngn Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Kesihatan dan lain2..malas rasanya!!!!

Ringkasan Peristiwa hari ni...xder apa yang menarik.. aku nk baca benda2 dlm tenet untuk dishare dengan kawan2pun x sempat kebelakangan ni...hari ni sibuk dengan hari pendaftaran esok bagi pelajar baru modular. Tahun ni aku jadi AJK peralatan pelajar..

Erm kena wat buku program.. n sediakan alatan n ukur badan pelajar esok untuk bagi baju bengkel nanti.. x banyak yang aku tolong arini.. cuma tolong fizah cetak buku n stapler serta sediakan alatan untuk esok ajelah.. nnti kalau ada gambar semasa kejadian esok akan aku upload nnti..k.lah adiossssssss.......ada kerja nk wat.

Updated: 6/1/2011

Bergambar dengan Busu kesayangan....


Dari kiri En.Sahar,Suzairi, Kak Zaini Che Mat & Fatmawani...

Erm..ni insan2 yang terlibat utk hari pendaftaran pelajar... sebelah kanan bawah:pelajar modular yg kebanyakannya bakal pencen askar atau juga dikenali sbg PERHEBAT...semua org berebut nk mengajar diorang...sbb diorg ni bagus...


Saliza n Norsiah yg sempat posing memosing lg..belah belakang Azimah & Abes...


Isnin, 3 Januari 2011

URUSAN LUAR YG MEMENATKAN...

Selamat Hari Lahir Busu....semoga panjang umur & murah rezeki...

Hari ni x banyak benda yang aku lakukan namun agak memenatkan..pelikkan bunyinyer..heheh...sebenarnya penat sebab keluar atas urusan peribadi itu yang amat memenatkan..
Kek Busu yg di ukir namanya...sweet....

Tadi masa makan tengahari kami celebrate bufday Busu yg sekian lama kami tangguhkan waktunya...mungkin Busupun dah x sangka kitorang ingat lagi Bufday dia..alang2 kami berempat bersama keluar makan arini aku plan secara adhock ngan jaja untuk celebrate bufday dia yang dah lama tu tu...kesian dia...



Aku ngn Jaja keluar dulu gi beli kek kt kedai kek Oren di Mentakab tu. Aku cakap ada urusan bank nak setel... mungkin dia x expectpun. Pastu lepas beli kek kami bergegas ke Kedai makan Rahmat seperti yang di janjikan... kami ingat kami yang sampai dulu...lehlah jugak nak sorok2 kek! huhu...sedeynya sebab diorang sampai dulu.. aku terpaksa cuba sorokkan kek belakang Jaja..tp Busu x syak apa2pun...muka dia blurrrrr aje.


Dari kiri Azma Manan,Suhaila Hassan & Saliza Ghazali

Aisyah bergambar ngn Busu..katanya kot2lah bergambar buat kali terakhir kalau2 Busu leh tukar....

Bergambar ramai2..aku je xder..mana aku?

Biasanya diorang duduk di meje belakang tp arini ada org duduk meja tu...jadi diorang tukar port kt bahagian depan kedai..tu yang x dapat nak cover...x jadilah surprise yg di plan..tapi yg penting dia tetap terkejut sbb x sangka. Aku letak je kek depan mata dia....heehheh...comel je Busu time tu.....nanti aku uploadkan gambar semasa kejadian..heheh

Bandar yang jam mengalahkan KL..siap ada polis traffik lg..huhu....semasa on the way ke Bandar temerloh untuk setelkan urusan kt sana.

Pastu aku setelkan beberapa urusan lain...aku kuar ngn jaja g Tabung Haji..update akaun aku yg dah berkurun x di update...heheh kebetulan jaja nk bayar kereta dia dekat Bank Islam Temerloh....pastu aku g Ambank setelkan pasal Ambank online aku yang terkandas proses registernya...puncanya aku dah pernah register 4 tahun dulu tp aku lupa pasword...tapi x dapat2 jugak sampai ke tua daaaa......korang bayangkanlah..nak print out statement dekat kaunter diorang dia mintak caj RM30...giler mahal....statement aku plak sampai kt kampung..susah betul! tapi penat2 aku daftar tadi ke hulu ke hilir mendaftar kat sana...balik2 opis nk bukak x dapat..hangin satu badan rasanya aku ni....

Erm..Bosannya menunggu...

Padahal orang dalam tabung haji tu berapa orang je tp nunggu sikit punyer lama...apa xnyer..yg bertugas tu sorang je..yg lain g rehat kot..yang belakang tu bosnya..xkan dia nk wat keje kt kaunter!!!! kesian plak aku tengok dia...no x bertuah 279.. ngeh..ngeh...


Erm no ni lagi x bertuah sampaikan beribu..pdhal org dalam tu 3 orang je..ehheh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...