Isnin, 14 Februari 2011

KEK BELACAN

Pagi ni bangun rasa sakit2 badan..apa xnya seharian semalam berjalan2 kat bandar kuantan....penat sangat Si si kecik tupun x bangun2 tido..nak pergi kerja pagi tadi dokong je dia masuk dalam kereta..penat sangat kot dok berjalan2..tarvelpun jauh gak..2 jam...kesian dia...dah lah lately ni x nak minum susu. Sepanjang kat sana 2 hari x minumpun susu...susu tu katanya x sedap...kami sebenarnya cuba2 je tukar susu dengan pek kecik..belilah Nespray...dulu dia minum Dutch Lady...x naklah dia jadi warganegara Belanda plak asyik minum yang Dutch..heheh...katanya x sedap. X tau nak beli jenama apa dah....ada apa2 cadangan tak ibu2 di luar sana..bantulah ibu rungsing ni....Ni sedikit sedutan peristiwa semalam yang memenatkan badan Ibu,Abi & Aulia'.

      

Sebelum keluar bilik hotel..sementara menunggu Abi balik Exam..posing dengan topi baru beli semalam..siap pandai mengamuk & mintak nak beli topi tu...sampai sudah x tanggal...

   

Bersungguh2 dia makan..rasa mcm nak menitis air mata tengok...nak gelakpun ada...sbb dia lapar..susu x nak langsung...kesian sangat.Kitorang g cari makan kat EC Mall.Si kecik suka sangat makan ayam..maka kt situlah ibu menapak..

   

Tengoklah..like father like dotter...

    

Erm..makan nasik ayam kt KFC ni main telan je...suppun xder.. Abi berkuahkan sos..ibu berkuahkan coslow...ntah  betul ke tidak ejaan tu...


Semalam dah g Kuantan Parade hari ni g lagi sebab semalam ada benda yang berkenan hhahha...gi Beli kasut..murah giler.. buy one free one..... sebab dah lama mencari kasut...x silap langkah pergi sini sebab Abi beli sepasang jam utk di hadiahkan kepada kekasihnya..ehheh..thanks Abi...I love You...ehhe


      

Berhenti semayang di Masjid Maran...erm..x jauh dah...sementara menunggu Abi semayang..Aisyah main kejar2 ngn Ibu..


Dalam proses meninggalkan Bandar Maran..


Kalau Temerloh terkenal sebagai Bandar  Ikan Patin...Maran terkenal sebagai Bandar Ayam Kampung...


ni gambar clear sikit..ambik dlm blog sapa ntah..



Ni sebenarnya aku nak snap nama Kampung ni...tempat ni namanya Lubuk Paku...jalan masuk ke kawsan ni agak menyeramkan ..menyebabkan aku terbayang cerita Pontianak Harum Sundal Malam...Kg Paku Laris..entah2 kampung ni tapi dia tukar nama..hahha

Kat Pahang ni kalau Korang nak tahu banyak nama tempatnya sama dalam cerita orang dolu2..Contohnya "Kg Tualang Tiga"...kat tempat aku tinggal tu namanya "Kg Tualang", Cerita "Lanchang Kuning" kt Pahang ada nama "Lanchang" pastu yang paling seram "Kg Paku Laris" kt sini ada " Lubok Paku". Bukan setakat pakunya je laris tapi Lubuk kepada paku..hehhe lagi seram...pontianak mesti takut nak g kampung ni...It's just a joke ok...don't take it serious...


Erm..yang ni aku nak kongsi....Balai Polis Kg Awah...Apa istimewanya....yang ni istimewanya sebab kawan aku cakpa Siti Nurhaliza lahir kat sini...dan kat berek nilah dia menjaja kueh masa kecik..erm...x sangkakan...sekarang rumah dia lagi besar dari berek ni...


Ni rumah dia yang latest yang iklan Simply Siti tu...besarkan..


Erm..ni pandangan jauh rumah tadi...


Yang ni rumah dia kat Lipis...biasa je...xderlah besar sangat..tapi yang mengagumkan aku kereta yang ada masa aku gi rumah dia dulu...sampai tersusun2 kat luar rumah...sikit punyer banyak kereta yang dia ada...yang paling lekeh kat luar rumah tu...Perdana V6..Korang tau betapa susah aku g cari rumah dia..tanya orang kampung..ehhe..masa tu aku kerja kt tempat lama...pada ketika tu aku out station kat Kuala Lipis..."Usaha tangga kejayaan" Akhirnya aku jumpa rumah tu...betul2 depan rumah dia...aku nak tgok sendiri sebesar mana rumah dia yang kecoh di war2kan oleh semua orang...masa tu rumah kat atas xder lagi..diapun baru je kawen ngn Datuk K. Bulan Ogos 2006 kalau x silap aku.



 Ni aku x tahu rumah dia yang mana.."Tuah Ayam nampak di kaki..tuah manusia siapa yang tahu"..tul x?

Ni cerita lain plak okay...aku ni menulis apa saja yang terlintas di kepala..hahha lawak betul...xder protokol penulisan langsung...Ni cerita pagi ni plak....

Hari ni pagi2 lagi xder mood nak g keje..ramai yang cuti...sampai je bilik pensyarah dengan penat memanjat akhirnya bilik ni sunyi je...erm...nak wat apa ye???? kerja banyak kt dalam kepala tapi x tau nak mula yang mana....banyak program kolej tengah beratur nak berlangsung..antaranya Hari Inovasi Peringkat Kolej dilantik sebagai Ketu AJK Program....kepala aku blurrr...x tau nak wat apa..., Hari Inovasi Peringkat Kolej Komuniti di Paya Besar...project inovasi x jalan lagi tapi nama dah hantar sebagai peserta...nak present apa nanti...argh....pastu program ProKhis lg...(Program Khidmat Masyarakat) jadi AJK cenderahati tapi cedera hati aku bila kena g cari quotation sorang.Yang ni lah kena beli banyak hadiah sebab banyak libatkan orang luar...Pastu Program Maulidurrasul jadi Ketua AJK Cenderahati & Buku Program..yang ni senang je..x banyak hadiah kena beli.. nasib baik ditunda semakin lambat.


Yum..yum..ni aku cari dalam tenet..bukan yang azmir wat okeess....



Haaa...yang ni baru yang jemir buat...walaupun nampak gelap...jgn teripu okey..bukan sebab keknya banyak cokelat..tapi hangus..hahah...Anyway hanguspun NASIB BAIK sedap...


Erm..memang terpukau....bila dia tiba2 berkelakuan aneh...

Sebenarnya bukan pasal ni aku nak cerita..hehhe, jauh plak melalut..bukan apa sekadar berkongsi masalah dan benda yang ada dalam kepala..walaupun aku x tahu sapa pembaca aku diluar sana atau berkemungkinan besar xder langsung orang baca cerita aku kat sini, tapi aku tetap nak coretkan jugak..sebab bila aku luah kat sini aku jadi lega....balik pada cerita asal..cerita di pagi hari....sampai2 je pagi tadi yang ada cuma berapa kerat je...memandangkan esok cuti ramai yang dah bercuti..dr jauh aku dah nampak Azmir si Pengacau...erm..tapi pagi ni dia jadi budak baik..datang2 je bawak kek kat aku....




Tengoklah macamana dia kaburi mataku dengan plastik  Secret Recipe tooo...

Bila tengok dari jauh tu macam Secret Recepies, punyerlah melonjak suka dalam hati..rupa2 dalam dalam tupper ware murah dia tu ada brownis yang di buat sendiri....dahlah hangus x jadik plak tu...tapi yang aku respect giler..brownis dia jadi kek belacan favourite aku...anyway tahniah azmir a good try for a man like you....


Ni sedikit resepi kek belacan yang aku cari dalam internet untuk di sharekan...erm...nak watlah malam ni...heheh..tupun kalau lapang!



Nipun bukan yang azmir buat...


Bahan-bahan ( Boleh Dapat 2 loyang )

  • 250 gm mentega
  • 10 biji telur size A
  • 4 sudu nasi tepung gandum
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 gelas horlick
  • 1 tin susu junjung
  • 1 botol browing sugar
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 1 gelas gula halus

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus tadi hingga kembang.
  2. Setelah mentega tadi kembang, masukkkan telur 1 per 1 hingga sambil dikacau hingga kembang.
  3. Masukkan 1 botol browing sugar, di kacau lagi.
  4. Masukkan horlick, susu, serbuk koko dan esen vanila tadi dan dikacau hingga sebati.
  5. Bahan yang terakhir adalah tepung gandum tersebut dan di kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah disapukan mentega.
  7. Kukuskan adunan tadi sehingga masak.

Selamat Mencuba....







Ahad, 13 Februari 2011

SEMAKIN PELUPA...

Hari ni aku kuar jenjalan ngn Mr.Hubby kt Kuantan Parade....Maklumlah dia ada exam di SHAHPUTRA.Jadi isteri & anknya ni dtg dengan rela hati menemani beliau exam kt sini selama 3 hari...Padahal isterinya ada agenda tersirat..hehhe (nak shopping..hehhe..window shoppingpun jadilah...) shhhhhhh!!!!!!!!!!!!11 jgn bgtau Mr hubby okay!





At Kuantan Parade...

Apa yang berlaku bukan citer pasal jalan2 tu yang nak dicerita tp tentang pintu bilik hotel kami yang tak berkunci sepanjang kami pergi berpoya2 di Bandar Kuantan. Bayangkanlah, dalam tu ada macam2..antaranya 2 bijik labtop & semua barangan berharga yang sentiasa di bawa kemana saja...Nasib kami memang baik..tuhan menjaga hak kami..Alhamdulillah,xder 1 barangpun yg kurang..masa sampai depan pintu nak masukkan kunci dekat tombol...kaki aku menggeletar sbb terkejut & terkecut perut sbb pintu x rapatpun...tolak camtu je dah boleh terbuka. Ya Allah tuhan je yang tau masa tu....tulah..terlampau excited nk kuar berpoya2..maklumlah dah seharian dok kt bilik hotel je...Abinya g Exam... Bercerita tentang pelupa..penyakit lupa aku makin teruk...risau sangat kenapa jd gitu..orang kata sebab terlampau banyak yang difikirkan dalam kepala.

Banyak benda besar yang aku pernah lupa..pernah sekali masa pergi bengkel modular aku lupakan kawan aku..padahal dah janji ngn dia nak g sama2..last2 aku gi gitu je..jenuhlah si kawan ni menunggu...marah betul dia..pernah beberapa kali aku lupa nk ambik anak...bila sekali dengar macam lawak tapi bila dah banyak benda besar2 yang aku lupa aku rasa itu satu lawak yang serius...x leh nak wat lawak...2 atau 3 hari lepas aku lupa aku letak mana kunci kereta...kecoh aku marah kat azmir sebab dia suka sorok barang orang...aku ingat dia sorokkan...


Kelakar plak rasanya sebab fitnah si jemir yang suci dajal suci tu...


Lawak2...lawak...kakkaakkakk....

Khamis, 10 Februari 2011

MERONG MAHAWANGSA SIAPA BELIAU?

Hari ni aku dok sibuk collect duit budak yang bayar jubah untuk konvo April ni. Dah lama aku x bukak blog ni...blog ni memang kegemaran aku...apa taknya, byk sejarah yang kita x tahu tentang negara kita yang telah ditutup kebenarannya oleh fakta sejarah yang diada2kan oleh orang Barat semasa menjajah negara kita..Kalau korang free kliklah sini..selalu2lah baca post n fakta yang diberi serta bukti2 yang mereka tunjukkan...Rupa2nya Islam lebih dulu sampai sini daripda Agama Hindu.....Baca2lah ek..klik kat sini...


Hari ni aku tertarik dengan post mereka tentang sapa Merong Mahawangsa..korang bezakan sendiri dengan cerita yang kita belajar dalam subjek sejarah dulu...

Sekarang mari kita rungkai dan terangkan tentang tokoh yang hebat ini, seorang Maharaja Melayu, Panglima dan Pendakwah agama Allah yang gagah perkasa. Ianya bukan dari Fantasi orang-orang Barat, tapi Realiti yang sebenarnya tentang siapakah sebenarnya Merong Maha Wangsa ini. Pepatah Melayu ada mengatakan " Tidak kenal maka tidak cinta "


Baginda merupakan pejuang agama Allah yang masyhur dan hidup di tahun 700 masihi. Keluarga baginda merupakan pengikut kuat ajaran Islam Hanif sebelum datangnya Islam Nabi Muhammad s.a.w. yang mengamalkan ajaran Kitab Allah Suhuf milik Nabi Ibrahim a.s. Baginda merupakan cucu kepada Raja China dinasti Tang iaitu Sai Tee Sung yang memeluk Islam di tangan Panglima Besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Saad Bin Abi Waqas r.hu. di tahun 650 masihi. Baginda berketurunan Syeikh Huang Ti dan menetap di bandar kuno Xian. Sebuah kawasan pergunungan yang besar di tengah-tengah China.

Baginda YTM Merong Maha Wangsa merupakan cucu sulung kepada Raja China yang bernama Sai Tee Sung yang mana mereka ini dari darah keturunan Syeikh Huang Tie juga di kenali di dalam penulisan barat dengan nama Shih Huang Ti seorang pengasas empayar pertama China untuk Dinasti Chin. Baginda Shih Huang Ti pula merupakan anak keturunan dari Nabi Allah Raja Iskandar Zulkarnain.

Rekod China tahun 651 masihi mengakui mereka menerima utusan dari Han Mi Mo Moni atau Amirul Mukminin dan di kurun masihi ke 7, Raja China yang bernama Sai Tee Sung telah memeluk Islam di ikuti oleh rakyat baginda. Tapi bagaimanapun majoriti rakyat baginda masih lagi beragama Buddha, seperti kes Raja Delhi Benua Keling seperti Raja Muhammad Aurangzeb beragama Islam tapi majoriti rakyatnya masih beragama Hindu, juga pemerintahan Raja Turki Usmaniyyah tapi majoriti rakyatnya beragama Kristian seperti di Serbia, Poland, Greece dan semenanjung Balkan.

Raja China Sai Tee Sung telah memerintahkan cucu baginda, Yang Teramat Mulia Merong Maha Wangsa ke Gunung Jerai dengan menyerahkan Kertas Kuasa Memerintah di gelar Kedah Atau Kedat. Di dalam bahasa Melayu Siamnya bermakna " Kertas Kuasa Memerintah " di bawah pemantauan Syed Jamal al-Jefri yang pada masa itu mempunyai penempatan besar orang-orang Arab di negara China.

Nama isteri baginda ialah Syarifah Mariam al-Jefri dan telah mendapat arahan dari bapa mertuanya Jamal al-Jefri agar mendirikan kerajaan berdekatan dengan Gunung Jerai yang mempunyai Haikal atau Masjid Kuno milik Yafis putera kepada Nabi Nuh a.s. Yang Teramat Mulia Merong Maha Wangsa telah datang ke Kedah dengan satu gerombolan yang besar bersama isterinya dengan menaiki Kapal Arang dengan Bendera Panji bertulis kalimah syahadah berwarna merah beserta gambar naga berwarna hijau. Mereka mudik di Sungai Bujang dan di sungai inilah yang memberi kepada Nagara Kedah kemasyhuran purbanya sebagai pelabuhan utama di Lautan Hindi.

Semenanjung Melaka ketika itu dan sekarang ini maju kerana berkat atas pengorbanan TYM Merong Maha Wangsa kerana baginda sanggup meninggalkan ayahandanya, kerajaan dan kesenangan duniawi semata-mata untuk menyebarkan Islam di sebelah sini.

Profesor S.Q. Fatimi mengatakan di dalam bukunya " Comes To Malaysia " telah berlaku perpindahan beramai-ramai orang Islam dari China ke Asia Tenggara pada tahun 876 masihi. Mengikut Syed Naquib, tumpuan mereka adalah ke Kedah dan Palembang. Beliau juga berkata penghijrahan mereka ke wilayah lain juga berlaku iaitu ke Champa, Pantai Timur Semenanjung, Brunei dan Kepulauan Jawa Timur untuk membantu perkembangan Islam di kawasan ini.

Baginda YTM Merong Maha Wangsa mendapat arahan khas dari Jamal al-Jefri agar membuat penempatan di bandar kuno milik Phonain, iaitu putera kepada Nabi Allah Raja Iskandar Zulkarnain a.s. Phonain yang di dalam bahasa Melayu Siamnya bermaksud " Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain ". Baginda memiliki banyak bangunan kuno di sekitar Gunung Jerai, Benua Siam atau Indo-China iaitu Kemboja, Laos dan Vietnam.

Oleh itu baginda membuat penempatan yang berpusat di Sungai Mas, Merbuk, Kedah betul-betul berdekatan dengan laut dan Gunung Jerai. YTM Merong Maha Wangsa dan permaisuri baginda, Syarifah Jamal ai-Jefri bersungguh-sungguh menunaikan amanat Wali Allah Abdal Jamal al-Jefri menyebarkan Islam di Nusantara ini telah di sambung oleh anak-anak sehingga ke zaman Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah.

Cucu baginda Sultan Saidina Ali Jamalul Alam Badrul Munir di tahun hirah 220 atau 812 masihi berjaya menghasilkan Kitab Undang-Undang Kedah. Kitab ini di guna pakai oleh semua jajahan Kedah di Nusantara contohnya pembayaran ufti berupa Bunga Emas dan Warna Kuning oleh semua Raja-Raja Daerah baginda. Baginda YTM Merong Maha Wangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan mula menyebar Islam dengan tekunnya selepas di bumi bertuah ini Kedah Pasai Ma.

Oleh kerana itu, keturunan baginda YTM Merong Maha Wangsa di beri ufti Bunga Perak dan Bunga Emas sebagai tanda taat setia oleh Raja-Raja Daerah walau di mana sahaja Maharaja Melayu ini berada, samada di Ayuthia, Kota Star, Beruas Gangga Nagara, Albani Australia, Acheh, Kemboja Cempaka Sari, Bangkok Kenchana Puri, Legeh, Brunei, Amanillah, Toung Oo Tenang Sari dan lain-lain.

Tetapi di dalam penulisan Barat mengatakan kononnya Bunga Perak dan Emas itu di hantar kepada kerajaan Budha Sukuthai di Bangkok. Padahal kerajaan Sukuthai ini di buka oleh anakanda YTM Merong Maha Wangsa yang bernama Merong Maha Pudiset.

Konsep kesetiaan yang tidak berbelah bagi di kalangan orang-orang Melayu terhadap keturunan Merong ini boleh di anggap sebagai salah satu faktor utama perluasan Islam di Nusantara ini.

Profesor A.H. Johns mengatakan " Bahawa rakyat memeluk Islam kerana mencontohi Sultan mereka ". YTM Merong Maha Wangsa atau Sultan Muzaffar Shah I juga merupakan ipar kepada Syarifah Mumtaz al-Jefri yang juga isteri kepada Raja Soka India. Baginda YTM Merong Maha Wangsa berjaya mengislamkan Benua India dengan cara mengislamkan rajanya yang sebelum ini merupakan penganut agama Hindu.

Selanjutnya korang bacalah dekat blog tersebut..penatlah plak nak copy paste..panjang sangat..yg pasti korang mesti suka dengan sejarah & bukti yg di paparkan...Advise aku baca dari awal baru korang faham post2 yang latest ni...

Sabtu, 5 Februari 2011

BOSAN ..BALIK KAMPUNG


Gambar ni masa mula2 nak bertolak aritu...saja nk praktikkan ilmu adobe photoshope aku yg seciput ni...kalau x praktik karang lupa plak...maklumlah..bak kata aku selalu "praktice make perfect" ehheh


Hari ni agak bosan sbb x tau nak wat apa...cuma ngadap komputer je..adik aku xde kejap tadi sebab dia nak gi survei kedai baru untuk di bukak kedainya sendiri 1 lagi...jadi aku terpaksa jaga sendiri kedai arini...lagipun memang semenjak balik ni asyik lepak kat sini sbb ada nota studant yang nak di fotostatkan..jadi nak tak nak kena jaga sendirilah..

   

Bosan rupanya duduk je camni...aku rasa aku xleh tahan nak kerja gini...baru berapa jam tuhan je tahu bosannya...kt opis main tenet x lah bosan pulak..



Mukapun dah selebek...sempat lagi nak posing...

xperlah..arini je dia cuti sebelum ni asyik dia jaga sorang2...Erm..xder apa yang menarik nak di kongsikan bersama..cuma semalam kami pergi kenduri Farah Irma di Kg Kota maka secara tidak langsung berlakulah gathering bersama geng2 SPM 1999. Maka kami ramai2 bergambar..arini aku berbelog guna PC dekat CC jadi gambar x dapat nk di upload...tengoklah..kalau aku free maka aku akan upload..k lah adiosss...

 

         

At least pertemuan ni cukup bermakna walaupun tanpa di rancang...


Sebelah kiri yang bertudung hitam tu Aisyah & yang belah kanan tu Wan Murni..depa ni kawan aku masa tingkatan 3 dulu..


Lama betul x jumpa diorang ni..


Bergambar beramai2...erm..yang bergelar suami semua lesap kt belakang...dunia ini dimonopoli oleh wanita...hahah


Ni aku bergambar ngn salah seorang kawan baik aku masa sekolah dulu..si Marini & Suami..suami dia tu pemain bola terengganu sekarang..dulu dia bekas kapten Selangor Reeshafiq Alwi.. yg tudung oren 1 lg tu Mc E my bestfren gak..

Hanya Mareene je yang dtg Mareena x dapat cuti..sebenarnya Mareene ni kembar...dan budak kecik yang ada dalam gambar ni bukan anak Mareene tp anak Mareena,tp anak dia nk duduk ngn kembar mama dia yang di panggil mami berbanding mama dia..heheh


Cuba teka mana 1 mareena n mana 1 mareene??? kalau korang terer..hehe..


Ni mami Ayunk.....


Ni mama Ayunk...untung dia ada 2 mak...


Korang carilah sendiri mana 1 dia...


 Bergambar dgn pengantin Farah Irma..


Comeinya saing aku nih..memang tema pink nih...pink lovers nampaknya...


Ni baru gambar ready...


Ramai yang dah jadi mak orang dah..termasuk aku..tengok anak Mc Ju..dah besar dah..mcm adik plak..org lain semua body lawa..aku je yg gemuk ni...



Nasib baik ikin ambik gambar aku ngn hubby..kalau x xder gambar kami..nipun ambik kt FB dia..ehhe..mintak izin ye..


Ni gambar guna kamera mak yi..thanks yie..nasib ada kamera mahal mu...


Masa sekolah dulu budak 2 ketul ni dok belakang aku dlm kelas...tp Nija kelas sebelah...masa UPM Nija ambik ROTU..kami sama2 masuk UPM..skrg dia keje kt KL..Mc E plak bakal Guru

 
Ayunk & Ecah

 Masa aku g Jemput Mareene  & family utk kenduri aku dulu Mareena baru je beranak kt Ayunk..pejam celik dah dekat 4 tahun rupanya...

     

    

    


Ni masa g shopping air kotak utk isi peti kat TESCO..mukapun dah penat dah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...