Jumaat, 3 Disember 2010

Marking paper....


Alhamdulillah...hari ni kita sama2 ucap syukur kerana masih diberikan usia yang masih panjang untuk terus bernafas...moga esok masih ada buat kita...dan masih boleh melakukan sebanyak mungkin kebaikan sebagai bekalan....Amin....



Sakitnya kepala membaca jawapan student ku...

Bosannya ler hari ni....sambil marking paper sambil mengomel jawapan yang budak2 ni bagi...apalah teruk sangat jawapan..mcm x pernah ku ajar je dalam kelas...frustpun ada...tp bukan aku sorang semua pensyarah lainpun merungut gak....Nasib hai nasib....dah nasib badan...



Al-Fatitah buat semua umat Islam yang terlebih dulu meninggalkan kita...

Arini sambil marking paper sambil baca facebook...mcm2 benda yang berlaku dalam kehidupan orang lain..kadang-kadang rasa bersyukur ngn diri sebab belum diuji sebegitu.....Takziah buat kakak ku tersayang Razatu Iza dari KK Ledang yang telah kehilangan ayahanda tersayang (pulang ke Rahmatullah) 3 hari lalu...Tabahkanlah hatimu kak..sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah...


Bleeding rose....

Kita sama-sama doakan anak kawanku si "S" sihat dan lahir dengan sempurna Amin....

Semalam dan hari ini aku berchit chat ngn sahabatku si "S" yang mengalami komplikasi semasa mengandung...bleeding katanya...Kesian aku mendengar berita itu aku doakan semoga dia cepat sembuh dan babynya selamat.....buat semua pembaca2 ku..mailah kita sama2 doakan untuk beliau semoga cepat sembuh dan babynya selamat.....sekiranya ada diantara pembaca2 ku ini yang terdiri daripada ibu2 dan pernah mengalami pengalaman yang sama,dialu-alukan untuk memberikan sedikit komen,nasihat atau petua kepada saya dalam blog ni untuk dikongsi bersama beliau dan juga semua pembaca lain....

Changing during ...Pregnancy

Tahniah buat temanku Yani yang kini disahkan mengandung 2 bulan oleh doktor semalam kot....akhirnya Darwish dapat adik...untuk pengetahuan Darwish tu muda sebulan je dari Aisyah sekarang dah nak ada adik...semua orang pakat tanya aku bila nak tambah...aku x tau nak jawab apa..yg pasti aku belum bersedia...memang ada rasa nak anak tp keadaan tak mengizinkan sehingga tahun 2013...aku akan terlibat dengan penggubalan modul baru kolej komuniti...aku takut tak sempat nak uruskan anak...itu je aku leh jawab....


Khamis, 2 Disember 2010

New Look ...


Yang nilah template yang aku nak sangat2...sampai berjam aku cuba cari mana aku nak pastekan codenya....sampai sudah x jumpa......last2 aku ambik apa2 je yang sedap pada mata aku dalam senarai template yang disediakan....erghhhh!!!!!!!!!! frustnya....apa2pun aku kena cuba sampai dapat.....



Ni template lama aku...bosan dah aku ngn template lama ni.. suram je...sampai aku pun xder mood nak berblog....aku dok cari yang cute n ceria..tapi x jumpa...erm...apa2pun bolehlah buat sementara ni...entah2 esok lusa atau karang aku tukar lain lg.....

Hari ni aku xder keje...bukan xder kerja sangat sampai free sampai ke petang tapi xder orang nak ambik paper untuk pengajian Am sebab semalam last paper SPA 3103 kul 4.30 p.m jadi berakhirlah tugas aku untuk menguruskan semua urusan exam subjek Pengajian Am...

Walaupun banyak paper nak kena marking tapi aku cuba paksa diri aku menggodek blog sebab next week nak kena ngajar kursus blog...setelah sekian lama aku tak ngajar kursus blog dan blog akupun dah terbiar lama....aku rasa patut aku lembutkan jari jemari ku menekan mouse mengexplore apa yang patut..ternyata blogger sudah berubah wajah...banyak template baru yang di masukkan malah aku nak masukkan template yang aku sukapun aku x tau mana tempat aku nak pastekan code CSS@HTML nyer....sampai sudah aku tak jumpa...last2 aku ambik je template yang blogger sediakan untuk aku...frustnya...walau mcmanapun blog aku sudah berubah wajah....

Rabu, 1 Disember 2010

Wahai Hati...


"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika baik baiklah seluruhnya,jika tidak tidaklah seluruhnya. Ianya tidak lain tidak bukan adalah hati" (HR Bukhari dan Muslim)


Wahai hati kenapa engkau sukar untuk ikhlas sedangkan aku telah sedaya upaya berusaha..
Wahai hati kenapa kau masih berduka sedangkan ku berusaha untuk mu bahagia...
Wahai hati kenapa tidak yakin walau telah sedaya upaya membuat mu percaya....
Wahai hati kenapa keliru sedang kepastian itu ada depan mata...
Wahai hati kenapa tidak dapat melupakan walau telah lama ku biarkan...
Wahai hati jangan menangis lagi kerana cinta masih disini.....

Selasa, 30 November 2010

Tahniah buat Temanku...

Tahniah buat temanku Norul Baya yang telah selamat melahirkan anak untuk beberapa hari yang lalu (lebih kurang dekat 1 bulan dah kot....hahhah) aku je x sempat nak menulis...arini aku nak jugak corat coret kat blog aku ni....erm...rasa macam baru je kuar makan Pizzaa ngn dia terus dia beranak sbb makan Pizza..hahah....it"s just a joke ok...jgn pulak korang gi makan pizza semata2 nak beranak cepat....petua yg x boleh dipercayai oleh aku ni.....
Any way tahniah buat semua kawan2 yang berkahwin,mengandung dan melahirkan anak kerana itu adalah kitaran hidup...setiap orang akan melalui saat tersebut...TAHNIAH untuk diri sendiri sebab telah melepasi semua saat manis tersebut dan sekarang tengah bekerja keras untuk membesarkan anak perempuan ku yang semakin licik dengan pelbagai helah dan lakonannya....

Jumaat, 29 Oktober 2010

SAHABAT

Nilah si Norul Baya tuuuu..hehheh...dah tembam dah dia.. Gambar ni aku tebalkan muka suruh waitress tu ambikkan..heheh

Hari ini jumaat,aku xder kelas so aku ambik keputusan untuk keluar ngn bestfren aku masa degree dulu selaku roomate aku Norulbaya..semenjak dia mengandung ni aku x pernah jumpa dia sedangkan dia cuma kerja kat bandar Mentakab tu je...skarang ni dia dah tunggu masa je nak bersalin...begitu lama kami tak jumpa walaupun dekat aje......sedih betul bila bz ni..x sempat nk jumpa ngn kawan2 walaupun dekat..apatah yang jauh dimata..tp harapnya walaupun jauh tapi masih dekat di hati...sehinggakan ada sahabat aku yang jauh hati semata2 kerana aku bz dan x sempat berhubung....

Memang terguris hati ini bila sahabat memutuskan persahabatan kerana kita tak berhubung dengannya dengan alasan kita lupakan dia...mana dia tahu kita lupakan dia???? sedangkan dia sentiasa istimewa dihati kita sejak kecil sampai dewasa kini......dia amat istimewa di hati ni.,....dan akan sentiasa istimewa...mungkin banyak perkara yang difikirkan sehingga tidak dapat mempertimbangkan perkara ni.....x tahulah apa pertimbangan yang dipilih sehingga sanggup memutuskan persahabatan yang terjalin sekian lama....

SOOOOOO......aku buat keputusan aku akan jaga mana2 lagi sahabat yang ada....sesungguhnya SAHABAT cubalah memahami sahabatmu.....jika kamu adalah sahabat yang sejati kau akan memahami....sesungguhnya tidak menghubungi mu itu bukan bermakna kamu telah tiada tempat di hati ini.....

Tadi kami spend masa bersama..makan Pizza Hut sebab dia kempunan nak makan...sbenarnya last week dia ada call tp masa tu aku dah makan dekat cafe kolej ni..so aku takut hati ibu mengandung itu terguris...x sanggup lg kehilangan sahabat karib...sesungguhnya amat perit sehingga menangis x berair mata......

Wahai sahabat sesungguhnya aku amat menyayangi kamu semua...
jika ada pertelingkahan aggaplah ia cuma serbuk perisa untuk menyedapkan lagi rasa dalam perhubungan kita....
jangan jadikan ia sebagai penyebab untuk kita terus tidak bersama...ingatlah saat manis kita bersama berbelas2 tahun....
takkan kerana kesibukanku beberapa bulan ini dan mungkin setahun dua ini kita sanggup buang semua yang manis berbelas tahun kita simpan bersama dalam kotak memori kita,
Walaupun kita dah ada kehidupan masing2 yang bahagia namun ingatlah kita takkan dapat membuang masa lalu....namun kita juga tidak boleh hidup seperti masa lalu...kerana hidup ni menuntutkan perubahan dan hidup mesti diteruskan....cuma kita yang tahu macamana nak mencorakkan keindahan yang baru dalam persahabatan kita...jangan sampai satu hari nanti kita hanya menerima berita pemergian sahabat kita buat selamanya....masa tu air mata darah dah tak guna...ingatlah..kau sentiasa istimewa.....N_ _U!!!! miss U so Much...

Selasa, 19 Oktober 2010

Berkurun abad lamanya....


Erm....nilah orang yang selalu ikuti blog aku....apa2pun thanks....mulai hari ini aku akan cuba update blog aku walaupun sedikit..


Setelah sekian lama aku tak bukak blog aku ni hari dalam kesibukan masih cuba untuk selitkan sedikit coretan agar blog aku ni x sepi sesepi hati ini yg sibuk dengan kerja yang menimbun sehingga terasa sunyi di ruang hati...
Banyak suka dan duka yang aku lalui sepanjang tempoh aku tak menulis blog aku....ada sedih dan ada pedih yang menusuk hati namun tak ku kongsikan dengan sesiapa..cuma dipendamkan saja...

Bagi membuka cerita baru dalam blog ni...aku cuba coretkan walau beberapa baris kata buat sesiapa sahaja yg mengikuti perkembangan blog aku ni...supaya tidak menghampakan mereka yang dalam diam cuba mengikuti perkembangan aku walau x kira siapapun mereka..mungkin tak keterlaluan jika aku katakan mereka ni silent readers aku....

Ini bukan ckp kosong..sejak dari dulu lagi aku perhatikan ada insan2 yang sentiasa mengikuti blog aku dari awal aku berblog sampailah hari ni....contohnya ada yang dari Kota Bharu,Perak....ada yang dari Puchong, ada yang dari Putrajaya, ada yang dari Dungun, Kuantan dan Kuala Terengganu..namun aku ingin ucapkan terima kasih pada pembacaku dari Kota Bharu Perak tu kerana tak pernah jemu membuka blog aku walaupun dah lama aku tak update..x kiralah siapapun dia, aku ucapkan terima kasih dan harapnya datang kepadaku dengan niat yang baik.I-Allah....







Kisah Siti Fatimah RA Dan Pembantu Rumah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kisah Siti Fatimah RA Dan Pembantu Rumah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Khamis, 12 Ogos 2010

PADAN MUKA!!! DI LAKNAT ALLAH..




Hari ni dok bukak-bukak tenet..terbaca satu blog muslimat ni...dia cerita tentang pelukis kurikatur Rasulullah s.a.w kita yang telah mati....padan muka dia...menghina Rasulullah s.a.w kita yang tercinta..padan muka.. tu lah akibatnya..
Dia di katakan mati terbakar..tak tahu apa punca kematian tapi kematiannya memang di sorok oleh kerajaannya kerana takut di ketahui umum terutamanya orang Islam..itu mengikut email yang muslimat ni dapat daripada kawan dia kat sana...nak linkkan ke blog diapun dah lupa nama blog tadi...terlog out...lah plak...

Rabu, 4 Ogos 2010


Hari ini hati tersentuh tatkala membaca coretan yang dikongsikan oleh teman2 melalui FB..hati seorang isteri ini amat tersentuh dengan bait2 ayat tersebut..hayatilakah sama2...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,

selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya..

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN..
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Selasa, 15 Jun 2010

KETURUNAN RAJA JEMBAL????


Taxonomy Name: Sphyraena jello
Family: Sphyraenidae
Genus: Sphyraena
Other Name: Alu-alu,Kacang merah,Kacang putih,
Kacang-kacang, Pickhandle barracuda

Dah lama aku tak menulis..maklumlah kekangan yang MAHA banyak...x habis2 lagi kerja yang datang..bilalah nak balik kampung tengok anak sedara yang baru...Ni sedikit cerita yang nak di kongsi bersama...tiba-tiba nak menjejak keturunan...sapa2 yang baca blog ni yang merasakan ada persamaan bolehlah bg feedback dekat ruangan chat room ok...sama-sama menjejak dan mengerat silaturrahim...

Semua bermula bila mula-mula kami kawen dulu..ummi aku ada pesan keturunan kami x leh makan sejenis ikan iaitu ikan sekacang atau orang kelantan panggil "ikan kacce" & rebung...aku banyak soal gak mula2..kenapa?mengapa?bagaimana??tp di sebabkan mak akupun x tahu asal usul keturunan dia..dia cuma cakap "DIA YG MENURUT PERINTAH" hahhaha....lawak jugak..


Bila aku recall balik kepala otak aku yang agak mereng tu..aku teringat hubby aku pernah berpantang makan sejenis ikan...masa tu kami cuma rakan sekerja...bila kami nk makan ikan bakar kt satu kedai kat Tganu bersama rakan sekerja yang lain...dia ckp dia x boleh makan sejenis ikan..mak dia pesan jgn makan kalau x kenal ikan tu... pastu bila dah kawen aku tanya mak dia..dia ckp x leh makan "ikan kacce" barulah timbul rasa syak..namun masih tak terlintas di kepala hotak aku sebab dia keturunan syed & syarifah...aku ni siapalah "cuma orang kebanyakan...." heheh..

Semua ini terjawab kembali setelah kami berkahwin selama 3 tahun..dimana bila aku pergi berubat alternatif bersama seorang pakar perubatan alternatif ni...dia selusur susur galur keturunan aku...rupa-rupanya akupun keturunan yang sama...kami juga Syed & Syarifah cuma keturunan belah nenek moyang aku tak nak pakai demi keselamatan anak cucu keturunan mereka pada masa tu...lalu dilucutkan nama pangkal keturunan itu...dan mengikut pakar prubatan alternatif tu aku juga merupakan keturunan darah daging raja Jembal..keturunan puteri saadong...patutlah masa nak beranak diorang suruh pakai pakaian kuning or ikat dengan tali kuning...cuma x tahu je kenapa mesti buat gitu..masa kawen dulupun semua benda berlapik kuning raja...walaupun warna tu x di rancang kewujudannya...macam xleh elak...tapi itu semua kepercayaan.....mungkin secara kebetulan je benar2 berlaku...


Bagaimana dan kenapa kami tidak boleh makan ikan ini akan aku ceritakan di episod akan datang ..hahhahah....tunggu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...